CBP Gold
CBP Gold merujuk kepada perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membeli emas fizikal dengan mudah dan selamat. Pelanggan boleh membeli emas dengan ketulenan 999.9 di mesin layan diri yang terletak di ruangan Lobi, Wisma CBP, Kuala Lumpur dengan harga dinyatakan setiap hari dalam Ringgit Malaysia. Perkhidmatan ini direka untuk membantu pelanggan memiliki emas fizikal secara peribadi dengan membenarkan pembelian emas dalam jumlah kecil secara berkala. CBP Gold dianggap sebagai alternatif yang lebih murah berbanding membeli barang kemas emas, kerana ia mengelakkan caj tambahan untuk kerja tangan.
1. Kemudahan membeli emas fizikal secara segera.
2. Ia lebih yakin kerana dalam bentuk fizikal.
3. Lebih murah kerana harga emas yang ditawarkan adalah harga emas tanpa caj tambahan biasa.
4. Pelanggan boleh membeli dalam jumlah kecil pada satu-satu masa iaitu minimum 0.2 gram. \
5. Terdapat peluang untuk keuntungan modal memandangkan harga emas yang sentiasa meningkat.
Pembelian emas fizikal di mesin layan diri CBP boleh didapati dalam 3 bentuk pilihan:
- 0.2 gram
- 0.5 gram
- 1.0 gram
Harga emas yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada harga semasa emas antarabangsa
Terbuka kepada semua warganegara atau bukan warganegara.