Syer Keanggotaan Co-opbank Persatuan

FAKTA MUKTAHIR

KEANGGOTAAN Tempoh Berakhir 31 Disember 2016
BILANGAN BAKI SYER (RM)
INDIVIDU 74,854 298,203,152.35
KOPERASI 531 44,981,139.06
JUMLAH  75,385 343,184,291.41
  • Keanggotaan Co-opbank Persatuan adalah terbuka kepada keanggotaan individu dan koperasi seperti berikut:

Keanggotaan Individu

Keanggotaan individu ( perseorangan ) Co-opbank Persatuan adalah terbuka kepada Individu Melayu Islam atau Bumiputera Islam Sabah dan Sarawak yang telah mencapai umur 18 tahun dan bukan seorang yang terhadapnya masih berkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum di lepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Bayaran minimum syer menjadi anggota individu ialah sebanyak RM500.00 (Ringgit: Lima Ratus Sahaja)

Semua anggota individu telah diwajibkan menyertai Skim Takaful Tabarru' dengan sumbangan RM 25.00 setahun.

Keanggotaan Koperasi

Keanggotaan Co-opbank Persatuan juga dibuka kepada semua pertubuhan koperasi di negara ini yang keanggotaannya 90% (sembilan puluh peratus) adalah Melayu Islam atau Bumiputera Islam Sabah dan Sarawak dan sebuah pertubuhan koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.

Bayaran minimum syer untuk menjadi anggota kepada sebuah pertubuhan koperasi adalah di tetapkan sebanyak RM 3000.00 (Ringgit: Tiga Ribu sahaja).

Setiap permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat di dalam borang permohonan keanggotaan rasmi (KOP1) dan melampirkan dokumen-dokumen berikut:-

  • Cabutan minit mesyuarat agung koperasi yang meluluskan had pelaburan yang dibiayai oleh wang berlebihan koperasi.
  • Cabutan minit mesyuarat anggota lembaga koperasi yang bersetuju untuk memohon menjadi anggota lembaga Co-opbank Persatuan.
  • Salinan sijil pendaftaran koperasi.
  • Senaskah undang-undang kecil koperasi.
  • Senarai nama dan butir0butir anggota lembaga koperasi (Nama, No K/P, Alamat, Jawatan di Koperasi).

Borang Permohonan

Setiap permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat di dalam permohonan keanggotaan Co-opbank Persatuan dengan disertakan bayaran fi masuk sebanyak RM 26.00 (Ringgit : Dua Puluh Enam Ringgit Sahaja) termasuk cukai GST 6%.

Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM53.00 (Ringgit : Lima Puluh Tiga Ringgit Sahaja) termasuk cukai GST 6%.

Had maksimum pelaburan syer bagi anggota individu dan koperasi adalah tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh pihak Co-opbank Persatuan dari semasa ke semasa.

Atau borang boleh di dapati di bawah untuk permohonan

Bil Borang
1. Borang Maklumat Pelanggan (Bukan Individu) Muat Turun
2. Borang Maklumat Pelanggan (Individu) Muat Turun
 3.  Borang Keanggotaan Individu Muat Turun
4. Borang Takaful Khairat Muat Turun
5. Borang Wasi Muat Turun
6. Borang Keanggotaan Koperasi Muat Turun

Tiada Had Maksimum Syer Keanggotaan

Pada tahun ini, sebagai memberi peluang kepada anggota sedia ada dan anggota baru untuk menambah pelaburan syer keanggotaan masing-masing di Co-opbank Persatuan,

Anggota Lembaga telah bersetuju bagi permohonan keanggotaan baru dan tambahan syer keanggotaan sedia ada anggota individu dan anggota koperasi tidak ditetapkan sebarang had maksimum.

Walau bagaimanapun had maksimum pelaburan syer keanggotaan di atas adalah tertakluk kepada Seksyen 33 Akta Koperasi 1993.

Borang keanggotaan individu Co-opbank Persatuan boleh dimuat turun pada pautan berikut : Muat Turun Borang

Jika anda berminat, sila isikan borang-borang berikut untuk diserahkan kepada cawangan kami yang berdekatan dengan anda :-

i) Borang Maklumat Pelanggan (Individu)

ii) Borang Keanggotaan Individu

iii) Borang Takaful Tabarru

iv) Borang Pelantikan Wasi

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2