PELUANG KERJAYA BERSAMA CO-OPBANK PERTAMA

Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) yang sedang pesat berkembang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

 

 

CAWANGAN TEMERLOH, PAHANG

 

PENGURUS CAWANGAN

Kelayakan

  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Perbankan, Perakaunan atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh MQA.
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun di dalam bidang operasi Perbankan, Kewangan, Pengurusan Risiko, Pemasaran dan AMLATFA.
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan minima.

 

Bidang Tugas

  • Memastikan cawangan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan strategi untuk mencapai matlamat cawangan mengikut Garis Panduan Operasi (GPO) CBP.
  • Memastikan dan menguruskan perjalanan operasi perbankan cawangan sentiasa di dalam keadaan teratur dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
  • Memproses permohonan-permohonan pembiayaan yang diterima mengikut dasar-dasar dan polisi-polisi serta peraturan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.
  • Mengatur, merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti pemasaran di peringkat Cawangan CBP.
  • Memastikan pematuhan dengan semua kawalan dalaman dan garis panduan serta dasar dan prosedur yang ditetapkan.

 

 

PENOLONG PENGURUS CAWANGAN

Kelayakan

  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Perbankan, Perakaunan atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh MQA.
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang Pemasaran, Operasi Perbankan, Kewangan, Pengurusan Risiko, AMLATFA atau bidang yang berkaitan.
  • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan minima.

 

Bidang Tugas

  • Bertanggungjawab untuk membantu Pengurus Cawangan menguruskan dan memastikan perjalanan operasi cawangan sentiasa di dalam keadaan teratur, mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
  • Bertanggungjawab membantu memastikan semua kakitangan berdisplin, mematuhi arahan dan mempunyai daya inisiatif untuk sentiasa berusaha memajukan cawangan khasnya dan CBP amnya.
  • Menyediakan kedudukan tunai harian di cawangan dan memastikan kedudukan baki tunai fizikal sama dengan laporan di bahagian operasi.
  • Menyediakan penyata penyesuaian bank secara harian, mingguan dan bulanan.
  • Menyemak laporan-laporan yang berkaitan dan memastikan setiap transaksi dipindahkan ke lejer akaun yang betul setiap hari untuk disemak dan disahkan oleh Pengurus Cawangan.

 

 

KETUA UNIT PEMASARAN & PEMBIAYAAN

Kelayakan

  • Memiliki Ijazah/Diploma dalam bidang Pemasaran, Pengurusan Perbankan, Pengurusan Muamalat, Pengurusan Perniagaan atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh MQA.
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang Pemasaran, Operasi Perbankan, Kewangan, Pengurusan Risiko, AMLATFA atau bidang yang berkaitan.
  • Mempunyai pemikiran analisis yang cemerlang, tegas serta mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

 

Bidang Tugas

  • Memastikan sasaran produk-produk deposit, pembiayaan dan berasaskan fi dicapai sebagaimana yang ditetapkan.
  • Bertanggungjawab mengatur, merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti pemasaran di peringkat cawangan CBP.
  • Bertanggungjawab dalam menjayakan aktiviti promosi dan pemasaran di peringkat cawangan CBP.
  • Menjalankan kajian ke atas pasaran produk perbankan setempat dan mengenalpasti peluang-peluang pemasaran yang ada.
  • Memproses dan memastikan dokumen-dokumen permohonan pembiayaan pelanggan dilengkapkan sebagaimana ditetapkan Garis Panduan Operasi (GPO).
  • Melakukan penilaian kredit bagi semua permohonan pembiayaan dan memastikan ianya dilaksanakan dengan betul.
  • Memperkenalkan produk-produk pembiayaan dan produk berasaskan fi secara ‘cross selling’.

 

 

KETUA UNIT PENTADBIRAN KREDIT & KAWALAN

Kelayakan

  • Memiliki Ijazah/Diploma dalam bidang Pemasaran, Pengurusan Perbankan, Pengurusan Muamalat, Pengurusan Perniagaan atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT yang diiktiraf Kerajaan.
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang Pemasaran, Operasi Perbankan, Kewangan, Pengurusan Risiko, AMLATFA atau bidang yang berkaitan.
  • Mempunyai pemikiran analisis yang cemerlang, tegas serta mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

 

