Pembukaan Pencalonan Sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah CBP

Dicipta:
Pembukaan Pencalonan Sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah CBP

Bagi yang berminat dan memenuhi kelayakan adalah dipelawa untuk dicalonkan sebagai :-

i.                Ahli Jawatankuasa Syariah CBP bagi sesi 2024/2027; dan

ii.              Ahli Jawatankuasa Syariah CBP bagi sesi 2025/2028
 

1.      Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang-borang yang berkaitan dengan memuat turun borang permohonan berikut:

Borang Permohonan

*Sesalinan Kad Pengenalan Laporan dan CCRIS daripada Bank Negara hendaklah dilampirkan bersama.
*Sesalinan Sijil Kursus Wajib (Sekiranya ada)

 

2.      Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat berikut bermula dari 01 April 2024 (Isnin) jam 12.00 tengahari:

Jabatan Syariah,
Co-opbank Pertama,
No.27, Tingkat 5, Wisma JCBNext,
Lorong Medan Tuanku
Off Jalan Sultan Ismail,
50300, Kuala Lumpur.

3. Syarat-syarat kelayakan calon-calon JKS adalah seperti berikut:-

(a)    Ahli JKS hendaklah terdiri daripada individu bumiputera Muslim;

(b)    Setiap ahli JKS hendaklah sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah termasuk pengajian Fiqh, Usul al-Fiqh atau Fiqh al-Mua’malat dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf;

(c)    Setiap ahli JKS hendaklah fasih dalam Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia dan keupayaan yang sederhana dalam Bahasa Inggeris; 

(d) Setiap ahli JKS hendaklah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun menjadi Jawatankuasa Syariah (JKS);

(e) Setiap Ahli JKS hendaklah tidak memegang jawatan-jawatan berikut dalam sektor koperasi berlesen dengan SKM dan institusi kewangan berlesen dengan BNM sebagai Ahli Lembaga (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), Jawatankuasa Syariah (JKS), Pengurusan dan Kakitangan.

 

4.      Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2024

5.      Hanya borang permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat kelayakan sahaja yang akan dipertimbangkan.

6.      Sebarang keperluan kepada maklumat lanjut sila hubungi secretariat melalui emel berikut :-

 syariah@cbp.com.my.