PEMBUKAAN PENAMAAN CALON SEBAGAI ANGGOTA LEMBAGA CBP SESI 2026/2027
Perwakilan Co-opbank Pertama (CBP) yang berminat dan memenuhi kelayakan adalah dipelawa untuk mengisi tiga (3) kekosongan Anggota Lembaga CBP bagi sesi 2026/2027 seperti syarat yang diperuntukan di bawah Fasal 36 (a) Undang-Undang Kecil CBP iaitu perwakilan yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan dan kekosongan di bawah Fasal 36 (b) Undang-Undang Kecil CBP iaitu anggota atau perwakilan yang dinamakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang-borang yang berkaitan dengan memuat turun borang di bawah:
- Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang);
- Salinan Sijil Modul Wajib Pendidikan dan Latihan;
- Laporan Kredit Institusi Kewangan (CCRIS/SPeKAR/ CTOS);
- Laporan Kredit Koperasi (jika berkenaan)
- Carian Status kebankrapan Individu, Jabatan Insolvensi Malaysia
*Bagi perwakilan koperasi, sesalinan cabutan minit mesyuarat lembaga yang bersetuju dan membenarkan pencalonan sebagai perwakilan koperasi dan dilantik sebagai anggota Lembaga CBP perlu disertakan.
*Bagi calon Lantikan MAPT, sekeping gambar perlu disertakan untuk dipaparkan ketika proses undian sekiranya penentusah diluluskan oleh SKM.
- Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat berikut bermula dari 27 Februari 2026 (Jumaat) jam 12.00 tengahari:
Setiausaha Co-opbank
Level 13, Wisma Co-opbank Pertama,
No. 115, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
Kampung Bharu, 50300 Kuala Lumpur.
- Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi calon Anggota Lembaga CBP:
- Dalam menentukan sama ada seseorang anggota layak dan sesuai untuk dilantik sebagai anggota Lembaga, kriteria yang berikut hendaklah diambil kira:
-
- Kejujuran, reputasi dan integriti peribadi;
- Keupayaan dan kompeten;
- Integriti kewangan; dan
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dalam salah satu bidang berikut:
- Perakaunan dan Kewangan;
- Falsafah, Prinsip dan Perundangan;
- Pentadbiran Perniagaan dan Pemasaran;
- Perbankan;
- Teknologi Maklumat;
- Pengurusan Strategik;
- Pengurusan Risiko dan Pematuhan;
- Pengurusan Pelaburan; atau
- Lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf.
- Tiada seorang perwakilan pun layak menjadi anggota Lembaga atau kekal sebagai seorang anggota Lembaga, jika dia─
- Mempunyai tunggakan bayaran melebihi 3 bulan dengan mana-mana institusi kewangan atau koperasi;
- Mempunyai pembiayaan dengan CBP;
- Terikat dengan mana-mana syarikat atau koperasi yang diisytiharkan perintah penggulungan;
- Mempunyai rekod kesalahan atau disiplin daripada mana-mana badan berkanun atau mana-mana badan yang diiktiraf atau bertauliah;
- Telah dipecat sebagai seorang pegawai Co-opbank;
- Menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Co-opbank;
- Ada percanggahan kepentingan diri dalam mana mana aktiviti yang diusahakan oleh Co-opbank; dan
- Memegang lebih daripada 5 jawatan sebagai anggota Lembaga di koperasi/syarikat lain.
- Syarat-syarat utama kelayakan Calon ALK di bawah Fasal 36 (b) UUK CBP adalah seperti berikut:
- Mempunyai kelulusan minima diperingkat ijazah sarjana muda dalam bidang kewangan (perbankan/ insurans/ takaful/ pelaburan) atau undang-undang. Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki kelayakan profesional dalam mana-mana bidang yang dinyatakan; dan
- Minimum lima (5) tahun pengalaman bekerja diperingkat pengurusan atasan dalam bidang kewangan (perbankan/ insurans/ takaful/ pelaburan) atau undang-undang.
- Walau bagaimanapun, syarat di atas adalah tertakluk kepada arahan dan garis panduan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, Co-opbank hendaklah sebelum pelantikan atau pelantikan semula mana-mana anggota Lembaga, mendapatkan penentusahan terlebih dahulu daripada Suruhanjaya.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Mac 2026 (Rabu) jam 12.00 tengahari.
- Hanya borang permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat kelayakan sahaja yang akan dipertimbangkan.
- Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 1-300-88-7650 atau e-mel kepada jabatan.setiausaha@cbp.com.my.
Setiausaha Co-opbank
Co-opbank Pertama