Rasionalisasi Logo
Keterangan Struktur Bentuk | |
Empat Pepenjuru Kubah Masjid | Menggambarkan kepelbagaian aktiviti organisasi ini yang berlandaskan prinsip syariah. |
Rantai Bercantum Di dalam Lingkungan Empat Persegi | Melambangkan sebuah organisasi yang beroperasi dengan penuh semangat, kerjasama yang mantap di antara semua kakitangan dan Anggota Lembaga Koperasi di dalam sempadan polisi dan garis panduan kerja yang telah ditetapkan. |
Keterangan Warna dan Maksud Logo | |
Warna | Maksud |
Warna Kuning | Melambangkan kebolehpercayaan, professionalisme dan sifat daya saing yang tinggi di dalam industri perbankan di negara ini. |
Warna Maroon | Melambangkan keberanian dan keyakinan yang tinggi serta pendirian optimistik organisasi ini di dalam menyediakan perkhidmatannya. |
Warna Putih | Melambangkan akhlak yang mulia dan niat yang suci warga Co-opbank Persatuan di dalam menyahut seruan agama untuk memajukan dan membangunkan ummah di negara ini. |