Iklan Jawatan Kosong CBP

Dicipta:
Iklan Jawatan Kosong CBP

LOGO MELINTANG

CO-OPBANK PERTAMA (CBP)

(Pejabat CBP, Butterworth)

Co-opbank Pertama (CBP) yang sedang pesat berkembang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

EKSEKUTIF, JABATAN AUDIT DALAMAN

Kelayakan:

  1. Sekurang-kurangnya memiliki Diploma/Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang bidang Kewangan/Perbankan/Perniagaan/Ekonomi atau bidang-bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/luar negara atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Kakitangan yang mempunyai pengalaman berkaitan akan diberi keutamaan.

Bidang Tugas:

  1. Melaksanakan tugas-tugas pengauditan sebagaimana digariskan dalam Audit Program;
  2. Mengenalpasti penemuan dari aktiviti pengauditan yang telah dilakukan dan menyediakan ‘Record Audit Finding’ (RAF) untuk disemak oleh Ketua Audit Dalaman;
  3. Melakukan tugasan ‘Ad-Hoc’ yang ditentukan oleh pihak Pengurusan untuk menyiasat perkara perkara berbangkit;
  4. Menjalankan pemantauan dan semakan audit dari semasa ke semasa secara berkala tertakluk kepada arahan Ketua Audit Dalaman;
  5. Menyediakan maklumat yang diperlukan kepada pihak audit Bank Negara dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk pengauditan di CBP;
  6. Membuat semakan semula ke atas laporan atau ‘RAF’ yang telah dikeluarkan;
  7. Melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh Ketua Audit Dalaman dari semasa ke semasa;
  8. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan Pengurusan dari semasa ke semasa.

Calon-calon yang berminat boleh menghantar surat permohonan, resume dan gaji minimum yang dipohon bersama salinan sijil yang berkaitan beserta gambar terbaru berukuran pasport kepada :

JABATAN SUMBER MANUSIA

CO-OPBANK PERTAMA

Tingkat 6, Wisma JCBNext

 No.27, Lorong Medan Tuanku 1,

 Off Jalan Sultan Ismail,

 50300 Kuala Lumpur.

EMAIL:kerjaya@cbp.com.my

 Hanya calon-calon yang layak akan ditemuduga. Tarikh tutup permohonan pada 10 SEPTEMBER 2020.