Mengenali Kami

 

Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya "The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited". Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama terkini Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad ataupun ringkasnya "Co-opbank Persatuan"

 

Prinsip-Prinsip Koperasi

  • Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
  • Kawalan Secara Demokratik Oleh Anggota   
  • Penglibatan Anggota Dalam Kegiatan Ekonomi   
  • Kebebasan Autonomi   
  • Pendidikan, Latihan dan Maklumat   
  • Bekerjasama Di Antara Koperasi-Koperasi   
  • Prihatin Terhadap Komuniti

Misi & Visi

Visi
Menjadi Co-opbank Syariah Terunggul Di Malaysia


Misi
Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti bagi:-

  • Memberikan pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota   
  • Meningkatkan kebajikan anggota   
  • Menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti   
  • Mengamalkan nilai-nilai teras dalam prinsip koperasi

Moto

"Pelengkap Keperluan Kewangan Anda"

 

 

 

 

 

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2