Akaun Simpanan-i Salam

Apakah produk ini?

  • Akaun Simpanan-i Salam (“ASS”) merupakan produk deposit simpanan yang ditawarkan kepada pendeposit penyimpan di kalangan anggota dan bukan anggota Co-opbank Pertama (“CBP”) yang dikawalselia oleh SKM di bawah akta koperasi dan BNM di bawah Akta Kewangan Islam 2013.

Apakah konsep Syariah yang digunakan?

  • Konsep Shariah yang digunakan ialah konsep Komoditi Salam menggunakan pengaturan platform Tawarruq. Konsep komoditi. Salam berteraskan kontrak Salam atau kontrak Salaf atau al-Bai’ Mawsufah Fi Zimmah yang merupakan suatu kontrak jual beli yang mana urusniaga komoditi dilakukan atas kualiti dan kuantiti yang ditentukan dengan serah terima komoditi disandarkan kepada masa hadapan tetapi bayaran harga salam dilakukan pada waktu akad dan/atau sepanjang masa sebelum tempoh matang. Kontrak Salam diharuskan oleh jumhur ulama’ oleh semua mazhab termasuk mazhab As-Syafie sebagai suatu bentuk rukhsah daripada jenis kontrak jual beli yang biasa.
  • Dalam struktur komoditi Salam, CBP akan bertindak sebagai penjual komoditi dan pendeposit penyimpan sebagai pembeli komoditi salam. Apa-apa deposit yang diterima oleh CBP dianggap sebagai harga salam atas pesanan komoditi yang dibeli untuk diserah terima oleh CBP kepada pendeposit penyimpan secara konstruktif (hukmi) pada tempoh yang ditetapkan pada masa hadapan.
  • Semasa komoditi diserahkan oleh CBP pada tarikh yang ditetapkan pada setiap 6 bulan, pendeposit penyimpan bersetuju supaya CBP sebagai wakil menjual semula komoditi kepada pihak ketiga atau broker komoditi yang tertentu. Urusniaga komoditi salam akan menghasilkan tunai yang mempunyai margin keuntungan kepada pendeposit penyimpan pada kadar yang telah dipersetujui.
  • Semua tunai daripada urusniaga tersebut kemudiannya dijadikan sebagai harga salam untuk siri urusniaga komoditi salam bagi tempoh 6 bulan yang berikutnya secara berulang-ulang sehingga suatu masa yang mana akaun simpanan dikeluarkan atau tidak lagi mempunyai baki semasa melebihi had minima, tidak aktif atau ditutup..

Apakah jenis deposit simpanan ini?

  • ASS ialah deposit simpanan yang tidak tertakluk kepada tempoh dan tidak disekat atau dihalang pengeluarannya serta tidak dikenakan apa-apa penalti bagi pengeluaran berulang-ulang kali.

Siapakah pendeposit penyimpan akaun ini?

  • ASS boleh dibuka oleh individu atau koperasi atau organisasi samada di kalangan anggota CBP atau bukan anggota. Bagi pendeposit penyimpan di bawah umur 18 tahun, mereka boleh membuka Akaun Simpanan-i Salam Mystar.

Apakah portfolio aset dana Salam?

  • CBP akan menggunakan dana Salam ini bagi tujuan umum perniagaan CBP dalam aktiviti kewangan Islam dan perbankan Islam yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

Apakah tempoh deposit simpanan ini?

  • Deposit ASS tidak bertempoh.

Adakah pengeluaran deposit simpanan ini dibenarkan?

  • Pengeluaran boleh dilakukan berulang-ulang kali tanpa penalti tertakluk kepada baki had minima dan had maksima pengeluaran harian.

Apakah kadar untung deposit simpanan boleh dirunding?

  • Kadar untung tiada rundingan. Kadar semasa adalah tertakluk kepada kadar yang diawarkan oleh CBP dari masa ke semasa.

Apakah jumlah prinsipal dilindungi dari penjejasan?

  • Deposit akan dipulangkan pada baki semasa prinsipal oleh CBP dengan keuntungan tanpa kerugian atau penjejasan prinsipal selaras dengan Akta Kewangan Islam 2013.

