Perumahan-i

 

Pembiayaan Perumahan CBP
Co-opbank Persatuan menawarkan berbagai skim pembiayaan kepada anggota-anggotanya untuk memenuhi berbagai keperluan dengan kadar keuntungan yang kompetitif dan kelulusan segera.

Bil   Jenis Had Maksimum Tempoh (Tahun) Kadar Keuntungan Setahun
1 Pembiayaan Perumahan Al-Amali RM 10,000,000.00 (10 Juta) 35 Kadar Minimum : KAPK + 1.2%
Kadar Siling : KAPK + 4%

KAPK - Kadar Asas Pembiayaan Koperasi

Konsep Pembiayaan

Murabahah (Tawarruq)

Kategori Pelanggan

  • Warganegara Malaysia   
  • Kakitangan Kerajaan, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sahaja dengan status jawatan adalah tetap.   
  • Kakitangan KEMAS dan Jabatan Perpaduan yang berstatus 'Kontrak Bersambung'. Tempoh perkhidmatan sediada sekurang-kurangnya 1 tahun.   
  • Pemohon yang bekerja sendiri atau berniaga dan dapat membuktikan pendapatan bulanan yang kukuh dan stabil.   
  • Kakitangan Panel Majikan Swasta yang telah diluluskan.   
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.   
  • Tidak muflis/bankrap.   
  • Tidak mempunyai rekod buruk (CTOS & CCRIS) dengan Bank atau institusi-institusi kewangan lain.   
  • Permohonan secara 'Bersama' adalah dibenarkan dengan bilangan pemohon tidak melebihi dua (2 orang), Pemohon-pemohon tersebut mestilah mempunyai hubungan kekeluargaaan terdekat.  
  • Terbuka kepada semua samada anggota mahupun bukan anggota. Setiap pemohon digalakkan menjadi anggota Co-opbank Persatuan.

Cara Bayaran Balik

  • Biro Potongan Angkasa (BPA)   
  • Potongan Gaji oleh Majikan (PGM)   
  • Arahan Tetap.   
  • Cek Tertunda/Tertangguh.   
  • Tunai.

Jumlah dan Had Pembiayaan

  • Tertakluk kepada had peratusan Nisbah Keberhutangan (DSR) tidak melebihi 60%.   
  • Tertakluk kepada Had Pendedahan Kerberhutangan Seorang Pelanggan (Single Customer Exposure Limit)

Tempoh Keseluruhan Pembiayaan dan Tempoh Tangguhan

  • Tempoh Keseluruhan Pembiayaan = Maksimum 35 tahun (420 bulan)      
    • Tertakluk kepada usia pemohon iaitu tidak melebihi 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.    

 

  • Tempoh Tangguhan = 2 tahun (24 Bulan)      
    • Bagi pembiayaan yang syarat pengeluaran adalah secara berperingkat-peringkat, peminjam dikehendaki membayar keuntungan bulanan sebenar sahaja semasa dalam tempoh tangguhan mulai bulan pertama pengeluaran dibuat sehingga ke bulan pengeluaran terakhir atau tamat tempoh tangguhan yang mana terdahulu.       
    • Bagi pembiayan yang membiayai projek pembinaan kondominium, pangsapuri, rumah pangsa, premis perniagaan dan rumah kedai yang mana pegangan hakmiliknya berupa pegangan strata (strata lite), tempoh tangguhan boleh dilanjutkan daripada 24 bulan kepada 36 bulan tertakluk kepada tempoh tangguhan yang dinyatakan di dalam Surat Perjanjian Jual Beli/Pembinaan yang mana lebih rendah.

Kadar Keuntungan Terapung

  • KAPK : Kadar Asas Pembiayaan Koperasi
  • KAPK semasa (Ogos 2014) : 7.30%
Kadar Siling : KAPK + 4% Kadar Minimum : KAPK + *0.7 : 8.0%
Nota (*) :

   

  • Penentuan kadar keuntungan selain di atas adalah berasaskan kepada Gred Risiko Kredit yang perlu dirujuk dengan Pengurusan Ibu Pejabat.

