Pelan Takaful Sinar Hajj

 

sinar haj

Satu nilai tambah kepada kemudahan dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan kepada para anggota dan pelanggan

Pengenalan

Pengenalan

  • Pelan Takaful Sinar Hajj adalah berkonsepkan Wakalah
  • Pelan Takaful Sinar Hajj dengan kerjasama Sun Life Malaysia Takaful Berhad
  • Pelan ini adalah sebagai satu nilai tambah kepada kemudahan dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan kepada para anggota dan pelanggan
  • Pelan takaful ini juga berkonsepkan perkongsian keuntungan yang menyediakan perlindungan takaful bagi kematian dan kehilangan upaya kekal (TPD), kematian & TPD akibat kemalangan, badal haji, manfaat khas dan manfaat tunai pada akhir tempoh kontrak.

Ciri-ciri & Manfaat

Ciri-ciri & Manfaat

  • Manfaat Kematian / TPD – 100% jumlah perlindungan dan jumlah akaun peserta akan dibayar kepada waris. Tambahan 100% perlindungan akan dibayar jika berlaku kematian / TPD semasa mengerjakan haji / umrah
  • Manfaat Kematian / TPD akibat kemalangan – Tambahan RM10,000.00 akan dibayar jika berlaku kematian / TPD disebabkan oleh kemalangan
  • Badal Haji – Bayaran badal haji akan dibayar kepada agensi perkhidmatan yang berkaitan jika berlaku kematian / TPD kepada peserta untuk melaksanakan badal haji bagi pihak peserta. Jika tiada penyedia perkhidmatan yang berkelayakan, sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada waris yang berhak untuk melaksanakan badal haji bagi pihak peserta
  • Bayaran khas – sejumlah RM1,500.00 akan dibayar kepada peserta sebaik sahaja sijil penyertaan genap 3 tahun untuk urusan pendaftaran haji bersama Lembaga Tabung Haji
  • Manfaat akhir – nilai terkumpul sijil Akaun Am akan dibayar pada akhir tempoh matang sijil
  • Akaun Am – pendapatan pelaburan akan dikreditkan ke Akaun Am secara tahunan sepanjang tempoh sijil berkuatkuasa
  • (Manfaat TPD akan luput apabila perserta mencapai umur 65 tahun dan jumlah maksimum perlindungan bagi setiap penyertaan adalah RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Juta Sahaja))

Sumbangan Bulanan

Sumbangan Bulanan

  • Serendah RM125.00 sehingga RM500.00 (Tertakluk Terma & Syarat)

Bayaran Sumbangan

Bayaran Sumbangan

Bayaran sumbangan adalah berdasarkan pilihan peserta iaitu :
  • Bulanan
  • Suku Tahunan
  • Setiap 6 bulan
  • Tahunan

Jumlah Perlindungan

Jumlah Perlindungan

  • Minima – RM7,500.00
  • Maksima – RM300,000.00

(Tertakluk kepada jumlah sumbangan bulanan & umur penyertaan)

Jadual Manfaat

Jadual Manfaat

UMUR KEMASUKAN YANG TERAKHIR (ALB)
JUMLAH YANG DILINDUNGI (RM)
PELAN 125 PELAN 175 PELAN 250 PELAN 375 PELAN 500
0-10 75,000 105,000 150,000 225,000 300,000
11-15 67,500 94,500 135,000 202,500 270,000
16-20 60,000 84,000 120,000 180,000 240,000
21-25 52,500 73,500 105,000 157,500 210,000
26-30 45,000 63,000 90,000 135,000 180,000
31-35 37,500 52,500 75,000 112,500 150,000
36-40 30,000 42,000 60,000 90,000 120,000
41-45 22,500 31,500 45,000 67,500 90,000
46-50 18,000 25,200 36,000 54,000 72,000
51-55 12,000 16,800 24,000 36,000 48,000
56-60 7,500 10,500 15,000 22,500 30,000

Tempoh Sijil

Tempoh Sijil

Sehingga umur peserta mencapai 80 tahun

Cara Bayaran

Cara Bayaran

Cara Bayaran Sumbangan Awal Sumbangan Bulanan
Tunai
Cek
Kad Kredit / Debit
Arahan Tetap

Had Umur Peserta

Had Umur Peserta

Had umur peserta (berdasarkan tarikh harijadi yang akan datang) :
  • Minima – 1 bulan
  • Maksima – Mencapai 60 tahun
  • Tempoh Perlindungan – Sehingga mencapai 80 tahun

Had umur minima pemegang kontrak : 18 tahun

Pemeriksaan Perubatan

Pemeriksaan Perubatan

Tidak dikenakan jika jumlah perlindungan dibawah RM250,000.00

Pengeluaran Tunai

Pengeluaran Tunai

Boleh dilaksanakan setelah tempoh sijil mencapai 3 tahun dengan jumlah pengeluaran minima RM500.00 dan baki minima RM1,000.00 selepas setiap pengeluaran. Pengeluaran 3 kali pertama adalah percuma dan pengeluaran berikutnya akan dikenakan fi sebanyak RM53.00 (termasuk GST)

Penyerahan

Penyerahan

Jumlah baki Akaun Am akan dikembalikan sepenuhnya setelah ditolak bayaran fi sebanyak RM53.00 setelah penyerahan atau tempoh matang sijil

Pengecualian

Pengecualian

i. Manfaat kematian – jika peserta membunuh diri / meninggal dunia disebabkan oleh penyakit sedia ada yang dihidapi dalam tempoh 12 bulan yang lalu, kontrak akan dibatalkan dan semua jumlah Akaun Am akan dikembalikan

ii. Manfaat Hilang Upaya Kekal

  • Disebabkan oleh penyakit sedia ada yang dihidapi dalam tempoh 12 bulan yang lalu
  • Menghidapi AIDS atau pembawa HIV
  • Disebabkan oleh pengaruh dadah / bahan yang memabukkan
  • Disebabkan terlibat dengan aktiviti keganasan / melanggar undang-undang
  • Melibatkan diri dengan mana-mana peranti atau pengangkutan udara kecuali berada di dalam pesawat yang dikendalikan oleh penerbangan penumpang komersial dalam perjalanan penumpang berjadual biasa
  • Penyertaan dalam mana-mana sukan berbahaya atau hobi atau aktiviti, termasuk tetapi tidak terhad kepada aktiviti udara, terjun bungee, mendaki gunung, aktiviti dalam air, atau perlumbaan apa-apa jenis selain daripada berjalan kaki
  • Terlibat dalam peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi ketenteraan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), mogok, rusuhan, perang saudara, pemberontakan, revolusi, pemberontakan, kekecohan awam, pemberontakan, ketenteraan atau rampasan kuasa
  • Pengecualian ini juga termasuk semasa menunaikan haji / umrah

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2