Jawatan Kosong Ibu Pejabat CBP

Dicipta:
Jawatan Kosong Ibu Pejabat CBP
  • Co-opbank Pertama (CBP) yang sedang pesat berkembang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di cawangan baharu kami seperti berikut:

    A. PEMANDU

    Kelayakan:

    1. Berkelulusan sekurang-sekurangnya Sijil Pelajaran Malaysia yang diiktiraf.
    2. Lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.
    3. Memiliki sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja.
    4. Memiliki lesen motosikal dan kereta yang sah.
    5. Mempunyai lesen penuh jenis GDL (Good Delivery License) yang sah dan berkemahiran dalam tugasan pengkeranian atau teknikal adalah kelebihan.
    6. Berkebolehan menggunakan komputer.
    7. Berumur 18 tahun ke atas.

    Bidang Tugas:

    1. Bertanggungjawab menjadi pemandu kepada kenderaan Co-opbank Pertama (CBP).
    2. Memastikan kenderaan CBP berasa dalam keadaan yang bersih dan selamat agar bersedia untuk setiap perjalanan.
    3. Memastikan kenderaan CBP diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan.
    4. Bertanggungjawab memberikan pemanduan yang berhemah dan selamat kepada penumpang.
    5. Mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
    6. Merekodkan laporan harian pemanduan.
    7. Melaksana tugasan am pejabat jika diperlukan.
    8. Menerima dan melaksanakan arahan dan tugasan daripada Pegawai Atasan.

    Calon-calon yang berminat boleh menghantar surat permohonan, resume dan gaji minimum yang dipohon bersama salinan sijil yang berkaitan beserta gambar terbaru berukuran pasport kepada :

    JABATAN SUMBER MANUSIA

    CO-OPBANK PERTAMA

    Tingkat 6, Wisma JCBNext

     No.27, Lorong Medan Tuanku 1,

     Off Jalan Sultan Ismail,

     50300 Kuala Lumpur.

    EMAIL:kerjaya@cbp.com.my

    Hanya calon-calon yang layak akan ditemuduga.

    Tarikh tutup permohonan pada 13 Mac 2020.