FAQ Moratorium Pemulih

Dicipta:
FAQ Moratorium Pemulih

Selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021, CBP mengambil inisiatif untuk meringankan beban individu dan perniagaan yang menghadapi kekangan kewangan sementara atas implikasi dan krisis yang dihadapi akibat wabak COVID-19. CBP berharap program ini dapat meningkatkan keupayaan kewangan individu untuk menghadapi tempoh yang mencabar ini. Moratorium hanya bagi tempoh enam (6) bulan dan pembayaran balik pembiayaan akan disambung semula selepas tamat tempoh moratorium.

Para pelanggan dinasihatkan agar memahami isi kandungan soalan lazim (FAQ) berkaitan pelaksanaan moratorium ini. FAQ berkaitan pelaksanaan Moratorium boleh didapati disini. Illustrasi Impak Baki Pembiayaan akan dimuatnaik kemudian.