fbpx

Lembaran Penzahiran Produk Deposit-i Berjangka

Sila baca Lembaran Penzahiran Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk membuka akaun pelaburan Deposit-i Berjangka Deposit-i Berjangka
TARIKH : OKTOBER 2015

Apakah yang perlu saya ketahui mengenai produk ini?

Deposit-i Berjangka (CMD) merupakan deposit berjangka Islam (Tawarruq) yang dilaksanakan melalui pembelian dan penjualan komoditi (komoditi yang diluluskan oleh Shariah) dan mempunyai kadar keuntungan yang tetap.

Apakah konsep Syariah yang digunakan?

Konsep Shariah yang digunakan ialah konsep Murabahah Tawarruq. Murabahah merupakan penjualan komoditi mengikuti harga beli dengan kadar keuntungan yang dipersetujui. Dalam erti kata lain, Murabahah bermaksud kontrak antara pembeli dan penjual di mana penjual menjual barangan tertentu yang dibenarkan di bawah Shariah kepada pembeli pada harga kos ditambah dengan margin keuntungan yang telah dipersetujui. Manakala Tawarruq pula bermaksud pelanggan akan menerima wang tunai sebagai pertukaran untuk komoditi yang dijual kepada pihak ketiga.

Apakah ciri-ciri produk yang ada pada produk ini ?

Mininum Deposit RM1000.00
Tempoh Tempoh pelaburan 1, 3, 6, 9, 12, 15, 18, 24, 36, 48, 60 dan 60 bulan ke atas.
Kadar Keuntungan Kadar keuntungan akan ditentukan oleh pihak Co-opbank Pertama dan jumlah keuntungan akan dibayar pada tarikh matang pelaburan.

Apakah syarat-syarat utama mengenai produk ini yang perlu saya ketahui ?

  • Pembaharuan secara automatik. (Tidak terpakai untuk Pilihan Bayaran Pendahuluan Keuntungan)   
  • Bagi pengeluaran pramatang lengkap atau sebahagian:       
    • Kurang dari tempoh 3 bulan, keuntungan tidak akan dibayar kepada pelanggan.       

Apakah fi dan caj yang perlu dibayar ?

Tiada sebarang fi atau caj yang akan dikenakan kepada para pelanggan CMD Co-opbank Pertama.

Apakah risiko yang perlu saya tanggung ?

Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dalam mempertimbangkan semua faktor risiko sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Tiada risiko yang terlibat jika tiada pengeluaran awal dibuat.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku perubahan pada maklumat peribadi?

Adalah sangat penting bagi Pelanggan untuk memaklumkan kepada Co-opbank Pertama jika terdapat sebarang perubahan dalam butir-butir maklumat pelanggan, ini untuk memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai kepada pelanggan tepat pada masanya.

Di mana saya boleh dapatkan maklumat selanjutnya?

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut atau terdapat sebarang pertanyaan mengenai mengenai produk ini, anda boleh menghubungi kami di alamat yang berikut:

  • Sebarang cadangan dan pertanyaan anda boleh disalurkan ke :
JABATAN PERBENDAHARAAN
Co-opbank Pertama
No. 27, Tingkat 5, Wisma JCBNext,
Lorong Medan Tuanku 1
Off Jalan Sultan Ismail,
50300 Kuala Lumpur
Telefon No : 03-2604 0399
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Wesite : www.cbp.com.my

PENTING!
  • LEMBARAN PENZAHIRAN PRODUK TELAH DIBACA, DIFAHAMI & DIPERSETUJUI OLEH PELANGGAN DAN MESTILAH DITANDATANGANI OLEH PELANGGAN
Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2