Bantuan Rawatan Perubatan

Kadar bayaran bantuan ialah RM15.00 (Ringgit : Lima Belas Sahaja) bagi tiap-tiap satu hari penuh anggota itu menerima rawatan di hospital tertakluk kepada bayaran bantuan maksimum RM500.00 (Ringgit : Lima Ratus Sahaja) dan dihadkan kepada satu kali bantuan sahaja sepanjang tempoh menjadi anggota.


Syarat-syarat :-

  • Anggota itu telah menjadi anggota Koperasi tidak kurang daripada tempoh satu tahun secara berterusan.   
  • Bagi anggota yang mendaftar pada dan selepas 1 Januari 2015; anggota itu perlu menjadi anggota Co-opbank Persatuan tidak kurang dari tempoh 2 tahun secara berterusan   
  • Anggota itu telah dimasukkan ke hospital kerajaan atau mana-mana hospital yang diiktiraf bukan disebabkan atas rawatan perubatan berikut:-
    • Psikiatri ; atau   
    • Kecederaan / keracunan yang disebabkan sendiri ;   
    • Dibawah pengaruh alkohol atau dadah berbahaya ; atau   
    • Penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan sebagainya ; atau   
    • Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)
  • Dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh anggota itu keluar dari hospital, ia hendaklah membuat permohonan bantuan di bawah Kumpulan Wang ini dengan disertakan salinan bil rawatan hospital yang mengandungi tarikh kemasukan / keluar hospital dan salinan sijil perubatan itu juga telah disahkan oleh pihak hospital.   
  • Jika anggota itu menerima rawatan perubatan di hospital melebihi dua puluh satu (21) hari berturut-turut, ia hendaklah mengemukakan laporan perubatannya yang dilkeluarkan oleh pihak hospital itu semasa ia membuat permohonan bantuan dari Kumpulan Wang ini.

 

 

 

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2