Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (Peringkat Ijazah / Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah)

 

A. Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan

  • Ditawarkan kepada anak-anak anggota yang telah menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan keputusan peperiksaan akhir CGPA 3.67 dan ke atas.   
  • Permohonan dermasiswa bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) yang dipertimbangkan oleh pihak Co-opbank Persatuan adalah bagi kursus-kursus peringkat Ijazah / Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Daftar Kelayakan Malaysia (MQR).  
  • Bagi ibu/bapa/penjaga untuk layak memohon dermasiswa Co-opbank Persatuan mestilah telah menjadi anggota Co-opbank Persatuan pada atau sebelum 2014.   
  • Tiada sebarang skim dermasiswa disediakan oleh pihak Co-opbank Persatuan kepada anak-anak anggota yang melanjutkan pelajaran di peringkat sijil / matrikulasi / asasi / alpha / persediaan / pra-universiti.   
  • Permohonan dermasiswa adalah untuk pengajian sepenuh masa sahaja. Pengajian luar kampus ataupun secara jarak jauh adalah tidak dipertimbangkan.   
  • Tawaran pengajian secara program berkembar “twin programme” dengan mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan adalah tidak dipertimbangkan.   
  • Pemohon yang pernah menerima dermasiswa Co-opbank Persatuan bagi peringkat diploma terdahulu adalah tidak layak memohon dermasiswa bagi peringkat Ijazah Pertama / Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah.   
  • Pihak Anggota Jawatankuasa Pendidikan dan Kebajikan Anggota Co-opbank Persatuan berhak menolak mana-mana permohonan daripada anggota yang tidak lengkap ataupun tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.   
  • Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan kepada:-
                          

Setiausaha Eksekutif,
Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad
No. 41,43 & 45, Jalan Selat, Taman Selat
12000 Butterworth, Pulau Pinang

  • Tarikh tutup permohonan peringkat IJAZAH PERTAMA / IJAZAH SARJANA / DOKTOR FALSAFAH adalah tertakluk kepada pihak pengurusan.  
  • Sila ambil perhatian Borang Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

 

B. Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan (salinan hendaklah disahkan)

  • Salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga.   
  • Salinan kad pengenalan anak.   
  • Salinan transkrip peringkat Ijazah Pertama / Ijazah.
  • Sarjana / Doktor Falsafah di Institut Pengajian berkenaan yang telah disahkan.

    Hanya permohonan yang lulus sahaja akan dihubungi selepas tarikh tutup permohonan.

Muat Turun Borang Permohonan (.pdf)

Tajuk Pdf
Borang Permohonan acrobatpdf
Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2