Skim Pembiayaan Perniagaan Kecil

 

Skim Pembiayaan Perniagaan Kecil

Skim Pembiayaan Perniagaan Kecil is  financing with the concept of Tawarruq to help Micro and small Enterprises in expanding their business by providing financing facilities up to RM 100,000 to qualified entrepreneurs.

 
Skim Pembiayaan Perniagaan Kecil
Jumlah Had Pembiayaan <RM 5,000.00 sehingga >RM 100,000.00
Margin Sebaran 2.50%
Kadar Keuntungan (%) 9.00%

Nota:

KAPK Semasa : 6.5% Per Year

Kadar Siling : 15%

  • Perniagaan Tunggal
     
  • Perkongsian 
     
  • Syarikat Sdn Bhd
     
  • Perkongsian Liabiliti Terhad
     
  • Koperasi
     
  • Persatuan/Kelab
  • Warganegara Malaysia
     
  • Berumur dua puluh satu (21) tahun dan tidak lebih enam puluh lima (65) tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
     
  • Pelanggan menjalankan perniagaan secara sepenuh ataupun separuh masa
     
  • Menetap di kawasan operasi perniagaan yang dijalankan melebihi dua (2) tahun dan tidak melebihi tiga puluh (30) km radius dari cawangan CBP yang berhampiran
     
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun dan berstatus aktif
     
  • Mempunyai premis perniagaan yang sah dan menetap di kawasan operasi perniagaan melebihi dua (2) tahun dan tidak melebihi 30km radius daripada cawangan CBP yang berhampiran
     
  • Perniagaan Patuh Syariah sahaja
Had Pembiayaan
Minimum RM 5,000.00
Maximum RM 100,000.00

 

  • Tempoh pembiayaan dari satu (1) sehingga maksimum tujuh (7) tahun.

  • Melalui pemindahan wang (bank transfer) ke Akaun SalamBiz-i atau auto-debit ke atas Akaun SalamBiz-i

  • Pelanggan dikehendaki mengambil perlindungan takaful ini sehingga tempoh pembiayaan tamat

No

Kategori Pelanggan

Dokumen Asas Pelanggan

1.

Pemilikan Tunggal / Perkongsian/ Perkongsian Liabiliti Terhad

  i.      Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pelanggan.

 ii.      Salinan Mykad pemilik tunggal / rakan kongsi.

iii.      Salinan pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Ordinan Peniagaan bagi Sabah dan Sarawak / sijil amalan (untuk profesional).

iv.      Lesen perniagaan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sah atau pengesahan ‘Di Luar Kawasan Seliaan’ oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan.

v.      Laporan kewangan/ makluman kewangan Pemilikan Tunggal/ Perkongsian  (management account) untuk 2 tahun terkini.

vi.      Penyata akaun semasa perniagaan terkini untuk 6 bulan berturut-turut.

2.

Syarikat Sdn Bhd

  i.    Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pelanggan.

 ii.    Salinan Mykad semua pengarah/ pemegang saham/ penjamin (jika ada).

iii.    Salinan Borang 9, 24, 44 dan 49 Akta Syarikat 1965 atau mana-mana dokumen /instrumen lain yang serupa seperti yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat 2016 yang telah disahkan

iv.    Lesen perniagaan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sah atau pengesahan ‘Di Luar Kawasan Seliaan’ oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan.

v.    Memorandum & Artikel Penubuhan (M&A) / Perlembagaan yang diakui sah oleh setiausaha syarikat (jika ada)

vi.    Penyata akaun semasa syarikat terkini untuk 6 bulan berturut-turut.

vii.    Laporan kewangan/ makluman kewangan syarikat (audited account) untuk 2 tahun terkini.

3.

Koperasi

       i.          Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pelanggan.

      ii.          Salinan Mykad Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Koperasi

     iii.          Undang-undang kecil/ By Law

    iv.          Perakuan pendaftaran dengan SKM dibawah akta koperasi.

      v.          Salinan carian SKM

    vi.          Lesen perniagaan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sah atau pengesahan ‘Di Luar Kawasan Seliaan’ oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan.

   vii.          Penyata akaun semasa koperasi terkini untuk 6 bulan berturut-turut.

  viii.          Laporan kewangan/ makluman kewangan koperasi (management account) untuk 2 tahun terkini.

4.

Pertubuhan / Kelab

       i.          Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pelanggan.

      ii.          Salinan Mykad Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Pertubuhan/Kelab.

     iii.          Pendaftaran pertubuhan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau Jabatan/ Akta khusus yang lain.

    iv.          Lesen perniagaan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sah atau pengesahan ‘Di Luar Kawasan Seliaan’ oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan.

      v.          Penyata akaun bank terkini untuk 6 bulan berturut-turut.

    vi.          Laporan kewangan/ makluman kewangan Pertubuhan/ Kelab (management account) untuk 2 tahun terkini.