fbpx

BP Sasar Modal Syer Ahli RM400j

Utusan Malaysia - BP Sasar Modal Syer Ahli RM400j

BUKIT MERTAJAM 14 Jun - Bank Persatuan (BP) menyasarkan me­ningkat jumlah modal syer anggota kepada RM400 juta menjelang tahun hadapan.

Pengerusinya, Datuk Yusra Sabar berkata, sehingga hujung tahun lalu, jumlah modal syer anggota bank ber­kenaan mencecah RM361 juta.

Sebanyak 66,177 orang telah mencarum dengan bank ini membabitkan nilai RM325.5 juta manakala sebanyak 442 koperasi pula menyumbang pendapatan sebanyak RM35.5 juta," katanya.

Beliau berucap dalam maj­lis Mesyuarat Agung Perwakilan Tahun Ke-55 bank berkenaan yang dirasmikan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nik Ali Mat Yunus di sini hari ini.

Sementara itu, Nik Ali dalam ucapannya berkata, SKM akan sentiasa memberi sokongan kepada bank berkenaan untuk mencapai status bank koperasi.

Untuk bergerak ke arah itu, Bank Persatuan perlu transformasi termasuk dalam aspek cara bekerja supaya lebih agresif dan progresif demi kepentingan anggota dan masyarakat umum," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga tahun ini, anggota koperasi di negara ini mencecah 7.6 juta orang iaitu hampir 25 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhan.

Keahlian yang tinggi ini penting dalam mencorak masa depan gerakan koperasi di negara ini kerana kejayaan sesebuah koperasi bergantung kepada permuafakatan dalam kalangan anggotanya," katanya.

Sumber - Utusan Malaysia

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140615/dn_18/BP-sasar-modal-syer-ahli-RM400j#ixzz359Adqjna

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2