Perlindungan Takaful Gadaijanjji (MRTT) dan Takaful Pemilikan Rumah/Kebakaran (Housowner/Fire Takaful)

  • Diwajibkan   
  • Sumbangan takaful akan ditolak dari jumlah pembiayaan yang telah diluluskan semasa pengeluaran pembiayaan dilakukan.

Syarat Jaminan

Tiada sebarang syarat jaminan dikenakan.

Yuran Proses

1.0%(satu peratus) dari jumlah pembiayaan atau minima RM300.00

Bayaran Awal/Pendahuluan Pembiayaan ('Advance Payment')

Tiada.

Margin Pembiayaan

MARGIN NILAIAN HARTANAH HAD MARGIN PEMBIAYAAN
(a) Bangunan kekal seperti rumah, rumah kedai dan lain-lain. 90%
(b) Grant Mukim First Grade. 80%
(c) Tanah jenis pertanian 70%
(d) Tanah Hakmilik Rizab Melayu 60%

 

  • Margin pembiayaan bagi pembelian rumah ketiga oleh individu adalah 70% daripada harga kos/jual beli atau nilai pasaran, yang mana lebih rendah.   
  • Pemohon yang mempunyai akaun pembiayaan Perumahan / Bercagaran Hartanah sediada (berstatus normal-aktif) di Co-opbank Persatuan adalah diwajibkan untuk membuat pembiayaan bertindih (akaun Perumahan / Bercagaran Hartanah sediada perlu ditutup / diselesaikan).

Bilangan Akaun Pembiayaan Kepada Seorang Pemohon

Tiada had tertakluk kepada kelayakan potongan gaji / pendapatan yang dibenarkan.

Laporan Nilaian

  • Setiap hartanah / rumah yang dibiayai atau dicagar kepada Co-opbank Persatuan selain dari rumah kediaman / rumah kedai yang dibeli dari syarikat pemaju perumahan hendaklah dinilai oleh Jurunilai Bertauliah/Berkanun/Berdaftar yang dilantik sebagai panel penilai Co-opbank Persatuan. Laporan nilaian perlu dikemukakan semasa permohonan dibuat dan dialamatkan kepada Co-opbank Persatuan.   
  • Tempoh kegunaan bagi sesuatu Laporan Penilaian hanyalah selama 24 bulan sahaja iaitu berkuatkuasa dari laporan berkenaan disediakan.   
  • Kos penilaian adalah di bawah tanggungan pemohon.

Kos Guaman, Dokumentasi Dan Pendaftaran Gadaian

  • Di bawah tanggungan pemohon.   
  • Dibenarkan ditambah dari jumlah pembiayaan ('Top-up')

Semakan Laporan CCRIS melalui Credit Bureau Malaysia (CBM)

Semakan CCRIS melalui CBM adalah diwajibkan kepada semua permohonan pembiayaan.

Bayaran Balik Bulan Tertunggak Keputusan
Semua cara bayaran balik 2 bulan    
  • Sekiranya pemohon telah membuat penjelasan keseluruhan tunggakan, permohonan boleh disokong oleh pihak Cawangan.

  • Pemohon yang tidak membuat penjelasan keseluruhan tunggakan, permohonan boleh disokong oleh Cawangan dengan menyatakan justifikasi/asas sokongan dan kelulusan permohonan adalah secara budi bicara oleh pihak ibu pejabat.
  Melebihi 2 bulan    
  • Kelulusan permohonan adalah secara budi bicara oleh pihak ibu pejabat dan perlu dinyatakan asas kelulusan.

