fbpx

PEMBUKAAN PENAMAAN CALON SEBAGAI ANGGOTA LEMBAGA CBP

LOGO CBP melintang 

 

Perwakilan Co-opbank Pertama (CBP) yang berminat dan memenuhi kelayakan adalah dipelawa untuk mengisi dua (2) kekosongan Anggota Lembaga CBP bagi sesi 2021/2022 seperti syarat yang diperuntukan di bawah Fasal 36 (a) Undang-Undang Kecil CBP iaitu perwakilan yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan.

 

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) CBP dijadualkan akan diadakan pada 30 Oktober 2021 (Sabtu) secara atas talian selaras dengan GP14B: Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung Wilayah Atau Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi Semasa Penularan Pandemik Covid-19.

 

1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang-borang yang berkaitan dengan memuat turun borang di bawah:

  1. Borang Pencalonan ALK 2021
  2. Borang SKM/BP
  3. Borang SKM/TAP/KEW

*Sesalinan laporan CCRIS daripada Bank Negara Malaysia hendaklah dilampirkan bersama

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat berikut bermula dari 20 Ogos 2021 (Jumaat) jam 3.00 petang:

Setiausaha Eksekutif,
Co-opbank Pertama,
No. 27, Tingkat 5, Wisma JCBNext,
Lorong Medan Tuanku 1,
Off Jalan Sultan Ismail,
50300, Kuala Lumpur
3. Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi calon Anggota Lembaga CBP bagi sesi 2021/2022:
  
  • Dalam menentukan sama ada seseorang anggota layak dan sesuai untuk dilantik sebagai anggota Lembaga, kriteria yang berikut hendaklah diambil kira:
      1. ketekunan, kewibawaan dan kewajaran keputusannya;
      2. reputasi, perwatakan, integriti dan kejujurannya; dan
      3. mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dalam salah satu bidang berikut:
        1. perakaunan;
        2. perundangan;
        3. pentadbiran perniagaan dan pemasaran;
        4. perbankan; atau
        5. pengurusan pelaburan dan kewangan.
  • Tiada seorang perwakilan pun layak menjadi anggota Lembaga atau kekal sebagai seorang anggota Lembaga, jika dia :-
      1. telah disabitkan atas suatu kesalahan menurut Akta;
      2. telah dipecat sebagai seorang pegawai Co-opbank atau koperasi;
      3. menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Co-opbank;
      4. ada percanggahan kepentingan diri dalam mana mana aktiviti yang diusahakan oleh Co-opbank ini;
      5. mempunyai syer kurang daripada RM5,000.00 (Ringgit: lima ribu) bagi perwakilan yang mewakili anggota individu;
      6. bagi anggota individu, belum genap tempoh dua tahun menjadi anggota Co-opbank yang telah didaftarkan melebihi dua tahun; atau
      7. mewakili sesuatu anggota yang belum genap tempoh dua tahun menjadi anggota Co-opbank.
  • Perwakilan yang mewakili koperasi yang menjadi anggota Co-opbank layak dipilih sebagai anggota Lembaga sekiranya koperasi yang diwakili mempunyai syer tidak kurang daripada RM10,000.00 (Ringgit: sepuluh ribu).
  • Walau apa pun fasal (1) dan (2), tertakluk kepada arahan dan garis panduan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, Co-opbank hendaklah sebelum pelantikan atau pelantikan semula mana-mana anggota Lembaga, mendapatkan penentusahan terlebih dahulu daripada Suruhanjaya.
  • Seorang penama yang diterima menjadi anggota yang belum genap tempoh dua tahun dari tarikh diterima menjadi anggota tidak layak untuk dipilih menjadi anggota Lembaga.
  
4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Ogos 2021 (Khamis) jam 3.00 petang

5. Hanya borang permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat kelayakan sahaja yang akan dipertimbangkan.

6. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 1-300-88-7650 atau e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

 

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2