Akaun Simpanan-i Salam

 

Akaun Simpanan-i Salam

Akaun Simpanan-i Salam merupakan produk deposit atau simpanan patuh Syariah yang terbuka kepada semua warganegara, penduduk tetap, koperasi, syarikat, persatuan dan sebarang organisasi sama ada di kalangan Anggota atau Bukan Anggota CBP.

 

Akaun Simpanan-i Salam

Konsep Bai' Salam

 

Kadar Keuntungan Kompetitif

Patuh Syariah
 
 

Ketahui Lebih lanjut

Kelayakan

  • Warganegara & Penduduk Tetap
  • Individu / Bukan Individu
  • Anggota / Bukan Anggota
  • Tidak muflis

Portfolio Aset Dana Salam

  • Digunakan bagi tujuan umum perniagaan CBP dalam aktiviti kewangan Islam dan perbankan Islam yang patuh Syariah
  • Deposit Minimum RM20.00
  • Kadar Keuntungan yang telah dipersetujui akan dibayar pada bulan Julai dan Januari setiap tahun
Jenis Akaun Kelayakan
Akaun Simpanan-i Salam Produk asas terbuka untuk golongan dewasa berumur 18 tahun & ke atas
Akaun Simpanan-i Salam Mystar Kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun
Akaun Simpanan-i Salam Ahliyyah Anggota CBP yang masih aktif sahaja
Akaun Simpanan-i Salam Baitullah Orang awam berumur 18 tahun ke atas yang berhasrat membuat tabungan untuk menunaikan Haji & Umrah
Akaun Simpanan-i Salam Murabbi Penjawat awam berumur 18 tahun ke atas dari golongan pendidik dan guru
Akaun Simpanan-i Salam Masajid Institusi Masjid
Akaun Simpanan-i Salam Ijtimaie Organisasi seperti Koperasi, Persatuan, Pertubuhan dan lain-lain
Akaun Simpanan-i Salam Tijari Syarikat Perniagaan
Jenis Akaun Kadar Keuntungan (%) Setahun
Akaun Simpanan-i Salam Semua Baki = 0.25%
Akaun Simpanan-i Salam Mystar

Baki sehingga RM50,000.00 = 3.00 %

Baki atas RM50,000.01 = 0.05%

Akaun Simpanan-i Salam Ahliyyah Semua Baki = 0.25%
Akaun Simpanan-i Salam Baitullah Semua Baki = 0.25%
Akaun Simpanan-i Salam Murabbi Semua Baki = 0.25%
Akaun Simpanan-i Salam Masajid Semua Baki = 0.25%
Akaun Simpanan-i Salam Ijtimaie Semua Baki = 0.25%
Akaun Simpanan-i Salam Tijari Semua Baki = 0.25%

Berkuatkuasa 01 Januari 2024

  • Bersetuju dengan Terma dan Syarat Akaun Simpanan-i Salam (Klik di sini).
  • Hanya warga emas akan diberikan buku simpanan.
  • Penyata akan disediakan secara berkala sekurang-kurangnya satu kali setahun / setiap kali permohonan.
  • Konsep Syariah yang digunakan ialah Konsep Komoditi Salam menggunakan pengaturan platform Tawarruq yang berteraskan Kontrak Salam atau Kontrak Salaf atau al-Bai’ Mawsufah Fi Zimmah. Ia merupakan suatu kontrak jual beli yang mana urusniaga komoditi dilakukan atas kualiti dan kuantiti yang ditentukan dengan serah terima komoditi disandarkan kepada masa hadapan tetapi bayaran harga salam dilakukan pada waktu akad dan/atau sepanjang masa sebelum tempoh matang. Kontrak Salam diharuskan oleh jumhur ulama’ oleh semua mazhab termasuk mazhab As-Syafie sebagai suatu bentuk rukhsah daripada jenis kontrak jual beli yang biasa.

  • Dalam struktur komoditi Salam, CBP akan bertindak sebagai penjual komoditi dan pendeposit penyimpan sebagai pembeli komoditi salam. Apa-apa deposit yang diterima oleh CBP dianggap sebagai harga salam atas pesanan komoditi yang dibeli untuk diserah terima oleh CBP kepada pendeposit atau penyimpan secara konstruktif (hukmi) pada masa hadapan berdasarkan tempoh yang ditetapkan.

  • Semasa komoditi diserahkan oleh CBP pada tarikh yang ditetapkan pada setiap enam (6) bulan, pendeposit atau penyimpan bersetuju supaya CBP sebagai wakil menjual semula komoditi kepada pihak ketiga atau broker komoditi yang tertentu. Urusniaga komoditi salam akan menghasilkan tunai yang mempunyai margin keuntungan kepada pendeposit atau penyimpan pada kadar yang telah dipersetujui.

  • Semua tunai daripada urusniaga tersebut kemudiannya dijadikan sebagai harga salam untuk siri urusniaga komoditi salam bagi tempoh enam (6) bulan yang berikutnya secara berulang-ulang sehingga suatu masa yang mana akaun simpanan dikeluarkan atau tidak lagi mempunyai baki semasa melebihi had minimum (RM20.00), tidak aktif atau ditutup.

CBP akan menggunakan dana Salam ini bagi tujuan umum perniagaan CBP dalam aktiviti kewangan Islam dan perbankan Islam yang mematuhi prinsip-prinsip syariah.

Pengeluaran boleh dilakukan berulang-ulang kali tanpa penalti tertakluk kepada baki had minimum dan had maksimum pengeluaran harian.

Deposit atau simpanan dalam Akaun Simpanan-i Salam berpeluang diberikan manfaat-manfaat lain seperti Perlindungan Takaful berkelompok, khidmat penulisan wasiat, hadiah kecemerlangan (Akaun Simpanan-i Salam Mystar) dan lain-lain yang diputuskan Pihak Pengurusan CBP dari semasa ke semasa.

Akaun Simpanan-i Salam yang berstatus tidak aktif dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh terakhir transaksi akan menjadi akaun dorman (Dormant Account).

Wang Tak Dituntut (WTD) dalam tempoh tujuh (7) tahun jika ada apa-apa baki di bawah had minimum akan didermakan ke dalam Tabung Infaq bagi tujuan kebajikan sepertimana dipersetujui dalam Terma dan Syarat. Manakala, sebarang baki di atas had minimum akan diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut Prosedur Akta Wang Tak Dituntut.