Peluang Kerjaya

Vacancy

Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad menawarkan jawatan-jawatan yang bersesuaian dengan anda. Ini kerana pembukaan cawangan-cawangan baru di lokasi-lokasi strategik akan dilaksanakan hingga meliputi seluruh negeri di Malaysia.

Mempelawa warganegara Malaysia Bumiputera (Melayu) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-

  

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (BUTTERWORTH)

    KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat, atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik;
    PENGALAMAN
    • Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam bidang Teknologi Maklumat.
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan yang minima.
    BIDANG TUGAS
    • Bertanggungjawab membantu Jabatan Teknologi Maklumat dalam menguruskan data dan maklumat.
    • Melakukan pemeriksaan data dan mengemaskini data yang agar memenuhi dan bersesuaian dengan keperluan sistem dan pengguna.
    • Bertanggungjawab memastikan maklumat peribadi dan perjawatan kakitangan dikemaskini dan diuruskan dengan baik dari semasa ke semasa.
    • Mengurus data di dalam sistem agar sentiasa "up to date" dan dikemaskini dengan teratur.
    • Mencadangkan pengurusan data bersesuaian dengan keperluan dan teknologi terkini.
    • Menganalisa dan mengkaji tahap sistem pengurusan data agar setanding dengan teknologi semasa.

 

BP ES-TEAM / EKSEKUTIF PEMASARAN

    KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma/ Ijazah dalam bidang Pemasaran, Perniagaan, Perbankan, Perakaunan atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT yang diiktiraf Kerajaan.
    • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
    PENGALAMAN
    • Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun di dalam bidang yang berkaitan
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan yang minima.
    • Lepasan graduan adalah digalakkan untuk memohon
    BIDANG TUGAS
    • Membuat pemasaran dan jualan produk-produk Co-opbank Persatuan seperti berikut:-
      • Pembiayaan Peribadi
      • Pembiayaan Perumahan Bercagaran
      • Pembiayaan Koperasi
      • Pembiayaan Bukan Anggota
      • Membuat pemasaran dan Jualan produk bagi memastikan sasaran jualan dicapai.
      • Lain-lain produk yang akan ditentukan oleh Co-opbank

      
Calon-Calon yang berminat boleh menghantar surat permohonan, surat latar diri dan gaji minimum dipohon bersama-sama salinan sijil yang berkaitan dan beserta gambar terbaru berukuran pasport kepada :

JABATAN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
CO-OPBANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD
No.36, Tingkat 7, Menara RKT2, Jalan Raja Abdullah, Off Jalan Sultan Ismail, 50300 Kuala Lumpur

Untuk pertanyaan sila hubungi 03-2697 7650 atau layari www.cbp.com.my untuk maklumat lanjut

Emel - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Hanya calon-calon yang layak akan ditemuduga.
Permohonan diterima adalah secara pos / email / serahan tangan sahaja

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2