Notis Perlindungan Data Peribadi ini ("Notis") telah disediakan kepada anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA"). Untuk Bahasa Inggeris, sila klik disini.
Selaras dengan penguatkuasaan APDP pada 15 November 2013, Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad termasuk anak syarikat, wakil dan pejabat cawangan ("Co-opbank Pertama" / "kami"), komited untuk mematuhi semua peruntukan APDP yang bertujuan untuk melindungi data peribadi anda. Sila ambil maklum, data peribadi anda yang dikumpul oleh kami adalah penting untuk Co-opbank Pertama menilai permohonan anda sebelum diproses ke peringkat selanjutnya. Data peribadi yang dikumpul tersebut juga dapat membantu Co-opbank Pertama dalam menambahbaik produk dan perkhidmatan kami ("kemudahan perbankan").
Notis Privasi ini merangkumi semua pelanggan individu namun tidak terhad kepada mana-mana pengurus dan pegawai korporat syarikat (misalnya penandatangan sah dan setiausaha syarikat), pengarah, pemegang saham, pemilik berkepentingan (misalnya pemilik tunggal, rakan kongsi dan penama bersama) dan penjamin ("Individu Dikenalpasti"/"anda"). Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana data dari Individu Dikenalpasti/anda diambil, digunakan, diproses dan dilindungi.
Permohonan anda dan penggunaan berterusan terhadap kemudahan perbankan kami akan dianggap sebagai persetujuan kepada pihak kami untuk mengumpul, memproses dan menyimpan data peribadi anda. Sila semak Notis Privasi kami secara terperinci sebelum memberikan maklumat peribadi anda.
Sekiranya anda membaca dan mengakses Notis Privasi bagi pihak syarikat atau pemilik berkepentingan, anda berakujanji bahawa Individu Dikenalpasti memahami dan bersetuju dengan Notis Privasi tersebut.
Data peribadi anda yang kami ambil berkaitan dengan kemudahan perbankan kami yang anda pohon atau permohonan kemudahan perbankan yang dijamin oleh anda atau pihak yang anda menjadi wakil atau diberikuasa atau pihak yang berkaitan dengan anda dianggap telah dipersetujui dan diizinkan anda.
Data peribadi anda berkaitan dengan kemudahan perbankan adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada :
- Nama Penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- Tarikh Lahir
- Jantina
- Nama Pasangan
- Jumlah Tanggungan
- Majikan
- Pekerjaan
- Bangsa
- Agama
- Status Kerakyatan
- Status Perkahwinan
- Butiran Cukai
- Maklumat Kewangan
- Pendidikan
- Pendapatan Tahunan
- Butir-Butir Perhubungan (seperti alamat,nombor telefon,alamat e-mel)
Maklumat peribadi anda juga boleh kami perolehi dari sumber-sumber lain namun tidak terhad dari mana-mana pihak seperti badan kawal selia, mana-mana agensi rujukan kredit, agensi pencegahan penipuan dan rujukan jenayah kewangan, majikan anda, penjamin atau pembekal cagaran anda dan sumber lain dimana kami mempunyai akses.
Data peribadi yang anda bekalkan kepada kami adalah perlu untuk penyediaan kemudahan perbankan kepada anda. Kegagalan untuk membekalkan data tersebut mungkin mengakibatkan kami tidak dapat menyediakan kemudahan perbankan tersebut dan / atau mematuhi mana-mana undang-undang atau garis panduan yang berkaitan.
Anda berhak untuk memohon akses, mengemas kini atau memperbetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami, memohon perberhentian penerimaan promosi produk atau menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi. Untuk tujuan ini, anda boleh berkunjung ke cawangan kami yang berhampiran. Sila ambil maklum bahawa kami mungkin akan mengambil langkah pengesahan tertentu bagi memastikan identiti anda sebelum memenuhi permohonan tersebut.