Bidang Tugas

  • Memastikan pembiayaan yang telah diluluskan dikeluarkan sepertimana yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Operasi (GPO).
  • Memastikan semua dokumen berkaitan pembiayaan dilengkapkan dan difailkan dengan baik.
  • Menyemak, memantau dan menjalankan kerja kutipan dan susulan bagi mengelak akaun-akaun tidak memasuki kategori Pembiayaan Tidak Berbayar (PTB) mengikut sasaran yang ditetapkan.
  • Memastikan kerja-kerja kutipan dilakukan ke atas akaun-akaun yang bertunggakan 5 bulan dan ke bawah.
  • Menyediakan laporan bulanan dan semasa mengenai akaun pembiayaan tidak berbayar di cawangan seperti yang ditetapkan.
  • Mengawal dan memantau akaun bertunggakan dan PTB mengikut Garis Panduan Operasi (GPO) unit kawalan.
  • Menyedia, memantau dan memastikan laporan harian dan bulanan yang ditetapkan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

 

KERANI PEMBIAYAAN

Kelayakan

  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh MQA.
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Memiliki sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman merupakan satu kelebihan.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

 

Bidang Tugas

  • Menerima, memproses dan memastikan dokumen-dokumen permohonan pembiayaan pelanggan adalah lengkap.
  • Memastikan proses pengesahan majikan dan semakan dokumen sokongan dilakukan untuk setiap permohonan pembiayaan.
  • Melakukan penilaian kredit bagi semua permohonan pembiayaan dan memastikan ianya dilaksanakan dengan betul.
  • Memastikan proses permohonan pembiayaan dilaksanakan secara konsisten dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Memastikan proses awal Biro dilaksanakan dengan sempurna.
  • Memastikan maklumat pembiayaan direkodkan dan disimpan dengan selamat.

 

 

KERANI PENTADBIRAN KREDIT

Kelayakan

  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh MQA.
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Memiliki sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman merupakan satu kelebihan.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

 

Bidang Tugas

  • Bertanggungjawab menguruskan dokumentasi semua pembiayaan sehinggalah urusan dokumentasi disempurnakan sepenuhnya.
  • Bertanggungjawab mengeluarkan pembiayaan-pembiayaan yang telah diluluskan seperti mana yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Operasi (GPO).
  • Bertanggungjawab untuk menerima, menyimpan dan seterusnya merekodkan semua dokumen, resit, baucer, slip dan apa-apa juga maklumat yang berkaitan dengan transaksi dan operasi di cawangan CBP.
  • Bertanggungjawab menjaga dan merekodkan segala transaksi pembiayaan yang dilakukan.
  • Bertindak sebagai juruwang gantian (‘relief teller’).

 

 

KERANI KAWALAN

Kelayakan

  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh MQA.
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Memiliki sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman merupakan satu kelebihan.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

 

Bidang Tugas

  • Memastikan tugas-tugas kawalan dan kutipan dilakukan ke atas akaun-akaun pembiayaan yang bertunggakkan 5 bulan dan ke bawah.
  • Memantau dan memastikan akaun-akaun pembiayaan tidak dikategorikan sebagai Pembiayaan Tidak Berbayar (PTB) mengikut sasaran yang ditetapkan.
  • Melakukan tugas-tugas pentadbiran kredit seperti berikut;
  1. Memastikan segala dokumentasi Biro dilakukan setelah pengeluaran pembiayaan sempurna.
  2. Sentiasa menyemak semua dokumentasi pembiayaan yang disediakan dan memastikan surat jaminan, dokumentasi pembiayaan lain disetemkan dalam tempoh yang dibenarkan.
  3. Memastikan semua polisi takaful termasuk takaful harta cagaran diperbaharui mengikut tarikh yang ditetapkan.
  4. Merekodkan kawalan dokumentasi ke dalam buku kawalan berkaitan dan mengawal semua pergerakan dokumentasi.
  • Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

 

KERANI PENAKSIR AR-RAHNU

Kelayakan

  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh MQA.
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Memiliki sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman merupakan satu kelebihan.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

 

Bidang Tugas

  • Menerima, mengenalpasti dan menyemak maklumat pelanggan dengan pengenalan diri.
  • Menguji setiap barang kemas emas melalui ujian pengesahan mutu marhun dengan menggunakan alatan pengujian iaitu densimeter, asid, batu hitam, magnet dan kaedah lain yang munasabah.
  • Memasukkan maklumat pelanggan ke dalam sistem Ar Rahnu.
  • Mencetak dan menyemak Surat Akuan Gadaian (SAG) dengan maklumat gadaian adalah tepat dan betul seperti mana pengenalan diri dan kuantiti barang kemas emas yang hendak digadai.
  • Menyusun, mengatur dan menyerahkan sampul barang kemas emas kepada Ketua Unit Operasi/Penolong Pengurus Cawangan/ Pengurus Cawangan untuk diperiksa dan disahkan.
  • Mempromosikan produk Ar Rahnu dari semasa ke semasa.

