Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (Peringkat Ijazah Pertama / Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah)

 

A. Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan

  • Ditawarkan kepada anak-anak anggota yang telah menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan keputusan peperiksaan akhir CGPA 3.67 dan ke atas pada tahun semasa sahaja.
  • Bagi ibu/bapa/penjaga untuk layak memohon dermasiswa Co-opbank Pertama mestilah telah menjadi anggota Co-opbank Pertama genap 2 tahun dari tarikh pendaftaran.   
  • Tiada sebarang skim dermasiswa disediakan oleh pihak Co-opbank Pertama kepada anak-anak anggota yang menamatkan pelajaran di peringkat sijil / matrikulasi / asasi / alpha / persediaan / pra-universiti / Twin Programme.   
  • Permohonan dermasiswa adalah untuk pengajian sepenuh masa sahaja. Pengajian luar kampus ataupun secara jarak jauh adalah tidak dipertimbangkan.   
  • Pemohon yang pernah menerima dermasiswa Co-opbank Pertama bagi peringkat diploma terdahulu adalah tidak layak memohon dermasiswa bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  • Pihak Anggota Jawatankuasa Keanggotaan dan hal Ehwal Korporat Co-opbank Pertama berhak menolak mana-mana permohonan daripada anggota yang tidak lengkap ataupun tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.   
  • Borang permohonan boleh didapati di semua cawangan Co-opbank Pertama mulai bulan Mac setiap tahun.
  • Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan kepada cawangan yang berdekatan atau mengirimkan kepada :-
                          

Jabatan Keanggotaan dan Komunikasi Korporat,
Co-opbank Pertama 
No.41, 43 & 45, Jalan Selat, Taman Selat, 12000 Butterworth, Pulau Pinang

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September setiap tahun.

 

B. Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan (salinan hendaklah disahkan)

  • Salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga.   
  • Salinan kad pengenalan anak.   
  • Salinan transkrip semester terakhir pengajian bagi tahun semasa permohonan.
  • Hanya permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi selepas tarikh tutup permohonan.

Muat Turun Borang Permohonan (.pdf)

Tajuk Pdf
Borang Permohonan acrobatpdf
Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2