Syarat Tambahan

  • Sokongan /Kelulusan kedua-dua skim pembiayaan ini boleh mengambil kira tambahan amaun pembiayaan keatas nilai bayaran sumbangan Takaful Gadaijanji (MRTT) yang di 'to-pup'.   
  • Penentuan jumlah maksimum pembiayaan adalah dikira di atas margin 90% daripada nilai hartanah/rumah ditambah dengan bayaran sumbangan Takaful Gadaijanji (MRTT).   
  • Contoh :   

 

Nilai Hartanah   RM 200,000.00
Margin 90% RM 180,000.00
Takaful Gadaijanji (MRTT) RM3,000.00
Jumlah Pembiayaan RM183,000.00

Insentif 'Pelanggan Mencari Pelanggan'

  • Komisen sebanyak RM50.00 kepada pelanggan /warga Co-opbank Persatuan yang membawa akaun pembiayaan baru yang dilulus dan dikeluarkan.   
  • Komisen sebanyak RM25.00 kepada pelanggan/warga Co-opbank Persatuan membawa akaun pembiayaan 'overlap' yang dilulus dan dikeluarkan.   
  • Bayaran komisen akan dibuat dalam bulan berikutnya setelah pembiayaan dikeluarkan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan

  • Borang Permohonan Pembiayaan yang lengkap dan sempurna.   
  • Salinan Mykad Pemohon, Pasangan dan Anak-Anak (depan & belakang) yang telah disahkan salisan asal.   
  • Pemohon Berpendapatan Tetap :

    • Salinan Slip Gaji 3 Bulan Terkini Dan Surat Pengesahan Majikan (Asal) bagi Pemohon & Pasangan.           
    • Penyata Akaun Simpanan / Bank 3 bulan terakhir (gaji dikreditkan).           
    • Salinan Borang EA / Borang BE / Penyata KWSP (2 tahun terkini) yang telah disahkan.           
    • Salinan Kad Kuasa (tentera / polis)
  • Bukan Berpendapatan Tetap (pemilik perniagaan / bekerja sendiri / professional)       

    • Profil Perniagaan Yang Telah Disahkan.       
    • Daftar Syarikat (SSM), Surat Akaun Sumpah Menyatakan Pekerjaan Dan Pendapatan Bagi Pemohon & Pasangan       
    • Salinan Penyata Bank / Transaksi Akaun Simpanan Individu & Akaun Semasa Perniagaan 6 Bulan Terkini Yang Telah Disahkan.       
    • Salinan Penyata Bank / Transaksi Akaun Simpanan Individu 6 Bulan Terkini Yang Telah Disahkan.       
    • Borang B yang dihantar ke LHDN / resit bayaran.       
    • Borang pendaftaran A & D / Borang 24 & 49.       
    • Penyata Kewangan Teraudit (3 Tahun Terkini) Yang Telah Disahkan.       
    • Lesen / Keahlian Daripada Badan Ikhtisas Yang Diiktiraf di Malaysia Yang Telah Disahkan.       
    • Bagi Individu Yang Bekerja Sendiri Dan Tidak Mempunyai Slip Gaji Perlu Mendapatkan Pengesahan Pendapatan Daripada :

      • Ahli Parlimen / ADUN / Exco Negeri               
      • Kakitangan Kerajaan Kategori A               
      • Pengerusi JKKKK / JKKKP               
      • Pegawai Daerah               
      • Ketua Kampung               
      • Penghulu / Penggawa

    • Salinan Permit Kerja ( Bagi Pemohon & Pasangan Yang Bekerja Di Luar Negara)       
    • Salinan Akaun Bank / Kad Pesara Bagi Pemohon Yang Berumur melebihi 55 tahun.       
    • Dokumen Harta :

      • Salinan Perjanjian Jual Beli               
      • Salinan Suratan Hakmilik               
      • Perjanjian Jual Beli Asal ( Antara Pembeli Pertama & Pemaju)               
      • Salinan Surat Tawaran Dari Pemaju Yang Telah Disahkan Dari Salinan Asal.               
      • Laporan Penilaian Hartanah (Panel Bank - Jika Berkaitan)               
      • Salinan Resit Bayaran Pendahuluan yang telah disahkan               
      • Surat Kebenaran mencagarkan tanah daripada pihak berkuasa (Jika Berkaitan)

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2