Simpanan Al - Wadi'ah / Al - Wadi'ah Hasanah

  • Akaun simpanan dewasa.
  • Terbuka kepada semua samaada anggota ataupun bukan anggota Co-opbank Pertama yang berusia 18 tahun ke atas.   

 

Akaun Simpanan Al-Wadi’ah boleh dibuka secara:

  • Individu   
  • Individu-individu bersama  
  • “Atas Amanah Kepada”  
  • Persatuan, Kelab dan lain-lain organisasi sukarela   
  • Masjid dan Surau   
  • Koperasi   
  • Syarikat-syarikat Berhad dan Sendirian Berhad.

 

Simpanan Al - Wadi'ah Hasanah

  • Akaun simpanan kanak-kanak   
  • Bagi Akaun Simpanan kanak-kanak (berumur 18 tahun dan ke bawah) Akaun Simpanan akan dibuka atas nama ibubapa atau penjaga  
  • Layak menyertai Kelab MyStar  

Skim simpanan Al Wadiah Hasanah merupakan Skim Simpanan Pendidikan Istimewa yang disediakan kepada anak-anak anggota Co-opbank Pertama dengan manfaat seperti berikut :-

JUMLAH SIMPANAN BELANJA PENGEBUMIAN  KEMATIAN/KEILATAN MENYELURUH
RM 500.00 - RM 999.99 RM 1,000.00 RM 500.00 - RM 999.99
RM 1,000.00 - RM 1,999.99 RM 2,000.00 RM 1,000.00 - RM 1,999.99
RM 2,000.00 - RM 2,999.99 RM 3,000.00 RM 2,000.00 - RM 2,999.99
RM 3,000.00 - RM 3,999.99 RM 4,000.00 RM 3,000.00 - RM 3,999.99
RM 4,000 & ke atas RM 5,000.00 RM 4,000.00 dan lebih

      
Syarat Penyertaan

  • Terbuka kepada semua anak pelanggan Co-opbank Pertama yang berusia 1 hari hingga 18 tahun.   

Pengiraan keuntungan adalah berdasarkan purata bulanan bergerak selama enam bulan (Januari – Jun dan Julai – Disember) dan jumlah keuntungan akan dikreditkan ke akaun simpanan pelanggan setiap 6 bulan.

 

Apakah yang perlu saya ketahui mengenai produk ini?

Apakah yang perlu saya ketahui mengenai produk ini?

Co-opbank Pertama menawarkan kemudahan akaun simpanan Al-Wadiah untuk menyimpan wang berlandaskan kontrak Wadi’ah. kemudahan ini menyediakan kaedah simpanan selamat tanpa gangguan wang anda dan memudahkan anda mengeluarkan wang itu apabila perlu

Apakah Konsep Syariah yang digunakan?

Apakah Konsep Syariah yang digunakan?

Konsep Al-Wadi’ah Hasanah ialah akad di antara tuan punya barang dengan pihak yang menyimpan ke atas barang tertentu untuk disimpan. Tujuan akad tersebut untuk menjaga keselamatannya dari hilang, kecurian dan sebagainya

Apakah ciri-ciri produk ini?

Apakah ciri-ciri produk ini?

Kadar Keuntungan    
  • Deposit RM 5,000 ke bawah ( Kadar Keuntungan 1.7%), Deposit RM 5,000 ke atas ( Kadar Keuntungan 2.0 % )
Minimum Deposit
  • RM10.00
Maksimum Deposit
  • Tiada had.
Baki Simpanan    
  • RM 10.00
Syarat Umur
  • Terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun hingga ke 1 tahun
Kelab
  • Deposit RM50.00 layak menyertai Kelab MyStar.

Apakah syarat-syarat utama mengenai produk ini yang perlu saya ketahui?

Apakah syarat-syarat utama mengenai produk ini yang perlu saya ketahui?

  • Pembukaan akaun boleh dilaksanakan melalui mana-mana kaunter di cawangan Co-opbank Pertama.
  • Setiap penyimpan hanya dibenarkan membuka satu akaun simpanan sahaja bagi setiap jenis akaun simpanan.

Apakah syarat-syarat lain mengenai produk ini yang perlu saya ketahui?

Apakah syarat-syarat lain mengenai produk ini yang perlu saya ketahui?

  • Setiap penyimpan hanya dibenarkan membuka satu akaun simpanan sahaja bagi setiap jenis akaun simpanan.
  • Penyimpanan atau mendeposit boleh dilakukan dengan buku atau tanpa buku simpanan.
  • Pengeluaran wang daripada akaun tidak akan dibenarkan oleh Bank jika tidak disertakan dengan Buku Simpanan.
  • Apabila penyimpan mengeluarkan kesemua baki simpanannya , akaunnya akan ditutup dan buku simpanannya akan dikembalikan kepada penyimpan selepas dicop “AKAUN DITUTUP”. Penutupan akaun simpanan akan dicaj sebanyak RM 2.00.
  • Bank akan mengenakan bayaran sebanyak RM 10.00 ke atas setiap buku yang diganti disebabkan kehilangan atau kerosakan dan penyimpan dikehendaki menandatangani Surat Akaun menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun Tahun 1960.
  • Akaun yang tidak mempunyai sebarang transaksi simpanan atau pengeluaran dalam jangkamasa dua (2) tahun dari tarikh transaksi terakhir, tidak termasuk transaksi keuntungan sekiranya dibayar, akan dikategorikan sebagai akaun pendam.

Apakah sebab-sebab yang menyebabkan pembekuan akaun?

Apakah sebab-sebab yang menyebabkan pembekuan akaun?

Pembekuan akaun simpanan boleh diambil oleh Bank apabila berlakunya kematian , kebankrapan atau pemegang akaun tidak waras (gila) sehingga mendapat surat kuasa dari pemegang Amanah Raya atau Pesaka Kecil atau Mahkamah atau atas arahan pihak berkuasa atau sebab-sebab tertentu.

Apakah fi dan caj yang perlu dibayar?

Apakah fi dan caj yang perlu dibayar?

Tidak dikenakan fi dan caj.

Apakah risiko yang perlu saya tanggung?

Apakah risiko yang perlu saya tanggung?

Deposit ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku perubahan maklumat?

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku perubahan maklumat?

Sila hubungi talian khidmat pelanggan di talian 03-26040704 pada Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali hari Sabtu , Ahad dan cuti umum atau kunjungi mana-mana cawangan Co-opbank Pertama yang berdekatan untuk sebarang perubahan maklumat pelanggan

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya pelanggan memerlukan maklumat lanjut sila rujuk risalah produk atau layari www.cbp.com.my.

  • Sebarang cadangan dan pertanyaan anda boleh disalurkan ke :

Unit Biro Aduan,
Co-opbank Pertama Malaysia Berhad, 36, Tingkat 7, Wisma RKT 2, Jalan Raja Abdullah, Off Jalan Sultan Ismail, 50300, Kuala Lumpur
atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Atau
Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur
Laman web: www.skm.gov.my
Tel : 03-20834000
Faks : 03-20834100
Atau Sistem Aplikasi Online Aduan Koperasi : http://apponline.skm.gov.my

Atau

Hubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di

Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur.

Tel: 1-300-88-5465

Faks: 03-21741515

E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PENTING!
  • LEMBARAN PENZAHIRAN PRODUK TELAH DIBACA, DIFAHAMI & DIPERSETUJUI OLEH PELANGGAN DAN MESTILAH DITANDATANGANI OLEH PELANGGAN

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2