fbpx

Notis Privasi

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP)

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP)

  • Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad - (CBP) (dirujuk sebagai ‘pihak Bank/kami’ termasuk syarikat-syarikat induk kepada bank, anak-anak syarikat, wakil-wakil dan pejabat cawangan) mengambil data peribadi untuk tujuan menyediakan produk dan perkhidmatan kami (dirujuk sebagai ‘kemudahan perbankan’).   
  • Notis Privasi ini merangkumi semua pelanggan individu dan orang perseorangan tetapi tidak terhad kepada, mana-mana pengurus dan pegawai korporat syarikat (misalnya penandatangan sah dan setiusaha syarikat), pengarah, pemegang saham, pemilik berkepentingan (misalnya pemilik tunggal, rakan kongsi dan penama bersama) dan penjamin (dirujuk sebagai ‘Individu Dikenalpasti’/‘anda’). Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana data dari Individu Dikenalpasti/anda diambil, digunakan, diproses dan dilindungi.   
  • Permohonan anda dan penggunaan berterusan terhadap kemudahan perbankan kami akan dianggap kebenaran kepada pihak Bank untuk mengumpul, memproses dan menyimpan data peribadi anda. Sila semak Notis Privasi kami secara terperinci sebelum memberikan maklumat peribadi anda.   
  • Sekiranya anda membaca dan menandatangan Notis Privasi bagi pihak syarikat atau pemilik berkepentingan, anda berakujanji bahawa Individu Dikenalpasti memahami dan bersetuju dengan Notis Privasi tersebut.   

Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpulkan Dan Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda

Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpulkan Dan Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda

Data peribadi anda yang kami ambil berkaitan dengan kemudahan perbankan kami yang anda pohon atau telah dipohon oleh pihak lain tetapi tanggungannya dijamin oleh anda atau pihak yang anda menjadi wakil atau diberikuasa atau pihak yang berkaitan dengan anda dianggap telah dipersetujui dan diizinkan anda.

Data peribadi anda berkaitan dengan kemudahan perbankan adalah termasuk tetapi tidak terbatas kepada:-

  • Nama Penuh   
  • Nombor Kad Pengenalan   
  • Tarikh Lahir   
  • Jantina   
  • Bangsa   
  • Agama
  • Status Kerakyatan   
  • Status Perkahwinan   
  • Nama Pasangan   
  • Jumlah Tanggungan   
  • Majikan   
  • Pekerjaan
  • Butiran Cukai   
  • Maklumat Kewangan   
  • Pendidikan   
  • Pendapatan Tahunan   
  • Butir-butir Perhubungan (seperti alamat, nombor telefon, dll)

Maklumat peribadi anda juga mungkin kami perolehi dari sumber-sumber lain tetapi tidak terhad dari mana-mana pihak seperti badan kawal selia, mana-mana agensi rujukan kredit, agensi pencegahan penipuan dan rujukan jenayah kewangan, majikan anda, penjamin atau pembekal cagaran anda dan sumber lain dimana Bank mempunyai akses.

Kegagalan Membekalkan Data Peribadi Anda

Kegagalan Membekalkan Data Peribadi Anda

Data peribadi anda bekalkan kepada kami adalah perlu untuk penyediaan kemudahan perbankan kepada anda. Kegagalan untuk membekalkan data tersebut mungkin mengakibatkan kami tidak dapat menyediakan kemudahan perbankan tersebut dan / atau mematuhi mana-mana undang-undang atau garis panduan.

Akses Dan Pembetulan Kepada Data Peribadi Anda

Akses Dan Pembetulan Kepada Data Peribadi Anda

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda yang disimpan pihak Bank. Anda juga berhak untuk mengemas kini dan memperbetulkan data anda. Untuk tujuan ini, anda boleh berkunjung ke cawangan kami yang berhampiran anda.

Tujuan Pengambilan Data Peribadi Anda

Tujuan Pengambilan Data Peribadi Anda

Tujuan kami mengambil dan memproses data peribadi anda bergantung kepada bentuk hubungan anda sebagai subjek data dengan kami. Umumnya tujuan tersebut melibatkan sebahagian atau keseluruhan dari tujuan-tujuan (‘Tujuan‘) berikut ;

  1. Memproses kemudahan perbankan anda yang sedia ada dan /atau memproses permohonan kemudahan perbankan anda;
  2. Untuk mengawal dan mencegah jenayah kewangan (termasuk, tanpa batasan, penggubahan wang haram, pencegahan, mengenalpasti dan pendakwaan kes-kes penipuan);
  3. Memberitahu anda mengenai perubahan penting terhadap ciri-ciri kemudahan perbankan anda;
  4. Menyokong operasi harian kemudahan perbankan anda;
  5. Mengemaskini dan mengurus maklumat yang anda sediakan kepada kami;
  6. Penguatkuasaan tanggungjawab anda kepada kami termasuk tindakan susulan dan proses tuntutan jumlah terhutang anda atau jumlah keberhutangan yang wajib anda tanggung;
  7. Mengenal pasti rekod kredit anda dan mengekalkan sejarah kredit anda untuk rujukan semasa dan masa akan datang. Hal ini termasuk dan tidak terhad kepada semakan CCRIS anda dengan agensi-agensi pelaporan kredit lain di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (AAPK 2010);
  8. Menentukan jumlah hutang anda atau jumlah hutang terhadap anda dan membentuk penyelesaian kewangan anda;
  9. Penilaian dan analisis termasuk permarkahan kredit/ pinjaman/ risiko insurans/ kelakuan, analisis pasaran, produk dan penyelidikan pasaran;
  10. Memenuhi keperluan undang-undang atau garis panduan;
  11. Perhubungan dan memastikan kepuasan pelanggan, dimana mungkin termasuk dengan menjalankan kajian untuk meningkatkan kualiti produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, membalas aduan serta menyelesaikan percanggahan secara umumnya; dan
  12. Untuk menyokong, melindungi kepentingan Koperasi Bank Pertama Malaysia Berhad dan sokongannya dan / atau tujuan lain yang berkenaan.
  13. Melakukan pengesahan pekerjaan dengan pihak majikan melalui seseorang yang mempunyai bidang kuasa untuk memberikan pengesahan tersebut di organisasi anda

