Soalan Lazim

1. Apakah syarat umum untuk memohon pembiayaan peribadi (kerajaan/swasta) di Co-opbank Persatuan?

  • Pemohon mestilah menjadi anggota Co-opbank Persatuan.
       
  • Pemohon mestilah seorang pekerja kepada mana-mana sektor kerajaan atau sektor swasta (berkelayakan) yang stabil dengan pendapatan tetap setiap bulan.
       
  • Pemohon yang bekerja sendiri termasuk yang mengusaha dan memiliki kedai, syarikat dan perusahaan sendiri adalah tidak dibenarkan mendapat kemudahan skim pembiayaan peribadi Co-opbank Persatuan.

 

Skim Pembiayaan

Co-opbank Persatuan menawarkan berbagai skim pembiayaan kepada anggota-anggotanya untuk memenuhi berbagai keperluan dengan kadar keuntungan yang kompetitif dan kelulusan segera

 

Pembiayaan Koperasi

Co-opbank Persatuan menawarkan berbagai skim pembiayaan kepada koperasi-koperasi untuk memenuhi berbagai keperluan dengan kadar keuntungan yang kompetitif dan kelulusan segera [ Ke Ruangan Pembiayaan Koperasi ]

2. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan pembiayaan di Co-opbank Persatuan?

  • Permohonan pembiayaan di Co-opbank Persatuan perlu dikemukakan melalui cawangan-cawangan beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap dengan menghubungi atau terus berurusan di setiap kaunter-kaunter cawangan Co-opbank Persatuan.

3. Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan?

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

  • Salinan kad pengenalan pemohon/penjamin yang (disahkan oleh majikan).
       
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini (disahkan oleh majikan).
       
  • Surat pengesahan jawatan oleh majikan (pemohon dan penjamin).
       
  • Lain-lain dokumen sokongan (yang berkaitan).

4. Adakah saya layak untuk memohon pembiayaan sekiranya saya disenarai-hitam di dalam CTOS tetapi bukan berstatus bankrap?

  • Seseorang pemohon yang disenarai hitam (blacklisted) di dalam RAM Credit Info ataupun CTOS masih layak untuk membuat permohonan pembiayaan dengan syarat pemohon terbabit bukan berstatus bankrap. Kelonggaran  akan diberikan dan pemohon perlu mengemukakan penyata penjelasan/penyelesaian  dari institusi/organisasi berkenaan bagi tujuan penyelesaian melalui permohonan   pembiayaan diluluskan. Disarankan kepada pemohon agar turut juga melampirkan sebarang surat pelepasan dari institusi/organisasi berkenaan bagi kes-kes legal ‘action/suit’ yang pernah dikenakan ke atas pihak pemohon bagi memudahkan  proses permohonan dan mengelakkan kesulitan.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip Al-Bai Bithaman Ajil (BBA)?

  • BBA adalah bermaksud jualan dengan harga tangguh secara bayaran ansuran.
  • Pelanggan yang bermuamalat dengan Co-opbank Persatuan akan terikat dengan satu perjanjian atau ‘aqad’ jual beli di mana pihak bank akan membeli sesuatu harta dan kemudiannya pihak bank akan menjual harta tersebut kepada pelanggan dengan harga yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Pihak pelanggan akan membayar harga harta tersebut secara ansuran selama mana mengikut terma yang dipersetujui.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip Bai Al-Inah?

  • Bai Al-Inah merujuk kepada konsep di mana Bank menjual harta kepunyaan kepada pelanggan secara harga tangguh. Kemudian pihak Bank akan membeli semula harta berkenaan daripada pelanggan dengan harga tunai.

7. Mengapakah pembiayaan Perumahan/Bercagaran Hartanah perlu dilindungi dengan MRTA dan Houseowner / Fire Takaful?

a) Pelan Takaful Gadaijanji (MRTA)
       

  • Pelan ini adalah bertujuan memberi perlindungan ke atas pembiayaan sekiranya  berlaku kematian atau keilatan kekal sepertimana ke atas pemohon pembiayaan.

 

b) Pelan Takaful Pemilikan Rumah Kediaman/Kebakaran (Houseowner/Fire Takaful.)
  

  • Pelan ini adalah bertujuan memberi perlindungan ke atas rumah atau Harta yang dicagarkan seperti kebakaran, banjir, gempa bumi, letupan dan sebagainya

8. Siapakah yang perlu dihubungi bagi tujuan pertanyaan tentang pembiayaan?

  • Pemohon perlu menghubungi mana-mana cawangan Co-opbank Persatuan untuk kemukakan borang permohonan pembiayaan dan dokumen-dokumen sokongan.

9. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penyata penjelasan/penyelesaian awal bagi akaun pembiayaan di Co-opbank Persatuan?

  • Permohonan untuk mendapatkan penyata penyelesaian baki/penyelesaian awal perlu mengisi borang dan bayaran RM 50.00 sebagai caj perkhidmatan akan dikenakan dan akan diproses dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.

10. Berapa lamakah tempoh proses permohonan pembiayaan?

  • Berdasarkan Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan, tempoh proses  permohonan pembiayaan sehingga pengeluaran pembiayaan adalah selama 3 hari waktu bekerja (kecuali pembiayaan Koperasi, Perumahan dan Bercagaran)

 

 

 

 

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2