NOTIS PELANTIKAN  ANGGOTA JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
CO-OPBANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD

 
Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad (CBP) mempelawa anggota yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan sebagai Anggota Jawatankuasa Audit Dalaman di CBP.
 
1. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:  
     
 
  1. Pemohon memiliki kelayakan akedemik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau lain-lain kelayakan professional;
  2. Pemohon merupakan anggota CBP;
  3. Pemohon tidak disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta Koperasi 1993;
  4. Pemohon tidak dipecat sebagai pegawai sesuatu koperasi oleh SKM;
  5. Pemohon tidak mempunyai apa-apa hutang yang tertunggak melebihi enam (6) bulan daripada mana-mana koperasi atau institusi perbankan lain;
  6. Pemohon tidak mempunyai apa-apa kemudahan pembiayaan di CBP; dan
  7. Pemohon tidak memegang jawatan sebagai Anggota Lembaga dalam mana-mana koperasi atau organisasi yang mempunyai kemudahan pembiayaan dengan CBP.
 
     
2. Anggota CBP yang berminat boleh memohonan jawatan tersebut dgn mengemukakan “Resume/CV” melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau mengemukakan terus kepada:  
         
   

Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad
Wisma Co-opbank Persatuan
Jalan Selat, Taman Selat
12000 Butterworth, Pulau Pinang
(u/p: Setiausaha Anggota Lembaga CBP)

   
     
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 September 2017 (Jumaat)  
     
4. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan akan dihubungi.  
     
5. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas dua (2) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.  
     
  Pengerusi Eksekutif
Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad
Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2