Terma Dan Syarat Kempen M4M2.0

Dicipta:
Terma Dan Syarat Kempen M4M2.0

MONEY FOR MERDEKA 2.0 (#M4M2.0)

1. DEFINISI

  • Bagi tujuan Terma-terma dan Syarat-syarat ini, perkataan dan ungkapan berikut adalah bermaksud seperti makna yang diberikan kepadanya:-
  • "Co-opbank Pertama" bermaksud Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (Koperasi No.1146 / 7.6.50), koperasi yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Koperasi 1993 dan mempunyai alamat berdaftar di No. 27, Tingkat 2,Wisma JCBNEXT,Lorong Medan Tuanku 1, Off Jalan Sultan Ismail,50300 Kuala Lumpur.
  • "Kempen" bermaksud Kempen Pembiayaan Persendirian-i Money for Merdeka 2.0 (#M4M2.0) yang dianjurkan oleh CBP dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di sini.
  • "Pelanggan Yang Layak" bermaksud pelanggan baharu yang memohon Pembiayaan Persendirian-i Lestari yang memenuhi terma & syarat kelayakan yang di tetapkan oleh CBP. Sila rujuk di Klausa 3.1.

2. TEMPOH KEMPEN

2.1. Tempoh kempen adalah bermula pada tarikh 16 Mac 2021 hingga 15 September 2021 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) yang bermaksud (“Tempoh Kempen”).

Nota : Akan diputuskan kemudian selaras dengan keputusan Pengurusan CBP

2.2. Pihak Co-opBank Pertama “CBP” mempunyai hak untuk mengubah atau meminda Tempoh Kempen tersebut mengikut budi bicara secara mutlak dengan memberi notis secara bertulis yang akan dipaparkan di semua Cawangan CBP dan melalui paparan di laman web CBP dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dan segala keputusan yang berkaitan tempoh tersebut adalah muktamad.

3. KELAYAKAN PERMOHONAN DAN KEMPEN

3.1. Kempen ini terbuka kepada pelanggan-pelanggan dari Sektor Awam, Badan Berkanun, Syarikat Pautan Kerajaan (GLC), Syarikat Pautan Kerajaan Negeri (SLC), Badan Berkanun, Universiti Awam dan Swasta, Syarikat di bawah seliaan Kementerian Kewangan (MOF), Syarikat Tersenarai Awam (Bursa Malaysia) dan Syarikat Sektor Swasta terpilih bagi bayaran balik melalui Potongan Gaji Biro Angkasa (BPA) dan Potongan Gaji Majikan (PGM).

3.2. Kempen ini hanya terbuka kepada pembiayaan persendirian baharu sahaja.

3.3. Pengeluaran pembiayaan bagi tujuan penyelesaian pembiayaan sedia ada di CBP adalah tidak dibenarkan. Pembiayaan bertindih (overlap) hanya dibenarkan untuk penyelesaian dengan institusi luaran sahaja.

3.4. Status perkhidmatan pelanggan adalah yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja.Bukti pengesahan jawatan perlu disediakan semasa permohonan pembiayaan dilakukan; tertakluk kepada prosedur pembiayaan sedia ada.

3.5. Hanya permohonan Pembiayaan Persendirian-i Lestari yang telah dikeluarkan dalam Tempoh Kempen sahaja yang layak untuk menyertai Kempen ini dan memenangi hadiah yang ditawarkan.

3.6. Jumlah minimum pembiayaan bagi penyertaan cabutan bertuah ialah RM 25,000.00.

3.7. Bagi Akaun Pelanggan untuk Kempen Pembiayaan Persendirian-i Money for Merdeka 2.0 (#M4M2.0) yang telah dibuat pengeluaran tetapi mempunyai tunggakan pembayaran 2 bulan dan ke atas adalah tidak layak disenaraikan dan dikeluarkan di dalam pemilihan untuk sebarang hadiah yang ditawarkan.

3.8. Kakitangan CBP (termasuk Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Jawatankuasa Syariah) yang bekerja secara tetap dan / atau kontrak serta anggota keluarga terdekat mereka (suami / isteri, anak-anak serta ibu bapa) adalah tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

3.9. Perincian maklumat Kempen adalah seperti berikut:

 CIRI-CIRI

KETERANGAN

CARA BAYARAN BALIK

Potongan Gaji Biro Angkasa / Potongan Gaji Majikan

HAD PEMBIAYAAN

RM200,000.00

KADAR KEUNTUNGAN

(KADAR TETAP)

1 - 3tahun

2.69% *

4 - 10tahun

2.99% *

JUMLAH PENDAPATAN MINIMA

RM3,000.00 termasuk elaun tetap

PROSES KELULUSAN

Kelulusan seperti biasa

REHAT BAYAR

Tiada Rehat Bayar

STATUS AKAUN Z5, Z6, DAN Z7

Tidak Layak

FOKUS PEMBIAYAAN & AKAUN BERTINDIH "OVERLAP"

• Pembiayaan Persendirian baharu / Akaun 2
• Hanya External Overlap Dibenarkan

Nota: Kadar keuntungan adalah indikatif dan akan diselaraskan dengan keputusan Pengurusan CBP

4. KAEDAH KEMPEN

4.1. Bilangan penyertaan bagi setiap pelanggan adalah berdasarkan kepada jumlah pengeluaran pembiayaan seperti di bawah:-

JUMLAH PENGELUARAN PEMBIAYAAN

BILANGAN PENYERTAAN

RM25,000.00 – RM45,000.00

1

RM45,001.00 – RM65,000.00

2

RM65,001.00 – RM85,000.00

3

RM85,001.00 – RM100,000.00

4

> RM100,001.00

5

4.2. Pihak CBP akan menggunakan kaedah “pemilihan secara rawak” yang ditentukan oleh sistem dalaman CBP untuk memilih para pemenang dari kalangan para Pelanggan Yang Layak dan pihak CBP mempunyai hak dan keputusan yang muktamad untuk mengubah /menyemak semula / meminda kriteria pemilihan / mekanisma / proses yang difikirkan sesuai dan perlu pada bila-bila masa.

