Soalan Lazim “simpan Dan Menang: Kempen Akaun Simpanan-i Salam”

Dicipta:
Soalan Lazim “simpan Dan Menang: Kempen Akaun Simpanan-i Salam”

SOALAN-SOALAN LAZIM

  1. Apakah yang perlu diketahui tentang kempen ini?

Jawapan: “Simpan dan Menang: Kempen Akaun Simpanan-i Salam” ialah kempen yang pertama kali diadakan oleh Co-opBank Pertama (CBP) untuk pendeposit-pendeposit baharu samaada melalui pembukaan Akaun Individu atau Akaun Bukan Individu. Kempen ini akan diadakan selama enam (6) bulan (dan akan dilanjutkan jika perlu) dan pemenang yang bertuah akan dipilih melalui cabutan hadiah oleh CBP.

  1. Apakah konsep Syariah yang digunakan?

Jawapan: Konsep Shariah yang digunakan ialah konsep Komoditi Salam menggunakan pengaturan platform Tawarruq. Konsep komoditi Salam berteraskan kontrak Salam atau kontrak Salaf atau al-Bai’ Mawsufah Fi Zimmah yang merupakan suatu kontrak jual beli yang mana urusniaga komoditi dilakukan atas kualiti dan kuantiti yang ditentukan dengan serah terima komoditi disandarkan kepada masa hadapan tetapi bayaran harga salam dilakukan pada waktu akad dan/atau sepanjang masa sebelum tempoh matang. Kontrak Salam diharuskan oleh jumhur ulama’ oleh semua mazhab termasuk mazhab As-Syafie sebagai suatu bentuk rukhsah daripada jenis kontrak jual beli yang biasa.

Dalam struktur komoditi Salam, CBP akan bertindak sebagai penjual komoditi dan pendeposit penyimpan sebagai pembeli komoditi salam. Apa-apa deposit yang diterima oleh CBP dianggap sebagai harga salam atas pesanan komoditi yang dibeli untuk diserah terima oleh CBP kepada pendeposit penyimpan secara konstruktif (hukmi) pada tempoh yang ditetapkan pada masa hadapan.

Semasa komoditi diserahkan oleh CBP pada tarikh yang ditetapkan pada setiap 6 bulan, pendeposit penyimpan bersetuju supaya CBP sebagai wakil menjual semula komoditi kepada pihak ketiga atau broker komoditi yang tertentu. Urusniaga komoditi salam akan menghasilkan tunai yang mempunyai margin keuntungan kepada pendeposit penyimpan pada kadar yang telah dipersetujui.

Semua tunai daripada urusniaga tersebut kemudiannya dijadikan sebagai harga salam untuk siri urusniaga komoditi salam bagi tempoh 6 bulan yang berikutnya secara berulang-ulang sehingga suatu masa yang mana akaun simpanan dikeluarkan atau tidak lagi mempunyai baki semasa melebihi had minima, tidak aktif atau ditutup.

  1. Bilakah tempoh masa pelancaran “SIMPAN DAN MENANG: KEMPEN AKAUN SIMPANAN-i SALAM”?

Jawapan: Kempen tersebut dilancarkan bermula 01 Mac 2021 sehingga 31 Ogos 2021 dan boleh dilanjutkan (jika ada) sehingga 28 Februari 2022. Walaubagaimanapun, CBP mempunyai hak untuk mengubah atau meminda tempoh kempen tersebut secara mutlak dengan memberi notis secara bertulis yang akan dipaparkan di semua Cawangan CBP dan melalui paparan di laman web CBP dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dan segala keputusan yang berkaitan tempoh tersebut adalah muktamad.

  1. Apakah jenis akaun simpanan yang boleh dibuka?

Jawapan: Akaun Simpanan-i Salam yang boleh dibuka untuk kempen ini ialah Akaun Simpanan-i Salam (Produk Asas), Akaun Simpanan-i Salam Mystar, Akaun Simpanan-i Salam Ahliyyah, Akaun Simpanan-i Salam Baitullah, Akaun Simpanan-i Salam Murabbi, Akaun Simpanan-i Salam Masajid, Akaun Simpanan-i Salam Ijtimaie dan Akaun Simpanan-i Salam Tijari.

  1. Bagaimanakah caranya untuk menyertai kempen ini?

Jawapan: Pelanggan perlu membuat permohonan untuk membuka mana-mana Akaun Simpanan-i Salam yang disenaraikan di atas, di mana-mana Cawangan CBP terdekat dengan membawa dokumen-dokumen pengenalan diri dan mengisi borang permohonan yang disediakan.

