Perumahan-i

 

Pembiayaan Perumahan


Co-opbank Pertama menawarkan berbagai skim pembiayaan kepada anggota-anggotanya untuk memenuhi berbagai keperluan dengan kadar keuntungan yang kompetitif dan kelulusan segera.

Bil   Jenis Had Maksimum Tempoh (Tahun) Kadar Keuntungan Setahun
1 Pembiayaan Perumahan Al-Amali RM 10,000,000.00 (10 Juta) 35 Kadar Minimum : Kadar Asas + 1.90%
Kadar Siling : Kadar Asas + 4.00%

 

Konsep Pembiayaan

Murabahah (Tawarruq)

Kategori Pelanggan

  • Warganegara Malaysia   
  • Pemohon yang bekerja sendiri atau berniaga dan dapat membuktikan pendapatan bulanan yang kukuh dan stabil.   
  • Kakitangan Panel Majikan Swasta yang telah diluluskan.   
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.   
  • Tidak muflis/bankrap.   
  • Mempunyai rekod yang baik di dalam (CTOS & CCRIS) dengan Bank atau institusi-institusi kewangan lain.   
  • Permohonan secara 'Bersama' adalah dibenarkan dengan bilangan pemohon tidak melebihi dua (2 orang), Pemohon-pemohon tersebut mestilah mempunyai hubungan kekeluargaaan terdekat.  
  • Terbuka kepada semua samada anggota mahupun bukan anggota. Setiap pemohon digalakkan menjadi anggota Co-opbank Persatuan.

Cara Bayaran Balik

  • Biro Potongan Angkasa (BPA)   
  • Potongan Gaji oleh Majikan (PGM)   
  • Arahan Tetap.   
  • Cek Tertunda/Tertangguh.   
  • Tunai.

Jumlah dan Had Pembiayaan

  • Tertakluk kepada had peratusan Nisbah Keberhutangan (DSR) tidak melebihi dari syarat yang ditetapkan.   
  • Had pembiayaan sehingga RM 10,000,000.00 (10 juta)

Tempoh Keseluruhan Pembiayaan dan Tempoh Tangguhan

  • Tempoh Keseluruhan Pembiayaan = Maksimum 35 tahun (420 bulan)      
    • Tertakluk kepada usia pemohon iaitu tidak melebihi 70 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.    

 

  • Tempoh Tangguhan = 2 tahun (24 Bulan)      
    • Bagi pembiayaan yang syarat pengeluaran adalah secara berperingkat-peringkat, peminjam dikehendaki membayar keuntungan bulanan sebenar sahaja semasa dalam tempoh tangguhan mulai bulan pertama pengeluaran dibuat sehingga ke bulan pengeluaran terakhir atau tamat tempoh tangguhan yang mana terdahulu.       
    • Bagi pembiayan yang membiayai projek pembinaan kondominium, pangsapuri, rumah pangsa, premis perniagaan dan rumah kedai yang mana pegangan hakmiliknya berupa pegangan strata (strata title), tempoh tangguhan boleh dilanjutkan daripada 24 bulan kepada 36 bulan tertakluk kepada tempoh tangguhan yang dinyatakan di dalam Surat Perjanjian Jual Beli/Pembinaan yang mana lebih rendah.

Kadar Keuntungan Terapung

  Al-Amali Awam & Swasta
Jenis Rumah
  • Rumah kediaman : Rumah siap / dalam pembinaan / lelong / subsale
  • Pembiayaan semula baki pembiayaan rumah
  • Mencagar semula rumah
Jumlah had pembiayaan  < RM 250,000.00 RM 250,000.00 - RM 500,000.00 RM 500,001.00 & ke atas Kadar siling
Kadar Keuntungan (%) BR + 2.80% BR + 2.05% BR + 1.90% BR + 4.0%

 

  Al-Amali Awam & Swasta
Jenis Rumah

Rumah Kedai / Lot Kedai: Siap dan dalam pembinaan

Jumlah had pembiayaan RM 10,000,000.00 Kadar siling
Kadar Keuntungan (%) BR + 2.50% BR + 4.0%
  • Penentuan kadar keuntungan selain di atas adalah berasaskan kepada Gred Risiko Kredit yang perlu dirujuk dengan Pengurusan Ibu Pejabat.

Perlindungan Takaful Gadaijanjji (MRTT) dan Takaful Pemilikan Rumah/Kebakaran (Housowner/Fire Takaful)

  • Diwajibkan   
  • Sumbangan takaful berdasarkan umur dan jumlah pembiayaan pelanggan.

Syarat Jaminan

Tiada sebarang syarat jaminan dikenakan.

Yuran Proses

0.5% dari jumlah pembiayaan atau minima RM300.00

Margin Pembiayaan

MARGIN NILAIAN HARTANAH HAD MARGIN PEMBIAYAAN
(a) Bangunan kekal seperti rumah, rumah kedai dan lain-lain. 90%

 

  • Margin pembiayaan bagi pembelian rumah ketiga oleh individu adalah 70% daripada harga kos/jual beli atau nilai pasaran, yang mana lebih rendah.   

Bilangan Akaun Pembiayaan Kepada Seorang Pemohon

Tiada had tertakluk kepada kelayakan potongan gaji / pendapatan dan kadar nisbah hutang (DSR) yang dibenarkan.

Kos Guaman, Dokumentasi Dan Pendaftaran Gadaian

  • Di bawah tanggungan pemohon.   

Dokumen-dokumen yang diperlukan

  • Borang Permohonan Pembiayaan yang lengkap dan sempurna.   
  • Salinan Mykad Pemohon.   
  • Pemohon Berpendapatan Tetap :

    • Salinan Slip Gaji 3 Bulan Terkini Dan Surat Pengesahan Majikan Pemohon;           
    • Penyata Akaun Simpanan / Bank 3 bulan terakhir (gaji dikreditkan);           
    • Salinan Borang EA / Borang BE / Penyata KWSP terkini.           
  • Bukan Berpendapatan Tetap (pemilik perniagaan / bekerja sendiri / professional)       

    • Profil Perniagaan yang telah disahkan;       
    • Pendaftar Perniagaan / Borang 9, 24, 49, B&D / M&A;        
    • Salinan Penyata Bank / Transaksi Akaun Simpanan Individu & Akaun Semasa Perniagaan 6 bulan terkini yang telah disahkan;        
    • Penyata Akaun Semasa untuk 6 bulan terkini;        
    • Borang B terkini dan Resit Cukai;        
    • Penyata Kewangan Teraudit (2 Tahun Terkini);        
    • Lesen / Keahlian daripada Badan Ikhtisas yang diiktiraf di Malaysia yang telah disahkan;        
    • Dokumen Harta :

      • Salinan Perjanjian Jual Beli               
      • Salinan Suratan Tawaran dari pemaju               
      • Salinan Geran Hartanah               

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2