Apakah keistimewaan deposit simpanan ini?

  • Deposit simpanan ini mungkin akan diberikan manfaat lain-lain seperti perlindungan Takaful berkelompok atau khidmat penulisan wasiat dan lain-lain yang diputuskan pengurusan CBP dari masa ke semasa dengan syarat jumlah baki semasa akaun simpanan adalah dikekalkan tidak kurang daripada jumlah tertentu disimpan selama setahun. Bagi Akaun Simpanan-i Salam Mystar, pendeposit penyimpan mungkin layak untuk mendapat hadiah kecemerlangan dengan syarat simpanan minimum tertentu. Selagi stok masih ada, bahan galakan dan hadiah simpanan mungkin ada disediakan oleh CBP. ASS boleh dijadikan cagaran atau lien untuk mendapatkan pembiayaan peribadi pada jumlah yang diluluskan daripada CBP yang mana mungkin diluluskan dalam tempoh 5 jam tertakluk kepada terma dan syarat pembiayaan. Pendeposit juga mungkin layak menyertai kempen-kempen deposit simpanan yang dianjurkan oleh CBP jika ada dengan tawaran hadiah lumayan dari masa ke semasa.

Apakah syarat-syarat utama pembukaan akaun?

  • Pendeposit penyimpan adalah warganegara, anggota atau bukan anggota, tidak muflis, bersetuju dengan terma dan syaratsyarat serta mempunyai resolusi lembaga (bagi bukan individu). Hanya warga emas akan diberikan buku simpanan. Penyata akan disediakan berkala sekurang-kurangnya satu kali setahun / pada setiap permohonan.

Apa akan terjadi jika akaun berbaki pada had minima?

  • Urusniaga komoditi tidak dijalankan bagi jumlah pada had minima dan dianggap menjadi Qard serta tidak dibayar apa-apa pulangan walaupun akaun adalah aktif.

Apa akan terjadi jika akaun tidak aktif?

  • Akaun yang tidak aktif selama 2 tahun dari tarikh terakhir transaksi adalah dianggap dorman. Urusniaga tidak dijalankan bagi akaun dorman dan dianggap menjadi Qard serta tidak dibayar apa-apa pulangan.

Apakah tindakan ke atas akaun tidak dituntut?

  • Akaun yang tidak dituntut dalam tempoh 7 tahun jika ada apa-apa baki di bawah had minima akan didermakan ke dalam tabung infaq bagi tujuan kebajikan sepertimana dipersetujui dalam terma dan syarat. Manakala apa-apa baki di atas had minima akan diserahkan kepada Pendaftar Wang tidak dituntut mengikut prosedur akta wang tidak dituntut 1953.

Apakah fi dan caj yang akan dikenakan?

  • Rujuk fi atau caj dalam laman web CBP dari masa ke semasa.

Apakah produk deposit simpanan ini patuh Syariah?

  • Ya, ia telah disahkan oleh Jawatankuasa Syariah CBP dan ditentusah oleh SKM pada Ogos 2019.

Apakah sub-produk akaun simpanan ini?

  • Perbezaan antara produk asas dan sub-produk hanyalah pada kadar pulangan dan kemungkinan untuk menerima manfaat tambahan samada perlindungan Takaful, Hadiah kecemerlangan, Badal Haji dan Penulisan Wasiat tertakluk kepada budibicara CBP serta terma dan syarat yang dizahirkan dalam laman web CBP dari masa ke semasa.

