Lembaran Penzahiran Produk (Ar-Rahnu)

Poster Ar Rahnu 2018 

 

 

Sila baca Lembaran Penzahiran Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memilih Pembiayaan Ar Rahnu. 

 

Harga emas semasa Ar-Rahnu Co-opbank Pertama bertarikh 15/10/2018

Kandungan Emas (%) Harga / Gram (RM)

99.9

RM185.61
95.0

RM176.33

91.6

RM170.14

87.5 RM162.41
83.5 RM154.68
75.0 RM139.21

Nota : Sila ambil perhatian bahawa harga emas Ar-Rahnu Co-opbank Pertama di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

 

* Perkidmatan cuci emas secara percuma juga turut disediakan kepada pelanggan 

Apakah yang perlu saya ketahui mengenai produk Ar Rahnu ini ?

Produk ini menawarkan kemudahan tunai dengan mencagarkan barangan kemas untuk sesuatu tempoh masa (12 bulan).

Apakah konsep Syariah yang digunakan ?

  • Al Wadiah Yad Dhamanah
    • Merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.     
  • Al Qardhul Hasan     
    • Pembiayaan tanpa faedah, boleh membayar jumlah tambahan mengikut budi bicara peminjam sebagai tanda penghargaan.  

Bagaimanakah caranya untuk saya menggadai?

  • Membawa barang kemas sebagai cagaran.
  • Membawa kad pengenalan.
  • Mengisi borang permohonan yang disediakan.

Apakah kelayakan seseorang itu untuk menggadai?

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan ke atas.
  • Berakal dan tidak berada dalam ketagihan dadah.
  • Tidak muflis.

Apakah mutu emas yang diterima di Ar Rahnu Co-opbank Pertama?

Mutu emas yang diterima ialah 999, 950, 916, 875, 835 dan 750.

Bagaimanakah Ar Rahnu Co-opbank Pertama menguji emas?

Barang gadaian akan diuji dan dinilai oleh penaksir melalui ujian densimeter dan ujian asid.

Berapakah kadar upah simpan yang dikenakan?

  • Bagi nilai marhun kurang daripada RM1,000.00 upah yang dikenakan ialah RM0.80 bagi setiap RM100.00 nilai marhun
  • Bagi nilai RM1,000.01 hingga RM5,000.00 upah yang dikenakan ialah RM0.70 bagi setiap RM100.00 nilai marhun
  • Bagi nilai marhun RM5,000.01 dan ke atas upah yang dikenakan RM0.60 setiap RM100.00 nilai marhun

Berapakah had pembiayaan bagi seorang pelanggan?

  • Jumlah maksimum setiap gadaian ialah 75% daripada nilai marhun.
  • Setiap penggadai boleh menggadai maksimum RM50,000.00 sehari.
  • Jumlah maksimum gadaian terkumpul ialah RM200,000.00.

Berapa lamakah had tempoh gadaian?

Had tempoh maksimum gadaian ialah 12 bulan (6 + 6). Tukar surat gadaian hanya dibenarkan sekiranya pelanggan menjelaskan upah simpan yang tertunggak.

Bolehkah bayaran di buat secara ansuran?

Bayaran boleh dibuat secara ansuran sehingga selesai tebus.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya surat gadai hilang?

Pelanggan perlu mengisi Borang Aduan Surat Gadaian Hilang dan perlu mendapat pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah.

Adakah penebusan boleh dibuat melalui wakil?

Boleh, surat wakil mestilah dibawa semasa proses penebusan dilakukan yang menyatakan persetujuan penggadai dan wakil serta mempunyai tandatangan kedua belah pihak.

Bilakah masanya barang gadaian akan dilelong?

Setelah melebihi tempoh 12 bulan barang akan dilelong. (Setelah ke semua notis pemberitahuan diberikan kepada penggadai dan tiada sebarang maklumbalas daripada penggadai).

Jika barang yang dilelong mempunyai baki , adakah pelanggan boleh menuntut baki tersebut?

Baki lelongan akan dipulangkan kepada penggadai setelah ditolak dengan baki pembiayaan, upah simpan yang tertunggak dan caj lelongan.

Di Mana Cawangan Co-opbank Pertama yang menyediakan perkhidmatan Ar- Rahnu?

  • Di semua cawangan Co-opbank Pertama

Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya pelanggan memerlukan maklumat lanjut sila rujuk risalah produk atau layari www.cbp.com.my

  • Sebarang cadangan dan pertanyaan anda boleh disalurkan ke :

Pusat Panggilan di talian 1-300-88-7650 pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Atau e-mail kepada : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Anda boleh membuat aduan dengan menelefon:

03-26927650 atau menghantar aduan anda ke:

Unit Biro Aduan,
Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad, 36, Tingkat 7, Wisma RKT 2, Jalan Raja Abdullah, Off Jalan Sultan Ismail, 50300, Kuala Lumpur
atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Atau
Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur
Laman web: www.skm.gov.my
Tel : 03-20834000
Faks : 03-20834100
Atau Sistem Aplikasi Online Aduan Koperasi : http://apponline.skm.gov.my

Atau

Hubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di

Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur.

Tel: 1-300-88-5465

Faks: 03-21741515

E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PENTING!
  • TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DIKENAKAN JIKA PELANGGAN TIDAK MELUNASKAN PEMBIAYAAN
  • LEMBARAN PENZAHIRAN PRODUK TELAH DIBACA, DIFAHAMI & DIPERSETUJUI OLEH PELANGGAN DAN MESTILAH DITANDATANGANI OLEH PELANGGAN
Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2