Keanggotaan CBP

Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad atau ringkasnya dikenali sebagai Co-opbank Pertama (CBP) adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan pada 7 Jun 1950. CBP telah di iktiraf sebagai Bank Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2014. Pertubuhan koperasi pada dasarnya berasaskan kepada penyertaan anggota-anggota melalui kemasukan syer. Keanggotaan CBP adalah terbuka kepada anggota individu dan anggota koperasi.

 

a)    Keanggotaan Individu

Kemasukan minima syer adalah sebanyak RM1,000.

Keanggotaan Individu terbuka kepada :

  • Melayu; atau
  • Beragama Islam; atau
  • Bumiputera Sabah & Sarawak

Syarat Menjadi Anggota :

  • Warganegara Malaysia;
  • Telah mencapai umur 18 tahun ke atas;
  • Bermastautin atau mempunyai tanah atau bekerja dalam kawasan operasi CBP; dan;
  • Bukan seorang yang :
    • Tidak upaya dari segi mental
    • Bankrap yang belum dipastikan
    • Terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar; atau
    • Telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan belum melebihi satu tahun dari tarikh pembuangan itu

b)    Keanggotaan Koperasi 

Kemasukan minima syer adalah sebanyak RM5,000.

Keanggotaan Koperasi terbuka kepada pertubuhan koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (tertakluk kepada kelulusan Anggota Lembaga CBP).

Menyertai sebagai anggota CBP akan mendapat kelebihan berikut

  1. Pelbagai Skim Manfaat Keanggotaan CBP (Untuk Anggota Individu Sahaja).
  2. Pulangan Prestasi 3 tahun terakhir kadar pembayaran dividen oleh CBP adalah seperti berikut :-
    TAHUN KADAR DIVIDEN SYER KADAR DIVIDEN iRCPS
    2020 6.00% 6.70%
    2021 6.10% 6.82%
    2022 6.30% 6.88%

    Nota : Dividen CBP tidak perlu dizakatkan.

Bagi mencapai misi utama untuk 'Meningkatkan Kebajikan Anggota', CBP amat komited untuk menyediakan pelbagai skim manfaat kepada anggota-anggota. Skim Manfaat Anggota CBP ini dibahagikan kepada beberapa skim tertentu yang lebih menumpukan kepada tujuan dan keperluan untuk disalurkan kepada anggota-anggota individu.

Skim yang disediakan adalah seperti berikut :

Skim Keanggotaan Jumlah Manfaat
Skim Khairat RM1,500.00 (secara one-off)
Skim Elaun Hospital RM20.00 / Hari (Sehingga maksima RM600.00 / 30 Hari)
Skim Penyakit Kritikal RM500.00 (secara one-off)
Skim Bantuan Am RM500.00 (secara one-off)

Skim Dermasiswa Dato' Haji Yusoff Hilmi

  • Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Kecemerlangan Ijazah Sarjana Muda

 

RM1,000.00 (secara one-off)
RM1,500.00 (secara one-off)

Skim Hadiah Kesetiaan 20 Tahun RM300.00 (secara one-off)

Nota:

Kelayakan Skim Hadiah Kesetiaan 20 Tahun

  • Individu yang telah genap sekurang-kurangnya 20 tahun menjadi anggota CBP secara berterusan.
  • Anggota yang layak akan mendapat wang saguhati ini hanya sekali sepanjang tempoh keanggotaannya.
  • Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019, wang saguhati ini hanya akan diberikan sewaktu anggota berkenaan telah diluluskan untuk berhenti keanggotaannya atau telah meninggal dunia.
  • Anggota yang layak akan diberikan wang saguhati tersebut tanpa perlu membuat permohonan.

Setiap anggota individu yang ingin memohon semua jenis skim manfaat yang disediakan, perlulah memenuhi syarat-syarat utama seperti berikut :

  1. Mempunyai baki syer minima RM1,000.00; dan
  2. Telah menjadi anggota CBP dalam tempoh minima 2 tahun secara berterusan;
  3. Sekiranya ada akaun pembiayaan, hendaklah tidak tertunggak melebihi 3 bulan.

     

Bagi Permohonan Manfaat Keanggotaan, sila klik disini.