 

 Bil.  Produk Asas (Induk) Kategori Pendeposit 
 1. Akaun Simpanan-i Salam Produk Asas terbuka untuk golongan dewasa 18 tahun dan ke atas
  Sub-kod Produk Kategori Pendeposit
 1. Akaun Simpanan-i Salam Mystar Sub-produk terbuka untuk kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun
 2. Akaun Simpanan-i Salam Ahliyyah Sub-produk istimewa untuk anggota CBP yang masih aktif sahaja
 3. Akaun Simpanan-i Salam Baitullah Sub-produk istimewa untuk orang awam 18 tahun ke atas yang berhasrat membuat tabungan untuk menunaikan Haji dan Umrah
 4. Akaun Simpanan-i Salam Murabbi Sub-produk istimewa untuk penjawat awam 18 tahun ke atas dari golongan pendidik dan guru yang ingin membuat simpanan dengan pulangan menarik
 5. Akaun Simpanan-i Salam Masajid Sub-produk istimewa untuk institusi masjid yang ingin membuat tabungan dengan pulangan menarik
6. Akaun Simpanan-i Salam Ijtimaie Sub-produk istimewa untuk organisasi seperti Koperasi, Persatuan, Pertubuhan dan lain-lain yang ingin membuat simpanan dengan pulangan menarik
7. Akaun Simpanan-i Salam Tijari Sub-produk istimewa untuk syarikat perniagaan yang ingin mengukuhkan simpanan dengan pulangan lebih menarik daripada CASA di pasaran
8. Akaun Simpanan-i Salam Aqarib Sub-produk istimewa untuk Warga CBP termasuk ALK, JKS, JAD dan semua warga kerja untuk mempunyai akaun simpanan dengan pulangan istimewa

Apakah kadar untung deposit simpanan ini?

  • Kadar keuntungan adalah tertakluk kepada jadual bertingkat antara 1% ke 3% setahun atas baki purata bulan bergerak selama 6 bulan dimuktamadkan 7 hari sebelum tarikh urusniaga komoditi dilakukan. Kadar pulangan dipersetujui semasa akad dan akan dibayar pada setiap Jun/Julai dan Disember/Januari setiap tahun hanya selepas urusniaga komoditi terlaksana 7 hari selepas tarikh ‘cut off’ sebagaimana akan diisytiharkan dalam laman web CBP dari masa ke semasa..

 

 Bil.  Produk / Sub-Produk Kadar Pulangan Bertingkat (%) p.a. 
 1.  Akaun Simpanan-i Salam (Produk Asas)

 <5,000.00 = 1.75
>5,000.01 = 2.00
>50,000.00 = 3.00
 2.  Akaun Simpanan-i Salam Mystar (Remaja / Kanak-kanak bawah 18 tahun)

 <5,000.00 = 2.00
>5,000.01 = 2.50
>10,000.00 = 3.00
 3.  Akaun Simpanan-i Salam Ahliyyah (Anggota CBP)

 <10,000.00 = 2.00
>10,000.01 = 2.50
>25,000.00 = 3.00
 4.  Akaun Simpanan-i Salam Baitullah (Bakal Haji dan Umrah)

 <5,000.00 = 1.75
>5,000.01 = 2.00
>50,000.00 = 3.00
 5.  Akaun Simpanan-i Salam Murabbi (Pendidik dan Guru)

 <5,000.00 = 1.75
>5,000.01 = 2.00
>50,000.00 = 3.00
 6.  Akaun Simpanan-i Salam Masajid (Masjid)

 <10,000.00 = 2.00
>10,000.01 = 2.50
>25,000.00 = 3.00
 7.  Akaun Simpanan-i Salam Ijtimaie (Koperasi, Persatuan, Pertubuhan dan lain-lain)

 <5,000.00 = 1.75
>5,000.01 = 2.00
>50,000.00 = 3.00
8. Akaun Simpanan-i Salam Tijari
(Syarikat Perniagaan)

<5,000.00 = 1.75
>5,000.01 = 2.00
>50,000.00 = 3.00
9. Akaun Simpanan-i Salam Aqarib (Kakitangan CBP)

<10,000.00 = 2.00
>10,000.01 = 2.50
>25,000.00 = 3.00

Dimanakah maklumat selanjutnya boleh diperolehi?

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut atau terdapat sebarang pertanyaan mengenai mengenai produk ini, anda boleh menghubungi kami di alamat yang berikut:


Co-opbank Pertama,
Wisma JcbNext,
No.27, Lorong Medan tuanku 1,
Off jalan Sultan ismail,
50300 Kuala Lumpur

Tel : 03-26927650
Faks : 03-26947650
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Website :www.cbp.com.my

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2