 

 

KERANI OPERASI & AR-RAHNU

Kelayakan

  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh MQA.
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Memiliki sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman merupakan satu kelebihan.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

 

Bidang Tugas

  • Bertanggungjawab khusus di kaunter untuk menguruskan pembukaan akaun, penerimaan dan pengeluaran serta pembayaran samada secara tunai ataupun cek.
  • Menyediakan dan menyemak kedudukan timbangduga (“balancing”) harian, bulanan dan tahunan akaun-akaun simpanan biasa dan simpanan tetap.
  • Menguruskan kemasukan keuntungan simpanan Al Wadiah pada pertengahan tahun pertama dan kedua setiap tahun.
  • Menguruskan pembayaran keuntungan pelaburan Al Mudharabah.
  • Menguruskan pembayaran cukai pegangan ke atas akaun-akaun simpanan biasa dan tetap, akaun-akaun simpanan Al Wadiah dan pelaburan Al Mudharabah individu yang dikenakan cukai.

 

 

EKSEKUTIF OPERASI & AR-RAHNU

Kelayakan

  • Memiliki Ijazah/Diploma dalam bidang Pemasaran, Pengurusan Perbankan, Pengurusan Muamalat, Pengurusan Perniagaan, atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh MQA.
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang Pemasaran, Operasi Perbankan, Kewangan, Pengurusan Risiko, AMLATFA atau bidang yang berkaitan.
  • Memiliki pemikiran analisis yang cemerlang, tegas serta mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

 

Bidang Tugas

  • Memastikan setiap kerani operasi di cawangan melakukan tugas-tugasan operasi di kaunter seperti pembukaan akaun, penerimaan deposit dan pengeluaran bayaran.
  • Bertanggungjawab menyediakan kedudukan tunai harian dengan memeriksa baki kedudukan kewangan di akaun semasa cawangan serta wang tunai di cawangan semasa ketiadaan Penolong Pengurus Cawangan.
  • Membantu Penolong Pengurus Cawangan menyelia urusan pembukaan/ penutupan bilik kebal bagi mengeluarkan wang serta peti tunai Kerani Operasi semasa pembukaan serta penutupan kaunter cawangan.
  • Menyemak laporan-laporan yang berkaitan dan memastikan setiap transaksi dipindahkan ke lejer akaun yang betul setiap hari untuk disemak dan disahkan oleh Penolong Pengurus Cawangan.

 

 

KERANI AM

Kelayakan

  • Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang diiktiraf.
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Memiliki sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman merupakan satu kelebihan.
  • Berpengalaman di dalam bidang yang berkaitan.
  • Berkebolehan menggunakan komputer.
  • Memiliki motosikal dan lesen memandu yang sah adalah satu kelebihan.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

 

Bidang Tugas

  • Melakukan kerja-kerja Pembantu Pejabat.
  • Menyusun, mengambil dan menyimpan fail-fail anggota.
  • Memastikan keperluan dokumen-dokumen cawangan mencukupi.
  • Melakukan stamping ke atas dokumen-dokumen pembiayaan secara manual/ online.
  • Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengurusan CBP dari semasa ke semasa.

 

 

BP ES-TEAM / EKSEKUTIF PEMASARAN

Kelayakan

  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah/Diploma dalam bidang Pemasaran, Perniagaan, Perbankan, Perakaunan atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh MQA.
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun di dalam bidang Pemasaran & Perbankan Islam adalah satu kelebihan.

 

Bidang Tugas

  • Membuat pemasaran dan jualan produk-produk CBP seperti berikut:-
  1. Pembiayaan Peribadi
  2. Pembiayaan Perumahan Bercagaran
  3. Pembiayaan Koperasi
  4. Pembiayaan Bukan Anggota
  5. Lain-lain produk yang akan ditentukan oleh CBP
  • Membuat pemasaran dan Jualan produk bagi memastikan sasaran jualan dicapai

 

 

Calon-calon yang berminat boleh menghantar surat permohonan, resume dan gaji minimum yang dipohon bersama salinan sijil yang berkaitan beserta gambar terbaru berukuran pasport kepada :

 

KETUA SUMBER MANUSIA

CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD

No.36, Tingkat 3, Menara RKT, Jalan Raja Abdullah

50300 Kuala Lumpur.

TEL: 03-2692 7650

 

EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Hanya calon-calon yang layak akan ditemuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

 

Tarikh tutup permohonan pada 15 Februari 2019.

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2