Soalan Lazim

Permohonan pembiayaan di Co-opbank Pertama perlu dikemukakan melalui cawangan-cawangan beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap dengan menghubungi atau terus berurusan di setiap kaunter-kaunter cawangan Co-opbank Pertama.

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

  • Salinan kad pengenalan pemohon/penjamin yang (disahkan oleh majikan).
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini (disahkan oleh majikan).
  • Surat pengesahan jawatan oleh majikan (pemohon dan penjamin).
  • Lain-lain dokumen sokongan (yang berkaitan).

Seseorang pemohon yang disenarai hitam (blacklisted) di dalam RAM Credit Info ataupun CTOS masih layak untuk membuat permohonan pembiayaan dengan syarat pemohon terbabit bukan berstatus bankrap. Kelonggaran akan diberikan dan pemohon perlu mengemukakan penyata penjelasan/penyelesaian dari institusi/organisasi berkenaan bagi tujuan penyelesaian melalui permohonan pembiayaan diluluskan. Disarankan kepada pemohon agar turut juga melampirkan sebarang surat pelepasan dari institusi/organisasi berkenaan bagi kes-kes legal ‘action/suit’ yang pernah dikenakan ke atas pihak pemohon bagi memudahkan proses permohonan dan mengelakkan kesulitan.

  1. Pelan Takaful Gadaijanji (MRTA)
    • Pelan ini adalah bertujuan memberi perlindungan ke atas pembiayaan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal sepertimana ke atas pemohon pembiayaan.
  2. Pelan Takaful Pemilikan Rumah Kediaman/Kebakaran (Houseowner/Fire Takaful.)
    • Pelan ini adalah bertujuan memberi perlindungan ke atas rumah atau Harta yang dicagarkan seperti kebakaran, banjir, gempa bumi, letupan dan sebagainya

Pemohon perlu menghubungi mana-mana cawangan Co-opbank Pertama untuk kemukakan borang permohonan pembiayaan dan dokumen-dokumen sokongan.

Permohonan untuk mendapatkan penyata penyelesaian baki/penyelesaian awal perlu mengisi borang dan bayaran RM 50.00 sebagai caj perkhidmatan akan dikenakan dan akan diproses dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.

Berdasarkan Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan, tempoh proses  permohonan pembiayaan sehingga pengeluaran pembiayaan adalah selama 3 hari waktu bekerja (kecuali pembiayaan Koperasi, Perumahan dan Bercagaran)