Skim Takaful Mutiara Plus

 
Satu lagi produk hasil daripada usahasama dengan Etiqa Takaful Berhad yang disediakan secara berkumpulan diatas nama koperasi ialah Skim Takaful Mutiara Plus. Skim ini diwujudkan untuk memberi manfaat perlindungan kepada anggota-anggota individu termasuk pasangan yang berumur 18 hingga 55 tahun.

Tempoh akhir penyertaan skim ini adalah pada umur 55 tahun dan tempoh perlindungan sehingga umur 60 tahun. Dengan kadar bayaran sumbangan serendah RM 10.00 sehingga RM 100.00 secara bulanan, peserta akan beroleh perlindungan yang tinggi yang meliputi kematian biasa/ kemalangan, pengebumian, hospital, keilatan kekal separa, manfaat pelaburan dengan ciri-ciri tabungan keuntungan dikreditkan setiap tahun, nilai serahan tunai, pengecualian cukai pendapatan dan perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

Syarat Penyertaan

  • Terbuka kepada semua anggota individu Co-opbank Persatuan dan pasangan (suami/isteri).   
  • Berumur 18 tahun sehingga 55 tahun pada tarikh lahir akan datang (tempoh perlindungan sehingga 60 tahun).   
  • Kadar bayaran sumbangan serendah RM 10.00 sehingga RM 100.00 sebulan.   
  • 44% daripada sumbangan akan dimasukkan ke dalam "Akaun Peserta" (AP) sebagai tabungan.   
  • 56% daripada sumbangan akan dimasukkan ke dalam Akaun Khas Peserta (AKP) sebagai Tabarru'.

Manfaat Skim Takaful Mutiara Plus

Manfaat Skim Mutiara Plus    
Bulanan    Kematian Keilatan Kekal Menyeluruh  Ahli Pasangan   Anak (Max 4) Harian Kelihatan Kekal
Separa Semua Sebab
Biasa  Kemalangan   Biasa  Kemalangan
RM  RM  RM  RM  RM RM RM RM RM RM
10 17,000  34,000  17,000  34,000  2,000  2,000  500  15 17,000 
20 34,000  68,000  34,000  68,000  2,000  2,000  500  30 34,000 
30 51,000  102,000  51,000  102,000  2,000  2,000  500  45 51,000 
40 68,000  136,000  68,000  136,000  2,000  2,000  500  60 68,000 
50 85,000  170,000 85,000  170,000 2,000 2,000 500 75 85,000 
60 102,000  204,000  102,000  204,000  2,000 2,000 500 90 102,000 
70 119,000  238,000  119,000  238,000  2,000 2,000 500 105 119,000 
80 136,000  272,000  136,000  272,000  2,000 2,000 500 120 136,000 
90 153,000  306,000  153,000  306,000  2,000 2,000 500 135 153,000 
100 170,000 340,000  170,000 340,000  2,000 2,000 500 150 170,000

Nota : Co-opbank Persatuan menyediakan kemudahan skim-skim takaful di atas dengan kerjasama Etiqa Takaful Berhad

 

 

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2