PELUANG KERJAYA BERSAMA CO-OPBANK PERTAMA

CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD

 

Co-opbank Pertama Malaysia Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sepertimana berikut: -

 

   1. EKSEKUTIF AR-RAHNU (Semua cawangan)

 

Kelayakan:

  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma/ Ijazah dalam bidang Pemasaran, Perniagaan, Perbankan, Perakaunan atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT yang diiktiraf Kerajaan.
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai operasi Ar-Rahnu.
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun di dalam bidang Pemasaran & Perbankan Islam adalah satu kelebihan.

 

Bidang Tugas:

  • Merancang dan melakukan aktiviti pemasaran secara agresif bagi memperkenalkan produk Ar Rahnu CBP agar lebih dikenali umum.
  • Mencapai sasaran pembiayaan Ar Rahnu seperti yang ditetapkan.
  • Bertanggungjawab mengurus dan memastikan perjalanan operasi Ar Rahnu sentiasa dalam keadaan teratur dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
  • Memastikan kakitangan cawangan menggunakan peralatan pengujian dengan betul dalam menentukan ketulenan barang kemas emas.
  • Menjalankan aktiviti proses lelongan seperti yang terdapat dalam di Standard Operating Procedure (SOP).
  • Menerima dan melaksanakan arahan dan tugasan dari semasa ke semasa.

    

Calon-calon yang berminat boleh menghantar surat permohonan, resume dan gaji minimum yang dipohon bersama salinan sijil yang berkaitan beserta gambar terbaru berukuran pasport kepada:

 

 

KETUA SUMBER MANUSIA

CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD

No.36, Tingkat 3, Menara RKT, Jalan Raja Abdullah

50300 Kuala Lumpur.

TEL: 03-2697 7650

EMAIL: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Hanya calon-calon yang layak akan ditemuduga.

Tarikh tutup :09.11.2018

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2