Akaun SalamBiz-i

Akaun SalamBiz-i 

Akaun Salambiz-i merupakan produk akaun semasa patuh syariah yang terbuka kepada semua pelanggan individu yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia dan/atau penduduk tetap serta pelanggan bukan individu.

Akaun SalamBiz-i 

Konsep Qard 

 

Keuntungan Kompetitif

Patuh Syariah 
 

 

Ketahui lebih lanjut

Kelayakan

a)     Individu

  • Warganegara Malaysia dan/atau penduduk tetap
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tidak muflis / bankrup
  • Akaun bersama adalah dibenarkan

b)  Bukan Individu

  • Syarikat (Milikan tunggal, Perkongsian, Sdn Bhd, Perkongsian Liabiliti Terhad, Perusahaan Kecil dan sederhana)
  • Persatuan
  • Kelab
  • Koperasi
  • Badan Profesional
  • Agensi Kerajaan
  • Tidak dikenakan sebarang perintah penggulungan atau tindakan mahkamah

Nota: Introducer tidak diperlukan

 

 

 

  • Bersetuju dengan Terma dan Syarat Akaun SalamBiz-i ini

  • Deposit Minimum bagi Pelanggan Individu dan Bukan Individu adalah *RM100.

  • Tiada buku simpanan disediakan

  • Tiada Introducer diperlukan.

Nota: Deposit Minimum akan dikecualikan sekiranya pembukaan akaun adalah atas tujuan pengeluaran pembiayaan.

Jenis Pelanggan Dokumen-Dokumen
Individu Dokumen pengenalan warganegara Malaysia dan/atau penduduk tetap
Bukan Individu

a) Kelab/ Persatuan / Koperasi

  • Minit Mesyuarat
  • Sijil Pendaftaran
  • Salinan kad pengenalan pihak yang diberi kuasa
  • Pengenalan/pengesahan pemegang jawatan atau mana-mana pihak yang diberi kuasa untuk mewakili Kelab / Persatuan/ Koperasi

b) Milikan Tunggal / Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad / Perusahaan Kecil & Sederhana

  • Pendaftaran perniagaan yang disahkan oleh SSM
  • Permit operasi
  • Surat ikatan perkongsian (Jika ada)
  • Salinan kad pengenalan pihak yang diberi kuasa

c) Syarikat Swasta / Syarikat Awam Berhad

  • Memorandum & Tataurus Persatuan (Memorandum & Articles of Association)
  • Sijil Pemerbadanan (Borang 9)
  • Pulangan terkini peruntukan saham (Borang 24)
  • Penyata terkini memberikan butiran dalam daftar pengarah (Borang 49)
  • Resolusi Lembaga Pengarah (mesti mengandungi kebenaran untuk membuka akaun dan pihak yang diberi kuasa untuk mengendalikan akaun)
  • Salinan kad pengenalan pihak yang diberi kuasa

 

 

 

Bil Servis Amaun
1

Permintaan Salinan Penyata         

(Setiap permintaan melalui kaunter CBP)

RM 30.00
2 Akaun Tidak Aktif
Baki RM10.00 dan ke bawah Akaun akan ditutup dan baki akan diserap sebagai caj
Baki lebih RM10.00 RM10.00 setiap tahun dan ditolak dari baki akaun
3 Penutupan Akaun
Akaun dibuka kurang daripada 6 bulan RM 20.00
Akaun dibukan lebih daripada 6 bulan Tiada Caj

Akaun SalamBiz-i yang berstatus tidak aktif dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh terakhir transaksi akan menjadi akaun dorman (Dormant Account)

Wang Tak Dituntut (WTD) dalam tempoh tujuh (7) tahun jika ada apa-apa baki di bawah had minimum akan didermakan ke dalam Tabung Infaq bagi tujuan kebajikan sepertimana dipersetujui dalam Terma dan Syarat. Manakala, sebarang baki di atas had minimum aka diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut Prosedur Akta Wang Tak Dituntut.