Iklan Penamaan Calon Anggota Lembaga Bagi Sesi 2023/2024

Dicipta:
Iklan Penamaan Calon Anggota Lembaga Bagi Sesi 2023/2024

Perwakilan Co-opbank Pertama (CBP) yang berminat dan memenuhi kelayakan adalah dipelawa untuk mengisi dua (2) kekosongan Anggota Lembaga CBP bagi sesi 2023/2024 seperti syarat yang diperuntukan di bawah Fasal 36 (a) Undang-Undang Kecil CBP iaitu perwakilan yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang-borang yang berkaitan dengan memuat turun borang di bawah

1. Borang Pencalonan ALK 2023/2024

2. Borang SKM/BP

3. Borang SKM/TAP/KEW

4. Borang Layak dan Sesuai

5. Borang APDP

6. Borang Persetujuan (Verity Intelligence) 

**Sesalinan laporan CCRIS daripada Bank Negara Malaysia hendaklah dilampirkan bersama

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat berikut bermula dari 09 Mac 2023 (Khamis) jam 12.00 tengahari :-

 

Setiausaha Eksekutif

Co-opbank Pertama

No. 27, Tingkat 5, Wisma JCBNext

Lorong Medan Tuanku 1

Off Jalan Sultan Ismail

50300 Kuala Lumpur

 

Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi calon Anggota Lembaga CBP bagi sesi 2023/2024:

  1. Dalam menentukan sama ada seseorang anggota layak dan sesuai untuk dilantik sebagai anggota Lembaga, kriteria yang berikut hendaklah diambil kira:
    1. ketekunan, kewibawaan dan kewajaran keputusannya;
    2. reputasi, perwatakan, integriti dan kejujurannya; dan
    3. mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dalam salah satu bidang berikut:
  1. Perakaunan dan Kewangan;
  2. Falsafah, Prinsip dan Perundangan;
  3. Pentadbiran Perniagaan dan Pemasaran;
  4. Perbankan;
  5. Teknologi Maklumat;
  6. Pengurusan Strategik;
  7. Pengurusan Risiko dan Pematuhan;
  8. Pengurusan Pelaburan; atau
  9. Lain-lain bidang yang diiktiraf

2. Tiada seorang perwakilan pun layak menjadi anggota Lembaga atau kekal sebagai seorang anggota Lembaga, jika dia─

  1. Mempunyai tunggakan bayaran melebihi 3 bulan dengan mana-mana institusi kewangan atau koperasi;
  2. Mempunyai sebarang pembiayaan dengan CBP;
  3. Terikat dengan mana-mana syarikat atau koperasi yang diisytiharkan perintah penggulungan;
  4. Mempunyai apa-apa rekod kesalahan atau disiplin daripada mana-mana badan berkanun atau mana-mana badan yang diiktiraf atau bertauliah;
  5. Telah dipecat sebagai seorang pegawai Co-opbank atau koperasi;
  6. Menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Co-opbank;
  7. Ada percanggahan kepentingan diri dalam mana mana aktiviti yang diusahakan oleh Co-opbank ini;
  8. Mempunyai syer kurang daripada RM5,000.00 (Ringgit: lima ribu) bagi perwakilan yang mewakili anggota individu;
  9. Bagi anggota individu, belum genap tempoh dua tahun menjadi anggota Co-opbank yang telah didaftarkan melebihi dua tahun; atau
  10. Mewakili sesuatu anggota yang belum genap tempoh dua tahun menjadi anggota Co-opbank.

3. Perwakilan yang mewakili koperasi yang menjadi anggota Co-opbank layak dipilih sebagai anggota Lembaga sekiranya koperasi yang diwakili mempunyai syer tidak kurang daripada RM10,000.00 (Ringgit: sepuluh ribu).

4. Walau apa pun fasal (1) dan (2), tertakluk kepada arahan dan garis panduan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, Co-opbank hendaklah sebelum pelantikan atau pelantikan semula mana-mana anggota Lembaga, mendapatkan penentusahan terlebih dahulu daripada Suruhanjaya.

5. Seorang penama yang diterima menjadi anggota yang belum genap tempoh dua tahun dari tarikh diterima menjadi anggota tidak layak untuk dipilih menjadi anggota Lembaga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Mac 2023 (Rabu) jam 12.00 tengahari.

Hanya borang permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat kelayakan sahaja yang akan dipertimbangkan.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 1-300-88-7650 atau e-mel kepada jabatan.setiausaha@cbp.com.my.

 

Setiausaha Eksekutif

Co-opbank Pertama​​​