Rasionalisasi Logo

Co-opbank Pertama

Abjad "B"

Abjad ‘B’ diberi penekanan (BOLD) dengan menggunakan warna biru gelap bagi menguatkan lagi identiti kekuatan dan keberanian kepada CBP

Lambang CBP

Melambangkan CBP sebagai institusi kewangan moden yang bertenaga dengan dipacu oleh nilai-nilai Islamik korporat yang berdaya saing

Huruf Jawi

Merupakan singkatan Co-opbank Pertama dan teras Islamik yang menjadi asas CBP iaitu huruf jawi menjadi pelengkap kepada rekaan ini
Mengekalkan identiti asal CBP
Melambangkan peralihan masa CBP
Gabungan warna ini melambangkan kekuatan dan kematangan CBP serta kebolehan CBP mengharungi cabaran perniagaan sepanjang hampir 7 dekad penubuhannya