Terma Dan Syarat Kempen CBP Dekat Dihati

Dicipta:
Terma Dan Syarat Kempen CBP Dekat Dihati
  • A. Syarat-Syarat dan Kelayakan Kempen

    1. Kempen Hadiah Utama dan Hadiah Bulanan terbuka semua warganegara Malaysia.

    2. Kempen Hadiah Swafoto (Selfie) Paling Kreatif terbuka kepada semua warga kerja Co-opbank Pertama (CBP).

    B. Tempoh Kempen

    1. Kempen bermula daripada 1 Oktober 2018 sehingga 31 Mac 2019.

    2. CBP berhak meminda tempoh dan tarikh bermula atau tarikh tamat peraduan ini mengikut keperluan.

    C. Mekanisma Penyertaan

    1. Setiap penyertaan perlu menggunakan akaun Facebook sendiri yang sah dan dalam ketetapan awam (public)

    2. Setiap penyertaan diwajibkan untuk Follow Facebook rasmi CBP - @mycbpofficial

    3. Jumlah Like dan Share terbanyak berpeluang untuk memenangi hadiah utama atau/dan hadiah bulanan

    4. Seorang (1) pemenang Hadiah Utama & Enam (6) orang pemenang Hadiah Bulanan akan dipilih berdasarkan jumlah Like dan Share (dengan

    hashtag yang ditetapkan oleh CBP) yang paling banyak dan mengikut semua terma dan syarat untuk kempen ini

    5. Seorang (1) pemenang Hadiah Swafoto (Selfie) Paling Kreatif akan dipilih dengan syarat memuatnaik gambar swafoto bersama jenama atau produk

    CBP dengan hashtag #CBPdekatdihati #coopbankpersatuan #pelengkapkeperluankewangananda serta caption yang menarik di akaun Facebook

    sendiri.

    D. Tawaran Hadiah Kempen

    1. Hadiah Kempen CBP Dekat Dihati adalah seperti berikut:-

    i. Hadiah Utama – Hadiah Wang Tunai RM5,000

    ii. Hadiah Bulanan –

    BIL. BULAN HADIAH
    1 Oktober Bar Emas Bernilai RM500
    2 November Bar Emas Bernilai RM500
    3 Disember Bar Emas Bernilai RM500
    4 Januari Bar Emas Bernilai RM500
    5 Februari Bar Emas Bernilai RM500
    6 Mac Bar Emas Bernilai RM500

    iii. Hadiah Swafoto (Selfie) Paling Kreatif – Wang Tunai Bernilai RM500

    2. CBP mempunyai hak mutlak untuk menggantikan mana-mana hadiah tersebut dengan hadiah-hadiah yang lain melalui pemberian notis kepada

    pemenang.

    E. Pemilihan Pemenang

    1. Syarat utama untuk menyertai kempen dan berpeluang memenangi semua hadiah yang ditawarkan adalah menggunakan salah satu produk

    perbankan CBP.

    2. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pemenang di dalam Kempen ini adalah muktamad.

    3. Pemenang akan dimaklumkan melalui emel atau nombor telefon yang diberikan kepada CBP melalui Mesej Peribadi di Facebook

    4. CBP tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab selepas tiga (3) kali percubaan dilakukan oleh CBP.

    F. Lain – lain

    1. Penyertaan kempen ini adalah tertakluk kepada kelulusan Co-opbank Pertama sepenuhnya dan juga terma dan syarat yang terkandung di sini.

    2. Co-opbank Pertama mempunyai hak eksklusif untuk mencetak atau menyiarkan nama dan gambar pemenanguntuk tujuan promosi di dalam akhbar, majalah, laman sesawang korporat Co-opbank Persatuan, atau mana-mana saluran media yang bersesuaian.

    3. Melainkan diperuntukkan secara khusus atau sebaliknya, Co-opbank Pertama mempunyai hak dan budi bicara secara mutlakuntuk meminda, membatalkan atau menambahbaik terma dan syarat ini dari semasa kesemasa dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu di laman sesawang Co-opbank Pertama atau melalui sebarang medium komunikasi yang bersesuaian. Pelanggan adalah dianggap bersetuju untuk terikat dengan sebarang pindaan, pembatalan atau penambahanbaikkan tersebut.

    4. Co-opbank Pertama tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, kehilangan, kekurangan, dan/atau kerosakan berkaitan hasil kerja atau pembayaran oleh/kepada pihak ketiga yang dilantik oleh pemenang.

    5. Co-opbank Pertama tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, kehilangan, kekurangan, kerosakan pada borang penyertaan, makluman atau apa-apa koresponden sama ada melalui e-mel, surat atau mana-mana medium komunikasi.

    6. Co-opbank Pertama tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkiran yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, perintah berkurung, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, epidemik, pandemik, kegagalan sistem dan/atau apa-apa situasi di luar kemampuan dan kawalan Co-opbank Pertama

    7. Dengan menyertai kempen ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat rasmi yang terkandung dalam ini, termasuk keputusan yang dibuat oleh pihak Co-opbank Pertama yang dianggap muktamad, terikat dan menyeluruh.

    8. Terma dan syarat ini terikat dengan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia.

    Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi 03 - 603 2604 0704 atau kunjungi mana-mana cawangan Co-opbank Pertama; atau

    layari laman sesawang https://www.cbp.com.my