Ar-Rahnu 6+6+6

 

Ar-Rahnu 6+6+6

Pembiayaan Ar-Rahnu 6+6+6 adalah produk pembiayaan yang membenarkan emas atau barang emas / ("Marhun") dijadikan sebagai cagaran. Jumlah pembiayaan yang diberikan kepada pelanggan adalah bergantung kepada peratusan yang ditentukan oleh CBP dan jenis barang Marhun yang dicagarkan.

 

Ar-Rahnu

Pembiayaan Maksimum

RM350 RIBU

 

80%

Wang Tunai Daripada Nilai Emas

Tempoh Gadaian 6+6+6 Bulan
 
ar rahnu
  • 9% setahun dari nilai pembiayaan (dibayar setiap 6 bulan).

3% Struktural Fi berdasarkan nilai marhun mengambil kira kos-kos yang terlibat seperti di bawah. 3% Fi tersebut (dibayar secara serentak pada hari gadaian dibuat dan ditolak dari jumlah pembiayaan).

i. Pengaturan dan pengstrukturan transaksi

ii. Penilaian emas

iii. Pemantauan simpanan emas

iv. Audit simpanan emas

v. Urusan transaksi komoditi dan Fi Wakalah

vi. Surcaj Takaful

  • Struktural Fi 3%.

  • Tiada ibra’ / rebat / bayaran balik / pembalikan diberikan bagi sebarang penebusan awal / penyelesaian awal atas 3% serentak fi tersebut.

  • Kadar Keuntungan 9%.

  • Ibra’ akan diberikan ke atas kadar keuntungan 9% bagi sebarang penebusan awal / penyelesaian awal dan caj keuntungan tersebut akan dikira berdasarkan tempoh bilangan hari gadaian.

Pada kadar 1% p.a bagi setiap hari tertunggak sehingga tamat tempoh 18 bulan dan pada kadar IIMM% p.a selepas tamat tempoh pembiayaan 18 bulan daripada jumlah tertunggak.