Pelan Takaful Kesihatan Sun Life Malaysia Takaful Berhad

Satu lagi produk hasil daripada usahasama dengan Sun Life Malaysia Takaful Berhad. Pelan ini adalah sebagai satu nilai tambah kepada kemudahan dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan kepada para anggota dan pelanggan.

Manfaat Pelan Takaful Kesihatan

  • Manfaat Pembedahan Besar/Kecil
    • Manfaat tunai akan dibayar untuk prosedur pembedahan yang dio kategorikan sebagai prosedur pembedahan besar/kecil, dengan atau tanpa kemasukan ke hospital.

  • Manfaat Pendapatan Harian Hospital
    • Manfaat tunai harian akan dibayar bagi setiap hari penginapan di hospital sehingga 180 hari setiap tahun sijil.

  • Manfaat Penyakit Kritikal
    • Manfaat tunai akan dibayar sekali gus untuk diagnosis mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal yang dilindungi.

  • Manfaat Dialisis Buah Pinggang Untuk Pesakit Luar
    • Manfaat tunai akan dibayar sekali gus untuk diagnosis kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan jangka panjang dengan menggunakn mesin atau peralatan untuk melakukan dialisis buah pinggang.

  • Manfaat Kemoterapi / Radioterapi Anti-Kanser (Pesakit Luar Dan Pesakit Dalam)
    • Manfaat tunai akan dibayar bagi setiap sesi rawatan yang memerlukan mesin atau peralatan untuk memberikan rawatan kanser sehingga had seumur hidup manfaat ini.

  • Manfaat Terakhir
    • Sijil akan luput pada ulang tahun sijil selepas hari lahir yang ke-75 tahun peserta. Nilai akaun peserta (jika ada) akan dibayar dengan syarat sijil masih berkuatkuasa pada akhir tempoh sijil.

  • Manfaat Kematian
    • Jumlah manfaat kematian beserta dengan nilai akaun peserta (jika ada) akan dibayar atas kematian orang yang dilindungi.


Jadual Manfaat

Jenis Manfaat PELAN
GANGSA (RM) PERAK (RM) EMAS (RM)
Manfaat Hospital Manfaat pembedahan besar (setiap pembedahan) 6,000 8,000 12,000
Manfaat pembedahan kecil (setiap pembedahan) 1,500 2,000 3,000
Manfaat pendapatan harian hospital (maksimum 180 hari setiap tahun sijil) 150 200 300
Manfaat Kesihatan Manfaat penyakit kritikal (had seumur hidup) 20,000 30,000 50,000

Manfaat dialisis buah pinggang pesakit luar (had seumur hidup)

8,000 12,000 20,000

Manfaat kemoterapi/radioterapi anti kanser

  • Setiap sesi
  • Had seumur hidup
   
200 300 500
4,000 6,000 10,000
Had keseluruhan seumur hidup untuk manfaat hospital dan kesihatan 400,000 600,000 1,000,000
Manfaat Kematian 20,000 30,000 50,000
Manfaat Terakhir Nilai akaun peserta (Jika ada)

* Manfaat kematian dan nilai akaun peserta (jika ada) akan dibayar atas kematian orang yang dilindungi

Tempoh Menunggu

  • Manfaat Hospital
    • Tiada manfaat akan dibayar untuk kejadian tuntutan yang berlaku delam masa 30 hari dari tarikh sijil dikeluarkan atau tarikh pengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian kecuali akibat kemalangan.
    • Tiada manfaat akan dibayar untuk mana-mana penyakit tertentu yang berlaku dalam masa 120 hari pertama dari tarikh sijil dikeluarkan atau tarikh pengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian.

  • Manfaat Kesihatan
    • Tiada manfaat akan dibayar untuk kejadian tuntutan yang berlaku dalam masa 30 hari dari tarikh sijil dikeluarkan atau tarikh pengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian kecuali akibat kemalangan.
    • Tiada manfaat penyakit kritikal akan dibayar untuk Angioplasti dan Rawatan Invasif memerlukan pembedahan, Serangan Jantung atau Penyakit Arteri Koronari lain yang serius yang berlaku dalam masa 60 hari pertama dari tarikh sijil dikeluarkan atau tarikh pengembalian semua terakhir, yang mana terkemudian.
    • Tiada manfaat kemoterapi/radioterapi anti-kanser akan dibayar untuk mana-mana kanser yang berlaku dalam masa 60 hari pertama dari tarikh sijil dikeluarkan atau tarikh pengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian.

Jadual Sumbangan Bulanan

UMUR PADA ULANGTAHUN SIJIL PELAN
GANGSA PERAK EMAS
Sumbangan Bulanan (RM) Sumbangan Bulanan Termasuk GST (RM) Sumbangan Bulanan (RM) Sumbangan Bulanan Termasuk GST (RM) Sumbangan Bulanan (RM) Sumbangan Bulanan Termasuk GST (RM)
Kelas Pekerjaan 1 Dan 2
Umur 0 - 19 43.00 45.58 55.00 58.30 80.00 84.80
Umur 20 -29 50.00 53.00 66.00 69.96 100.00 106.00
Umur 30 -39 56.00 59.36 75.00 79.50 114.00 120.84
Umur 40 - 49 68.00 72.08 94.00 99.64 147.00 155.82
Umur 50 - 59* 130.00 137.80 188.00 199.28 304.00 322.24
Umur 60 - 64* 206.00 218.36 302.00 320.12 495.00 745.18
Umur 65 - 69* 291.00 308.46 428.00 453.68 703.00 745.18
Umur 70 - 74* 350.00 371.00 515.00 545.90 843.00 893.58
Kelas Pekerjaan 3
Umur 0 - 19 54.00 57.24 69.00 73.14 100.00 106.00
Umur 20 -29 63.00 66.78 83.00 87.98 125.00 132.50
Umur 30 -39 71.000 75.26 94.00 99.64 143.00 151.58
Umur 40 - 49 86.00 91.16 117.00 124.02 185.00 196.10
Umur 50 - 59* 163.00 172.78 235.00 249.10 380.00 402.80
Umur 60 - 64* 258.00 273.48 379.00 401.74 619.00 656.14
Umur 65 - 69* 364.00 385.84 539.00 568.16 879.00 931.74
Umur 70 - 74* 438.00 464.28 644.00 682.64 1,054.00 1,117.24
Kelas Pekerjaan 4
Umur 0 - 19 64.00 6784 83.00 87.98 120.00 127.20
Umur 20 -29 75.00 79.50 100.00 106.00 150.00 159.00
Umur 30 -39 85.00 90.10 113.00 119.78 171.00 181.26
Umur 40 - 49 103.00 109.18 141.00 149.46 222.00 235.32
Umur 50 - 59* 196.00 207.76 282.00 298.92 456.00 483.36
Umur 60 - 64* 309.00 327.54 454.00 481.24 742.00 786.52
Umur 65 - 69* 437.00 463.22 643.00 681.58 1,054.00 1,117.24
Umur 70 - 74* 525.00 556.50 773.00 819.38 1,265.00 1,340.00

* Untuk pembaharuan sijil sahaja

** Kadar semasa GST adalah 6% dan tertakluk kepada perubahan oleh pihak Kerajaan

Kempen Promosi Kepada Pelanggan

Setiap permohonan penyertaan yang telah diluluskan akan menerima satu 'power bank' daripada pihak Sun Life Malaysia Takaful Berhad yang akan dihantar terus kepada peserta yang layak.

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2