fbpx

Lembaran Penzahiran Produk (Ar-Rahnu)

 

 

Sila baca Lembaran Penzahiran Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memilih Perkhidmatan Ar Rahnu. 

 

 9Ar Rahnu WEB

Harga emas semasa Ar-Rahnu Co-opbank Pertama bertarikh 24 Jun 2021

Kandungan Emas (%) Harga / Gram (RM)

99.9

RM272.00
95.0

RM259.00

91.6

RM250.00

87.5 RM238.00
83.5 RM228.00
75.0

RM204.00

Nota : Sila ambil perhatian bahawa harga emas Ar-Rahnu Co-opbank Pertama di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

 

* Perkidmatan cuci emas secara percuma juga turut disediakan kepada pelanggan 

Apakah produk ini?

Pembiayaan Ar-Rahnu 2.0 adalah produk pembiayaan yang membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran. Jumlah pembiayaan yang diberikan kepada Pelanggan adalah bergantung kepada peratusan yang ditentukan oleh CBP dan jenis barang kemas yang dicagarkan.

Pembiayaan ini adalah patuh Syariah yang ditawarkan kepada individu bagi memenuhi keperluan wang tunai dengan segera.

Apakah Konsep Syariah yang digunapakai untuk pembiayaan ini?

Konsep Syariah yang digunapakai untuk pembiayaan ini ialah:.

  • Murabahah (Tawarruq) ialah akad transaksi jual beli komoditi atau aset berasaskan pembayaran tangguh secara Murabahah (iaitu harga kos aset ditambah dengan margin keuntungan) daripada penjual kepada pembeli, dan kemudiannya komoditi atau aset tersebut akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai.

  • Rahn adalah mekanisme di mana satu barangan berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pembiayaan secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pembiayaan tersebut tidak dapat dijelaskan.

Apakah kelebihan yang saya dapat dari produk ini?

Kelebihan produk pembiayaan ini adalah seperti berikut :

  • Pembiayaan yang berlandaskan Syariah;

  • Barang Gadaian adalah dijamin keselamatannya; dan

  • Kadar Keuntungan yang tetap (tidak berubah) sehingga Tempoh Matang.

Adakah saya layak untuk memohon pembiayaan ini?

Produk ini adalah terbuka kepada :

  • Anggota CBP;

  • Bukan Anggota CBP (Warganegara dan Penduduk Tetap);

  • 18 tahun ke atas;

  • Berakal dan tidak berada dalam ketagihan dadah;

  • Tidak muflis.

Berapakah jumlah pembiayaan yang akan saya perolehi?

Konsep Syariah yang digunapakai untuk pembiayaan ini ialah:.

  • Pelanggan akan memperolehi Jumlah Pembiayaan dalam bentuk wang tunai sehingga 75% daripada nilai Barang Gadaian.

  • Jumlah Pembiayaan Terkumpul adalah sehingga RM350,000 bagi setiap Pelanggan dengan maksimum sehingga RM50,000 untuk transaksi harian.

Berapakah Tempoh Pembiayaan?

Tempoh gadaian adalah Enam (6) bulan terhad kepada Dua Belas (12) bulan dalam satu Surat Gadaian.

Apakah jenis Barang Gadaian yang boleh diterima?

Barang Kemas yang diperbuat daripada emas yang mempunyai mutu 999, 950, 916, 875, 835 dan 750.

Bagaimanakah cara Bayaran Pembiayaan boleh dilakukan?

  • Tamat Tempoh pada bulan ke-6

  • Sekiranya Pelanggan ingin menyambung gadaian bagi tempoh enam (6) bulan kedua, Pelanggan hanya perlu membayar caj keuntungan enam (6) bulan pertama sahaja dan Tempoh Matang akan ditetapkan semula bagi tempoh enam (6) bulan kedua (bulan ke-7 hingga bulan ke-12).

  • Tamat Tempoh pada bulan ke-12

  • Jika Pelanggan ingin menyambung gadaian melebihi tempoh duabelas (12) bulan, Surat Gadaian baru dan akad baru MESTILAH dilakukan dengan urusniaga dagangan komoditi yang baru. Pelanggan mestilah menyelesaikan semua caj keuntungan bagi akad Ar-Rahnu yang terdahulu sebelum layak untuk memperbaharui Surat Gadaian.

Apakah Fi dan Caj yang perlu saya bayar?