Data peribadi anda boleh diproses oleh Co-opbank Pertama untuk tujuan berikut (“Tujuan”) :-
- Berkomunikasi dengan anda;
- Menyediakan perkhidmatan kepada anda termasuk anak syarikat Co-opbank Pertama (jika ada);
- Menilai dan memproses permohonan anda bagi apa-apa produk Co-opbank Pertama;
- Memproses apa-apa transaksi pembayaran;
- Menguruskan dan mengekalkan akaun dan kemudahan;
- Mengesahkan kedudukan kewangan semasa dan berterusan anda menerusi pemeriksaan rujukan kredit berkaitan kredibiliti dan kelayakan anda serta tujuan lain yang dibenarkan di bawah undang-undang berkaitan agensi atau biro kredit yang berkenaan;
- Mengesahkan dan penyemakan rujukan oleh pihak ketiga;
- Menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian secara am;
- Menguruskan pembabitan anda dalam sebarang peraduan dan / atau kempen;
- Melaksanakan semakan dan fungsi dalaman termasuk analisa berstatistik, laporan, pematuhan,syariah, audit dan penilaian risiko, pengurusan dan kewangan;
- Melakukan kaji selidik pasaran dan analisis bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan Co-opbank Pertama;
- Memenuhi keperluan pihak berkuasa / keperluan perundangan atau mana-mana Undang-Undang;
- Menguruskan faedah dan manfaat anda;
- Menguruskan pembayaran dermasiswa, kematian atau takaful yang berkaitan;
- Menguruskan pemulihan hutang dan kutipan;
- Untuk semua tujuan lain yang berkaitan atau yang bersampingan dengan ke semua di atas.
Di mana anda perlu menyediakan data peribadi dan maklumat berkaitan dengan orang lain bagi menyokong Tujuan tersebut, anda menjamin dan menyatakan bahawa anda telah mendapatkan keizinan mereka atau anda berhak untuk memberikan data peribadi mereka kepada pihak kami.
Data yang diberikan oleh anda akan disimpan selagi Tujuan yang mana data yang dikumpulkan berterusan dan data tersebut kemudiannya akan dimusnahkan secara kekal melainkan pengekalan berterusan diperlukan untuk memenuhi keperluan undang-undang dan / atau pematuhan garis panduan untuk melindungi kepentingan kami yang sah.
Kami mengambil serius untuk melindungi data peribadi anda. Kami melaksanakan langkah kawalan teknikal, fizikal dan organisasi yang sewajarnya untuk memastikan maklumat anda selamat daripada pencerobohan, akses tanpa kebenaran atau kerosakan. Sekiranya kami berkongsi data anda dengan pihak ketiga yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini, mereka juga adalah dikehendaki melindungi data peribadi anda sewajarnya.
Adalah dimaklumkan dalam sebarang situasi dan jika diperlukan ketika melaksanakan tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, Co-opbank Pertama boleh menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut :-
- Mana-mana organisasi yang dilantik untuk berkhidmat sebagai ejen, kontraktor dan vendor kepada Co-opbank Pertama;
- Mana-mana organisasi untuk melengkapkan transaksi yang diminta oleh anda;
- Mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang diminta oleh anda;
- Mana-mana penyedia perkhidmatan Co-opbank Pertama (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyedia perkhidmatan profesional/kewangan dan/atau pembayaran) yang menyediakan perkhidmatan termasuk perkhidmatan pemprosesan data yang berkaitan dengan tujuan diatas;
- Mana-mana pihak yang dilantik oleh Co-opbank Pertama;
- Anak-anak syarikat Co-opbank Pertama;
- Penasihat profesional;
- Mana-mana pihak yang memberi jaminan atas permohonan anda;
- Mana-mana pihak yang dibenarkan di dalam peruntukan Undang-Undang, ketetapan mahkamah atau pihak berkuasa;
- Mana-mana agensi atau biro kredit yang memberikan dan mengumpul maklumat kredit dan maklumat-maklumat lain;
- Agensi penguatkuasaan atau pengawalseliaan; dan
- Pihak-pihak lain yang mana anda telah memberikan persetujuan untuk menzahirkan data peribadi anda.
Pendedahan di atas adalah setiap masa tertakluk kepada undang-undang (termasuk peraturan, standard, garis panduan dan / atau kewajipan) yang dikenakan kepada kami.
Selanjutnya, Notis Privasi ini juga dianggap sebagai anda memberi persetujuan kepada mana-mana agensi pelaporan kredit untuk mendedahkan maklumat kredit anda kepada kami menurut seksyen 24 (1)(a) Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Notis Privasi ini, anda boleh berkunjung ke mana-mana cawangan yang lokasinya boleh didapati dari laman web rasmi: www.cbp.com.my kami atau anda boleh menghubungi kami di alamat tertera di bawah:-
| Alamat |
Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad, Wisma Co-opbank Pertama, No. 115, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Bharu, 50300 Kuala Lumpur. |
| Talian Khidmat Pelanggan | 1-300-88-7650 / 03 2692 7650 |
| E-mel | info@cbp.com.my |
| Perlindungan Data Peribadi | Sekiranya anda mempunyai sebarang isu berkaitan hak privasi, sila e-mel pertanyaan ke dpo@cbp.com.my |