fbpx

Skim Pembiayaan Bercagaran Hartanah Ar-Rahah

Bil Jenis Had Maksimum Tempoh (Tahun) Kadar Keuntungan Terapung
1 Pembiayaan Bercagaran Ar-Rahah RM 10,000,000.00 (10 Juta) 20 Kadar Minimum : KAPK + 1.2%
Kadar Siling : KAPK + 4%

  • Nota (*) :
    • Penentuan kadar keuntungan selain di atas adalah berasaskan kepada Gred Risiko Kredit yang perlu dirujuk dengan Pengurusan Ibu Pejabat.

  • Nota :
    •         KAPK : Kadar Asas Pembiayaan Koperasi
    •         KAPK Semasa (OGOS 2014) : 7.30%

Konsep Pembiayaan

Murabahah (Tawarruq)

Kategori Pelanggan

  • Warganegara Malaysia;   
  • Pemohon yang bekerja sendiri atau berniaga dan dapat membuktikan pendapatan bulanan yang kukuh dan stabil;   
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.   
  • Tidak muflis/bankrap.   
  • Mempunyai rekod yang baik di dalam (CTOS & CCRIS) dengan Bank atau institusi-institusi kewangan lain;   
  • Permohonan secara 'Bersama' adalah dibenarkan dengan bilangan pemohon tidak melebihi dua (2 orang), Pemohon-pemohon tersebut mestilah mempunyai hubungan kekeluargaaan terdekat.   

Cara Bayaran Balik

  • Biro Potongan Angkasa (BPA)   
  • Potongan Gaji oleh Majikan (PGM)   
  • Arahan Tetap.   
  • Cek Tertunda/Tertangguh.   
  • Tunai.

Jumlah dan Had Pembiayaan

  • Tertakluk kepada had peratusan Nisbah Keberhutangan (DSR) tidak melebihi dari syarat yang ditetapkan.

Tempoh Keseluruhan Pembiayaan

  • Tempoh Keseluruhan Pembiayaan = Maksimum 20 tahun (240 bulan)       

    • Tertakluk kepada usia pemohon iaitu tidak melebihi 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.   

Kadar Keuntungan Terapung

  • KAPK : Kadar Asas Pembiayaan Koperasi
  • KAPK semasa (Ogos 2014) : 7.30%
Kadar Siling : KAPK + 4% Kadar Minimum : KAPK + *0.7 : 8.0%
Nota (*) :

   

  • Penentuan kadar keuntungan selain di atas adalah berasaskan kepada Gred Risiko Kredit yang perlu dirujuk dengan Pengurusan Ibu Pejabat.

Perlindungan Takaful Gadaijanjji (MRTT) dan Takaful Pemilikan Rumah/Kebakaran (Housowner/Fire Takaful)

  • Diwajibkan   
  • Sumbangan takaful berdasarkan umur dan jumlah pembiayaan pelanggan.

Syarat Jaminan

Tiada sebarang syarat jaminan dikenakan.

Yuran Proses

  • 1.0%(satu peratus) dari jumlah pembiayaan atau minima RM300.00

Bayaran Awal/Pendahuluan Pembiayaan ('Advance Payment')

Tiada

Margin Pembiayaan

MARGIN NILAIAN HARTANAH HAD MARGIN PEMBIAYAAN
(a) Grant Mukim First Grade. 80%
(b) Tanah jenis pertanian 70%
(c) Tanah Hakmilik Rizab Melayu 60%

 

  • Margin pembiayaan bagi pembelian rumah ketiga oleh individu adalah 70% daripada harga kos/jual beli atau nilai pasaran, yang mana lebih rendah.   
  • Pemohon yang mempunyai akaun pembiayaan Perumahan / Bercagaran Hartanah sediada (berstatus normal-aktif) di Co-opbank Persatuan adalah diwajibkan untuk membuat pembiayaan bertindih (akaun Perumahan / Bercagaran Hartanah sediada perlu ditutup / diselesaikan).

Bilangan Akaun Pembiayaan Kepada Seorang Pemohon

Tiada had tertakluk kepada kelayakan potongan gaji / pendapatan dan kadar nisbah hutang (DSR) yang dibenarkan.

Kos Guaman, Dokumentasi Dan Pendaftaran Gadaian

  • Di bawah tanggungan pemohon.   

Dokumen-dokumen yang diperlukan

  • Borang Permohonan Pembiayaan yang lengkap dan sempurna;   
  • Salinan Mykad Pemohon;   
  • Pemohon Berpendapatan Tetap :

    • Salinan Slip Gaji 3 Bulan Terkini Dan Surat Pengesahan Majikan;           
    • Penyata Akaun Simpanan / Bank 3 bulan terakhir (gaji dikreditkan).           
    • Salinan Borang EA / Borang BE / Penyata KWSP terkini;           
  • Bukan Berpendapatan Tetap (pemilik perniagaan / bekerja sendiri / professional)       

    • Profil Perniagaan yang telah disahkan;       
    • Pendaftaran Perniagaan / Borang 9, 24, 49, B&D / M&A;       
    • Salinan Penyata Bank / Transaksi Akaun Simpanan Individu & Akaun Semasa Perniagaan 6 Bulan terkini yang telah disahkan.       
    • Salinan Penyata Bank / Transaksi Akaun Simpanan Individu 6 Bulan terkini yang telah disahkan.       
    • Borang B terkini dan Resit Cukai;       
    • Penyata Kewangan Teraudit (2 Tahun Terkini);       
    • Lesen / Keahlian Daripada Badan Ikhtisas Yang Diiktiraf di Malaysia yang telah disahkan.       

  • Dokumen Harta :

    • Salinan Perjanjian Jual Beli;               
    • Salinan Surat Tawaran dari pemaju;               
    • Salinan Geran Hartanah.               

Hak Cipta Terpelihara © | Co-opbank Persatuan
Paparan terbaik menggunakan IE versi 9+, Google Chrome atau Mozilla Firefox dan skrin resolusi 1024 x 768
  hotline baru phone number white   fb 2 twitter 2