Skim Wasiat

SKIM PENULISAN WASIAT

Co-opbank Pertama menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat khusus untuk anggota-anggota dengan kerjasama "MyAngkasa Amanah Berhad".

 

Apakah Wasiat ?

  • Dari sudut bahasa : PESANAN
  • Istilah : Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak , selepas dia MATI.


Kenapa Anda Perlu Berwasiat?

  • Menjamin masa depan orang tersayang di saat mereka memerlukan
  • Memastikan harta anda diagihkan kepada pewaris yang berhak
  • Menamakan pihak bertanggungjawab yang boleh dipercayai untuk menjaga kebajikan pewaris anda

 Golongan kritikal perlu wasiat ?

  • Pasangan ada anak perempuan sahaja
  • Poligami
  • Berkahwin semula setelah kematian pasangan
  • Pasangan hendak beri harta secara sama rata
  • Pasangan ada anak istimewa (OKU)
  • Pasangan ada anak Bawah umur (18 tahun)
  • Belum berkahwin (Bujang)
  • Ada anak angkat
  • Pasangan tiada anak

 

Kenapa anda perlu mendapatkan wasiat dari Co-opbank Pertama ?

  • Harga wasiat yang mampu milik
  • Pusat sehenti untuk penulisan , penyimpanan & pelaksanaan wasiat
  • Pindaan wasiat percuma
  • Sebagai wasi yang efisyen & sistematik


Bayaran Penyertaan

  • Kadar bayaran untuk anggota RM300.00

(Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja)   

  • Kadar bayaran untuk bukan anggota RM350.00

(Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Lima Puluh Sahaja)

 

 

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2