PELUANG KERJAYA BERSAMA CO-OPBANK PERTAMA

Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) yang sedang pesat berkembang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

 

KETUA AR-RAHNU & PERKHIDMATAN BERASASKAN FI (Ibu Pejabat)

 

Kelayakan

  • Sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma di dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam SPM.
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun di dalam bidang yang berkaitan.

 

Bidang Tugas 

  • Menjalankan kajian pasaran dan mencadangkan produk Ar-Rahnu dan Perkhidmatan Berasaskan FI baru yang bersesuaian dengan pelan perniagaan CBP.
  • Membuat analisa mengenai prestasi setiap produk dan mencadangkan penambahbaikan terhadap produk Ar-Rahnu dan Perkhidmatan Berasaskan FI sedia ada.
  • Memastikan supaya hal berkaitan sesuatu produk seperti polisi, garis panduan operasi, keperluan sistem applikasi, penyediaan risalah disempurnakan sebelum pelancaran produk berkenaan.
  • Mengendalikan program penerangan dan latihan mengenai produk baru atau penambahbaikan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan.
  • Menyediakan laporan Pengurusan/Anggota Lembaga/Pihak Pengawal selia atau lain-lain laporan yang diperlukan dari semasa ke semasa dengan tepat dalam masa yang ditetapkan
  • Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

Calon-calon yang berminat boleh menghantar surat permohonan, resume dan gaji minimum yang dipohon bersama salinan sijil yang berkaitan beserta gambar terbaru berukuran pasport kepada :

KETUA SUMBER MANUSIA

CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD

No.36, Tingkat 3, Menara RKT, Jalan Raja Abdullah

50300 Kuala Lumpur.

TEL: 03-2692 7650

EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hanya calon-calon yang layak akan ditemuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 8 Februari 2019.

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2