  • Fi Wakalah

  • Fi yang dikenakan kepada Pelanggan di mana ia merangkumi kos perlantikan CBP sebagai agen pedagang komoditi, kos pengurusan dan kos pengendalian cetakan kontrak serta perjanjian.
Jumlah Pembiayaan Fi Wakalah
RM100 - RM999 0.20%
RM1,000 - RM9,999 0.15%
RM10,000 - RM24,999 0.10%
RM25,000 - RM50,000 0.075%

  • Caj Pengurusan Lelongan

  • Sekiranya pembiayaan tidak dijelaskan mengikut Tempoh Pembiayaan yang telah ditetapkan, Barang Gadaian akan dilelong mengikut prosedur pelelongan dan Pelanggan akan dikenakan Caj Pengurusan Lelongan pada kos insidental sebenar. Caj ini akan ditolak dari hasil pelelongan.

  • Caj Duti Setem

  • Dikenakan kepada Pelanggan sekiranya pembiayaan menjadi mungkir.

*Nota:
  • Pihak CBP akan memaklumkan Pelanggan sekurang-kurangnya Dua Puluh Satu (21) hari kalendar sebelum tarikh perlaksanaan (jika berkenaan) sekiranya terdapat sebarang perubahan pada Fi dan Caj yang berkaitan.
  • Fi dan Caj adalah tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (“SST”) sebanyak 6% (jika berkenaan).

Apakah yang saya perolehi dari produk ini?

Jumlah Harga Jualan : RM .............................

Jumlah Pembiayaan : RM .............................

Margin Pembiayaan : ...................................

Kadar Keuntungan Siling : ......................% Setahun

Kadar Keuntungan Efektif : ...................... % Setahun

Tempoh Pembiayaan : ...................... Bulan

 

Berapakah jumlah Keuntungan Pembiayaan yang perlu dibayar oleh saya?

Jumlah Keuntungan Pembiayaan : RM ...........................

Pengiraan jumlah Keuntungan Pembiayaan adalah seperti berikut:[(KKE x Jumlah Pembiayaan) + (Surcaj x Nilai Barang Gadaian)] x (Bilangan Hari/365)

Apakah tanggungjawab saya?

  • Kadar Keuntungan hendaklah dibayar sebelum/pada bulan ke-6.
  • Jumlah Pembiayaan dan Kadar Keuntungan bagi bulan ke-12 (Penyelesaian Pembiayaan) hendaklah dibayar penuh pada/sebelum Tarikh Matang.
  • Jumlah Penyelesaian Pembiayaan adalah sebanyak RM..................................

Bagaimana jika saya gagal memenuhi tanggungjawab saya?

  • Sekiranya Pelanggan gagal menjelaskan pembiayaan di dalam tempoh pembiayaan yang telah ditetapkan, CBP berhak untuk menjual/ melelong Barang Gadaian berkenaan mengikut prosedur penjualan/ pelelongan sebagaimana persetujuan yang telah diberikan oleh Pelanggan semasa membuat permohonan pembiayaan.Sekiranya Pelanggan gagal menjelaskan pembiayaan di dalam tempoh pembiayaan yang telah ditetapkan, CBP berhak untuk menjual/ melelong Barang Gadaian berkenaan mengikut prosedur penjualan/ pelelongan sebagaimana persetujuan yang telah diberikan oleh Pelanggan semasa membuat permohonan pembiayaan.
  • CBP berhak mengenakan dan menuntut ganti rugi (Ta’widh) daripada pihak Pelanggan ke atas kerugian yang dialami kerana Pelanggan lewat/ gagal membayar ansuran. Baki pembiayaan atau apa-apa bayaran tertunggak yang perlu dibayar kepada pihak CBP adalah dikira dari tarikh pembayaran sehingga pembayaran sepenuhnya seperti mana berikut :
    1. Sebelum tarikh matang, Ta’widh yang dikenakan adalah pada kadar 1% setahun ke atas jumlah bayaran tertunggak dikira secara harian; dan
    2. Selepas tarikh matang dan penghakiman, Ta’widh yang dikenakan adalah pada kadar Islamic Interbank Money Market (IIMM) ke atas keseluruhan jumlah baki tertunggak (prinsipal tertunggak dan keuntungan terakru) seperti mana yang ditetapkan oleh CBP dari semasa ke semasa.

  • Pengecualian dari Ta’widh akan diberikan sekiranya Pelanggan tergolong dalam golongan mu’sir. Pelanggan mestilah membuat deklarasi dengan pihak CBP untuk mendapat pengecualian berkenaan.
  • Jumlah Kemungkiran akibat pelelongan adalah jumlah yang dikira berdasarkan kepada apa-apa jumlah yang terhutang oleh Pelanggan kepada CBP termasuk semua caj dan kos insidental seperti formula berikut:Jumlah mungkir = (Markup Murabahah Efektif terakru)* + (Markup Murabahah efektif bergerak sehingga tarikh lelongan)* + (Ta’widh) + (Kos insidental sebenar lelongan).

*Jumlah mungkir keseluruhan tidak harus melebihi harga jualan.