  1. Adakah Akaun ‘Joint’ layak untuk menyertai kempen ini?

Jawapan: Hanya pemegang Akaun Individu sahaja yang layak; terkecuali bagi Akaun Simpanan-i Salam Mystar.

  1. Apakah kelayakan untuk menyertai kempen ini?
 

Jenis Akaun

Deposit Minima

Deposit Tambahan (jika ada)

Akaun Individu

RM 500

RM 500

Akaun Bukan Individu

RM 1000

RM 500

Waktu penempatan deposit

Semasa pembukaan akaun

Dalam masa enam (6) bulan dari tarikh pembukaan akaun

Tempoh untuk mengekalkan deposit di dalam akaun simpanan

 

Enam (6) bulan dari tarikh pembukaan akaun sepanjang tempoh kempen

  1. Berapakah deposit minima yang perlu disimpan semasa pembukaan akaun untuk kempen ini?

Jawapan: RM 500 bagi Akaun Individu dan RM 1000 bagi Akaun Bukan Individu.

  1. Berapakah Kadar Keuntungan bagi Akaun Simpanan-i Salam bagi kempen ini?

Jawapan:

PRODUK

KADAR KEUNTUNGAN (SETAHUN)

Salam

(Produk Asas)

<RM5,000 = 1.00%

>RM5,000 = 1.25%

>RM50,000 = 1.75%

Mystar

Kadar Keuntungan Promosi 1.75% (single tiering)

Ahliyyah

<RM10,000 = 1.25%

>RM10,000 = 1.50%

>RM25,000 = 1.75%

Baitullah

<RM5,000 = 1.00%

>RM5,000 = 1.25%

>RM50,000 = 1.75%

Murabbi

<RM5,000 = 1.00%

>RM5,000 = 1.25%

>RM50,000 = 1.75%

Masajid

Kadar Keuntungan Promosi 1.75% (single tiering)

Ijtimaie

Kadar Keuntungan Promosi 1.75% (single tiering)

Tijari

<RM5,000 = 1.00%

>RM5,000 = 1.25%

>RM50,000 = 1.75%

Nota:

  1. Kadar Keuntungan Maksima untuk setiap akaun simpanan bergantung kepada pergerakan Kadar “Overnight Policy Rate (OPR)” dan akan berubah dari semasa ke semasa.
  2. Kadar Keuntungan Promosi hanya melibatkan tiga akaun simpanan iaitu Akaun Mystar, Masajid dan Ijtimaie.
  1. Selepas tamat tempoh kempen, apakah status Akaun Simpanan-i Salam ini akan kembali kepada Kadar Keuntungan normal?

Jawapan: Bagi akaun yang terpilih untuk menikmati kadar keuntungan promosi, kadar tersebut sah sehingga tempoh kempen tamat. Kadar Keuntungan tersebut akan kembali ke kadar asal sekiranya kempen tidak dilanjutkan. Dengan menyertai kempen ini, Pelanggan bersetuju dengan terma dan syarat ditetapkan oleh CBP dari semasa ke semasa.

  1. Apakah hadiah yang ditawarkan sekiranya menjadi salah seorang pemenang kempen ini?

KATEGORI

BILANGAN PEMENANG

HADIAH

NILAI HADIAH (RM)

Hadiah Utama Bulanan

1 Pemenang setiap bulan

= 6 pemenang

6 unit Wafer Emas CBP (10 gram)

*18,000.00

Hadiah Susulan

1 pemenang setiap 2 bulan = 3 Pemenang

3 unit Wafer Emas CBP (3 gram)

*2,700.00

Nota: *1gram Wafer Emas = RM300.00 (bergantung pada harga emas semasa)

  1. Bolehkah Pelanggan mengeluarkan duit simpanan sebelum tamat tempoh enam (6) bulan?

Jawapan: Pelanggan boleh mengeluarkan deposit dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pembukaan akaun sepanjang tempoh kempen tetapi perbuatan ini tidak melayakkan Pelanggan untuk memenangi sebarang hadiah yang ditawarkan oleh CBP.

  1. Di manakah Pelanggan boleh membuat permohonan untuk menyertai kempen ini?

Jawapan: Pembukaan akaun dan penyertaan kempen boleh dibuat dimana-mana cawangan CBP yang berhampiran.

  1. Apakah Kempen ini terbuka kepada kakitangan CBP?

Jawapan: Kempen ini tidak terpakai bagi kakitangan CBP (termasuk Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Jawatankuasa Syariah) sama ada bekerja secara tetap atau kontrak serta anggota keluarga terdekat mereka (suami / isteri, anak-anak serta ibu bapa).