Notis Bayaran Dividen Kepada Anggota - Anggota

 

NOTIS KEPADA ANGGOTA - ANGGOTA

 

logo bm

BAYARAN DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016

 

 

Adalah dimaklumkan bahawa pembayaran dividen bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2016 telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 15 September 2017 sebanyak 5.50% yang mana bayaran interim sebanyak 3.0% telahpun dibuat pada 16 Jun 2017 dan bakinya 2.50% telah dikredit ke akaun AL-WADIAH / APUNGAN pada 21 September 2017.

AL-WADIAH

Bagi anggota yang mempunyai Akaun Simpanan Al-Wadiah dan telah memberi arahan untuk dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan boleh mengemaskini akaun tuan / puan mulai 21 September 2017.

APUNGAN

Bagi yang tidak memberi apa-apa arahan, jumlah dividen telah diapungkan dalam akaun Modal Syer dan tuntutan bayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Co-opbank Persatuan yang berhampiran.

Bagi anggota yang tidak menuntut bayaran dividen selepas dari tarikh 14 November 2017, jumlah dividen tersebut akan dikredit sebagai tambahan syer.

 

Terima kasih

 

SETIAUSAHA EKSEKUTIF

KOPERASI CO-OPBANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2