Pembukaan Penamaan Calon Sebagai Anggota Lembaga CBP

Dicipta:
Pembukaan Penamaan Calon Sebagai Anggota Lembaga CBP

Perwakilan Co-opbank Pertama (CBP) yang berminat dan memenuhi kelayakan adalah dipelawa untuk mengisi dua (2) kekosongan Anggota Lembaga CBP bagi sesi 2022/2023 seperti syarat yang diperuntukan di bawah Fasal 36 (a) Undang-Undang Kecil CBP iaitu perwakilan yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan.

1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang-borang yang berkaitan dengan memuat turun borang di bawah:

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat berikut bermula dari 31 Mac 2022 (Khamis) jam 12.00 tengahari:

Setiausaha Eksekutif
Co-opbank Pertama
No. 27, Tingkat 5, Wisma JCBNext,
Lorong Medan Tuanku 1,
Off Jalan Sultan Ismail,
50300, Kuala Lumpur

3. Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi calon Anggota Lembaga CBP bagi sesi 2022/2023:

  • Dalam menentukan sama ada seseorang anggota layak dan sesuai untuk dilantik sebagai Anggota Lembaga, kriteria yang berikut hendaklah diambil kira: 
    • ketekunan, kewibawaan dan kewajaran keputusannya;
    • reputasi, perwatakan, integriti dan kejujurannya; dan
    • mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dalam salah satu bidang berikut:
      • perakaunan;
      • perundangan;
      • pentadbiran perniagaan dan pemasaran;
      • perbankan; atau
      • pengurusan pelaburan dan kewangan.
  • Tiada seorang perwakilan pun layak menjadi anggota Lembaga atau kekal sebagai seorang Anggota Lembaga, jika dia :-
    • telah disabitkan atas suatu kesalahan menurut Akta;
    • telah dipecat sebagai seorang pegawai Co-opbank atau koperasi;
    • menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Co-opbank;
    • ada percanggahan kepentingan diri dalam mana mana aktiviti yang diusahakan oleh Co-opbank ini;
    • mempunyai syer kurang daripada RM5,000.00 (Ringgit: lima ribu) bagi perwakilan yang mewakili anggota individu;
    • bagi anggota individu, belum genap tempoh dua tahun menjadi anggota Co-opbank yang telah didaftarkan melebihi dua tahun; atau
    • mewakili sesuatu anggota yang belum genap tempoh dua tahun menjadi anggota Co-opbank.
  • Perwakilan yang mewakili koperasi yang menjadi anggota Co-opbank layak dipilih sebagai anggota Lembaga sekiranya koperasi yang diwakili mempunyai syer tidak kurang daripada RM10,000.00 (Ringgit: sepuluh ribu).
  • Walau apa pun fasal (1) dan (2), tertakluk kepada arahan dan garis panduan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, Co-opbank hendaklah sebelum pelantikan atau pelantikan semula mana-mana anggota Lembaga, mendapatkan penentusahan terlebih dahulu daripada Suruhanjaya.
  • Seorang penama yang diterima menjadi anggota yang belum genap tempoh dua tahun dari tarikh diterima menjadi anggota tidak layak untuk dipilih menjadi anggota Lembaga.

4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2022 (Jumaat) jam 12.00 tengahari.

5. Hanya borang permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat kelayakan sahaja yang akan dipertimbangkan.

6. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 1-300-88-7650 atau e-mel kepada jab.setiausaha_eksekutif@cbp.com.my.