Data/Maklumat Pihak Ketiga

Data/Maklumat Pihak Ketiga

Di mana anda perlu menyediakan data dan maklumat peribadi berkaitan dengan orang lain termasuk pemohon-pemohon bersama, pasangan anda, pihak berkaitan dan orang hubung kecemasan, rujukan, dan majikan termasuk dan tidak terhad kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menyokong Tujuan tersebut, anda menjamin dan menyatakan bahawa anda telah mendapatkan keizinan mereka atau anda berhak untuk memberikan maklumat mereka kepada pihak Bank.

Penyimpanan Data Peribadi Anda

Penyimpanan Data Peribadi Anda

Data yang diberikan oleh anda disimpan selagi TUJUAN yang mana data yang dikumpulkan berterusan; data kemudiannya akan dimusnahkan secara kekal melainkan pengekalan berterusan diperlukan untuk memenuhi keperluan undang-undang dan / atau pematuhan garis panduan untuk melindungi kepentingan Bank yang sah.

Pendedahan Data Peribadi Anda

Pendedahan Data Peribadi Anda

Pihak Bank tidak akan mendedahkan data peribadi anda termasuk alamat, nombor telefon ataupun e-mel kepada mana-mana pihak luar selain daripada senarai di bawah (‘Pihak-Pihak Dibenarkan’) bagi Tujuan yang tersebut kecuali pihak Bank mendapatkan kebenaran daripada anda atau samada di bawah tuntutan undang-undang atau mana-mana tanggungjawab bagi mendedahkan maklumat ;

  1. Mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau pengarah bank, syarikat induk kepada bank, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, gabungan syarikat-syarikat, wakil-wakil dan pejabat-pejabat cawangan;
  2. Pihak-pihak ketiga seperti penasihat professional atau ejen-ejen mereka, rakan-rakan kongsi strategik, pembekal-pembekal perkhidmatan, syarikat insurans / pengendali Takaful atau broker insurans / Takaful, pembekal dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga, peniaga-peniaga, vendor-vendor, yang tertakluk di bawah tanggungjawab kerahsiaan kepada Bank;
  3. Mana-mana pemegang serah hak sebenar atau pun yang berpotensi, ‘novatee’ atau penerima pindahan hak-hak dan / atau tanggungjawab Bank di bawah apa-apa transaksi di antara Bank dan anda (atau mana-mana ejen atau penasihat professional);
  4. Mana-mana agensi penarafan atau agensi bagi perlindungan kredit kepada Bank sama ada secara langsung / tidak langsung;
  5. Mana-mana pihak seperti yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang atau mana-mana kerajaan, separa kerajaan, pentadbiran, badan kawal selia / penyeliaan atau pihak berkuasa, mahkamah atau tribunal;
  6. Mana-mana agensi rujukan kredit yang Bank gunakan bagi menilai kredit atau meneliti kredit dan pihak berkaitan dengan produk perbankan yag disediakan oleh pihak Bank kepada anda ;
  7. Agensi-agensi pencegahan penipuan, institusi-institusi kewangan yang lain dan mana-mana ejen, atau organisasi-organisasi lain;
  8. Mana-mana pihak sekuriti, penjamin atau penyedia cagaran bagi kemudahan pembiayaan;
  9. Mana-mana pihak mewakili majikan yang Bank hubungi untuk mendapatkan rujukan pekerja.

Pendedahan di atas adalah setiap masa tertakluk kepada undang-undang (termasuk peraturan, standard, garis panduan dan / atau kewajipan) yang dikenakan kepada Bank.

Di samping itu, Notis Privasi ini juga berfungsi sebagai memberi persetujuan kepada mana-mana agensi pelaporan kredit untuk mendedahkan maklumat kredit anda kepada Bank kami menurut seksyen 24 (1)(a) AAPK 2010.

Cara Menghubungi Kami

Cara Menghubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Notis Privasi ini, anda boleh berkunjung ke mana-mana cawangan yang lokasinya boleh didapati dari laman Web kami atau anda boleh menghubungi kami di alamat tertera :

Pusat Panggilan di talian 1-300-88-7650 / 03-26927650 pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Atau e-mail kepada : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Jabatan Pengurusan Risiko,
Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad,
Tingkat 4, Wisma JcbNext,
No. 27, Lorong Medan Tuanku 1,
Off Jalan Sultan Ismail,
50300, W.P Kuala Lumpur

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2