Deposit-i Berjangka

Kelayakan

Akaun Deposit-i Berjangka adalah terbuka kepada:-

  • Individu (Perseorangan).   
  • Perkongsian/Syarikat.   
  • Koperasi   
  • Pertubuhan/Persatuan/Kelab   
  • Jabatan Kerajaan.   
  • Syarikat Sendirian Berhad/Syarikat Berhad

Syarat Dan Peraturan

  • Pelaburan minimum adalah sebanyak RM 1,000.00 dengan tempoh pelaburan 1,3,6,9,12,15,18,24,36,48,60 dan 60 bulan ke atas.   
  • Pihak Bank akan menyediakan satu sijil khas kepada setiap pendeposit.   
  • Deposit-i Berjangka yang disimpan oleh pelanggan adalah merupakan sijil yang mengambil kira jumlah pokok pelaburan dan keuntungan.   
  • Pihak Bank menyediakan sijil atas jumlah pelaburan untuk tujuan akad jualbeli.   
  • Nilai pada sijil berdasarkan jumlah pokok pelaburan hendaklah bersandarkan aset yang dimiliki oleh pihak Bank seperti saham dalam anak syarikatnya, saham BSKL yang diluluskan oleh syarikat ataupun lain-lain aset Bank yang dibenarkan oleh syari’ah.   
  • Pelabur-pelabur adalah dibenarkan untuk memiliki lebih dari satu sijil dengan syarat jumlah deposit setiap sijil itu mestilah tidak kurang dari RM 1,000.00.

Kadar Keuntungan

Kadar Keuntungan Deposit-i Berjangka Co-opbank Pertama kepada pelanggan-pelanggan
Tempoh (Bulan) Kadar Keuntungan % (Setahun)
1 3.30
3 3.40
6 3.50
9 3.60
12 3.70
15 3.75
18 3.80
24 3.85

* Sebarang perubahan ataupun pindaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat Co-opbank Pertama dari semasa ke semasa.

** Bagi Penawaran Kadar Sijil Deposit-i Berjangka (Tawarruq) tempoh >24 bulan hingga 60 bulan, pelanggan boleh berurusan terus dengan pihak Jabatan Perbendaharaan dan Pelaburan.

Bayaran Keuntungan

  • Kadar keuntungan yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada kadar semasa simpanan tetap di pasaran dan ‘boleh dirunding’ dengan tertakluk kepada peraturan tertentu yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tertakluk kepada tempoh ataupun jumlah pelaburan dibuat.   

PENTING !!
Klik Disini >> LEMBARAN PENZAHIRAN DEPOSIT-i BERJANGKA << Klik Disini
Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2