Bagaimana jika saya membuat penjelasan penuh sebelum Tarikh Matang?

  • Pihak CBP akan memberikan rebat kepada Pelanggan berdasarkan prinsip Syariah Ibra' bagi:
    1. sebarang penebusan awal/ penyelesaian awal;
    2. perbezaan di antara Harga Jualan dan bayaran ansuran sebenar yang telah diselesaikan apabila berakhirnya sesuatu Tarikh Matang.

  • Formula pengiraan ibra' secara am nya adalah seperti berikut:Ibra’ = Harga Jualan Murabahah – Jumlah Penebusan

Adakah saya memerlukan perlindungan Takaful?

Perlindungan Takaful bagi Barang Gadaian

  1. Barang Gadaian yang berada di dalam simpanan CBP (dalam Tempoh Pembiayaan) adalah dilindungi takaful melalui Pengendali Takaful yang dilantik oleh CBP.
  2. Had perlindungan takaful adalah tertakluk kepada Nilai Barang Gadaian yang dinyatakan di dalam Surat Gadaian.

Perlindungan Takaful Kredit

  1. Pelanggan digalakkan mengambil Pelan Perlindungan Takaful Kredit daripada Pengendali Takaful yang dilantik oleh CBP atau Pengendali Takaful pilihan sendiri bagi menjamin jumlah keterhutangan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal ke atas Pelanggan.
  2. Pembayaran bagi Perlindungan Takaful Kredit adalah di bawah tanggungjawab Pelanggan.

Apakah risiko yang terlibat?

Jika Pelanggan mempunyai masalah memenuhi kewajipan pembiayaan, sila hubungi pihak CBP dengan segera untuk membincangkan pembayaran alternatif.

Adakah saya memerlukan penjamin?

Tiada penjamin diperlukan.

Apakah perbezaan di antara produk Pembiayaan Ar-Rahnu 2.0 ini dengan produk Ar-Rahnu yang terdahulu (menggunakan Upah Simpan)?

  • Konsep Syariah yang digunapakai untuk produk Ar-Rahnu terdahulu ialah Qard, Rahn, Wadiah Yad Dhamanah dan Ujrah. Manakala produk Pembiayaan Ar-Rahnu 2.0 ini menggunapakai konsep Syariah Murabahah (Tawarruq) dan Rahn.Konsep Syariah yang digunapakai untuk produk Ar-Rahnu terdahulu ialah Qard, Rahn, Wadiah Yad Dhamanah dan Ujrah. Manakala produk Pembiayaan Ar-Rahnu 2.0 ini menggunapakai konsep Syariah Murabahah (Tawarruq) dan Rahn.
  • Produk Ar-Rahnu yang terdahulu mengenakan Caj Upah Simpan bagi Nilai Barang Gadaian yang akan turut berubah mengikut kenaikan dan penurunan harga emas semasa. Pembiayaan Ar-Rahnu 2.0 sebaliknya mengenakan Kadar Keuntungan yang tidak terikat dengan harga emas semasa.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan mengenai butiran peribadi?

Pelanggan hendaklah memaklumkan CBP mengenai apa-apa perubahan butiran peribadi untuk memastikan semua urusan komunikasi dengan Pelanggan disampaikan dengan lebih berkesan.

Dimanakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Ar-Rahnu?

Untuk maklumat lanjut, sila klik dibawah.

Read more

Sebarang cadangan dan pertanyaan boleh disalurkan ke:

  • Pusat Panggilan di talian 1-300-88-7650 dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang;

  • E-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Untuk sebarang aduan, sila salurkan melalui:

  • Hotline Aduan : 1-300-88-7650 
  • Alamat Aduan : Unit Perkhidmatan Pelanggan, Tingkat 6, Wisma JCBNEXT, 27 Lorong Medan Tuanku 1, Off Jalan Sultan Ismail, 50300 Kuala Lumpur.
  • Emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Sekiranya CBP tidak dapat menyelesaikan aduan tersebut, pelanggan boleh merujuk selanjutnya kepada :

  • Suruhanjaya Koperasi Malaysia,Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan,Tingkat 10, Sunway Putra Tower,100 Jalan Putra, 50350 K.Lumpur
  • Laman web : www.skm.gov.my
  • Tel : 03-40474000;
  • Faks : 03-40474116;
  • Sistem Aplikasi Online Aduan Koperasi = http://apponline.skm.gov.my

PENTING!
  • TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DIKENAKAN JIKA PELANGGAN TIDAK MELUNASKAN PEMBIAYAAN
  • LEMBARAN PENZAHIRAN PRODUK TELAH DIBACA, DIFAHAMI & DIPERSETUJUI OLEH PELANGGAN DAN MESTILAH DITANDATANGANI OLEH PELANGGAN
Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2