Surat Jaminan-i CBP

Instrumen jaminan bagi kontrak yang memerlukan jaminan atas pelaksanaan/komitmen syarikat pelaksana

SURAT JAMINAN-i CBP
Ciri-ciri Perincian
Produk Surat Jaminan-i CBP
Konsep Syariah Wakalah (berjaminan 100%)
Tujuan Untuk mengeluarkan instrumen jaminan bagi pihak Pelanggan dan penyelesaian tuntutan bagi pihak Benefisiari Pelanggan. 
Sasaran Pasaran Pelanggan Koperasi/Korporat/Komersial/Syarikat Berkaitan Kerajaan
Pakej Penawaran Produk Surat Jaminan-i CBP ini tidak boleh dipohon secara tunggal atau “stand alone”. Surat Jaminan-i CBP perlu dipohon dan diproses bersama dengan skim pembiayaan korporat yang lain seperti pembiayaan-i kontrak.
Tempoh Surat Jaminan 12-36 bulan bagi surat Jaminan normal; 12-60 bulan bagi jaminan berkaitan dengan Kerajaan / badan berkanun; atau Apa-apa tempoh lain yang boleh diterima oleh CBP
Had Jaminan Had Minima - RM10,000 sehingga had maksima (bersandarkan margin tunai)
Caj-Caj    
Butiran Fi
Yuran Wakalah RM100 + 0.1% sebulan daripada jumlah Surat Jaminan-i CBP yang dikeluarkan (minima RM150)
Duti Setem RM10.00 bagi setiap satu salinan (asal)
Caj pindaan semula-Surat Jaminan-i CBP yang telah siap (untuk pertambahan nilai atau tempoh jaminan) RM100 + 0.1% sebulan bagi tempoh lanjutan (minima RM150)
Caj Pindaan Surat Jaminan yang telah siap (lain-lain pindaan) RM100.00
Caj semasa tuntutan RM50
Caj kehilangan RM100
Caj surat bukan standard RM300
Margin Tunai Margin tunai penuh 100% dalam ringgit Malaysia sahaja yang setara dengan jumlah jaminan yang dipohon.

*Produk di atas adalah ditawarkan melalui Jabatan Pembiayaan Koperasi dan Jabatan Pembiayaan  Korporat CBP dan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan

** Sebarang perubahan ataupun pindaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat CBP dari masa ke semasa