4.3. Pemilihan pemenang Hadiah Utama akan dikendalikan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja daripada tarikh akhir Tempoh Kempen atau pada bila-bila masa yang dianggap sesuai oleh pihak CBP untuk menentukan pemenang.

4.4. Bagi akaun pembiayaan berstatus Z5, Z6, & Z7 adalah tidak layak untuk memenangi hadiah yang disediakan.

4.5. Pelanggan yang memenangi hadiah Kempen ini akan dihubungi melalui telefon pada bila bila masa pada waktu pejabat (9.00 pagi – 5.00 petang) dari hari Isnin hingga Jumaat. Panggilan telefon yang dibuat kepada pelanggan yang menang adalah berdasarkan kepada nombor telefon terkini yang dikemukakan kepada pihak CBP dan yang tercatat di dalam rekod CBP.

4.6. Pelanggan yang layak menyertai Kempen ini bertanggungjawab untuk memastikan alamat dan nombor telefon yang diberi kepada pihak CBP adalah yang terkini dan / dikemaskini pihak CBP.

4.7. Jika percubaan pertama untuk menghubungi pemenang (pemenang-pemenang) gagal, maka percubaan kedua akan dibuat. Jika percubaan kedua itu juga gagal, tiada percubaan lagi akan dibuat oleh pihak CBP dan akan membuat keputusan yang muktamad untuk membatalkan pelanggan berkenaan sebagai pemenang.

4.8. Pihak CBP tidak akan bertanggungjawab dan tiada apa-apa gantirugi yang akan di pertanggungjawabkan kepada CBP oleh pelanggan, sekiranya pelanggan dalam senarai pemenang tidak dapat dihubungi atas apa alasan sekali pun.

5. PENEBUSAN HADIAH

5.1. Pihak CBP akan mengeluarkan surat pengesahan kepada pemenang dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh pengumuman nama pemenang atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai dan wajar oleh pihak CBP.

5.2. Hadiah yang ditawarkan kepada Pelanggan yang layak dan berjaya seperti berikut:

KATEGORI

BILANGAN PEMENANG

HADIAH

NILAI HADIAH
(RM)

Hadiah Utama

1 Pemenang

1 unit Pangsapuri

100,000.00

Hadiah Kedua

1 Pemenang

1 unit Motosikal bernilai RM15,000

15,000.00

Hadiah Ketiga

2 Pemenang

2 unit *Wafer Emas CBP (20gram)

12,000.00

Hadiah Keempat

3 Pemenang

Notebook bernilai RM5,000

15,000.00

Hadiah Kelima

4 Pemenang

4 unit *Wafer Emas CBP (10gram)

12,000.00

Hadiah Saguhati

5 Pemenang

5 Unit *Wafer Emas CBP (5gram)

7,500.00

Nilai Keseluruhan Hadiah

RM161,500.00

Nota: *1gram Wafer Emas = RM300.00 (bergantung pada harga emas semasa)

5.3. Apa-apa kos pemindahan hak milik bagi hadiah utama adalah ditanggung oleh pemenang sendiri.

5.4. Kos perbelanjaan (jika ada) berkaitan dengan pengambilan hadiah yang ditawarkan kepada pemenang harus ditanggung oleh para pemenang sendiri.

5.5. Pemenang hadiah kempen dikehendaki untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam upacara penyampaian hadiah dan / atau mana-mana acara promosi kelolaan pihak CBP pada bila-bila tarikh dan masa yang akan ditentukan oleh pihak CBP. Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak CBP melalui panggilan telefon atau cara perhubungan lain yang dianggap sesuai oleh pihak CBP mengenai ketetapan upacara penyampaian hadiah itu dan / atau mana-mana acara promosi yang akan dibuat oleh pihak CBP. Tertakluk kepada terma berikutnya berkaitan perintah sekatan, jika pemenang itu gagal menghadiri upacara penyampaian hadiah dan / atau mana-mana acara promosi secara fizikal, maka pemenang dianggap tidak menerima hadiah (Hadiah-Hadiah) atau hadiah terbatal dengan menggunakan satu-satunya pertimbangan mutlak CBP tanpa memberi notis terdahulu kepada pemenang-pemenang. Sebarang perbelanjaan menghadiri majlis / acara promosi CBP adalah ditanggung sendiri oleh pemenang. Sekiranya Pemenang tidak dapat melakukan perjalanan disebabkan apa-apa perintah sekatan perjalanan yang dikenakan oleh pihak kerajaan, Pemenang hendaklah memaklumkan kepada CBP untuk pihak CBP memberi nasihat dan arahan lanjut berkaitan perkara di perenggan 5.5 ini. Untuk mengelakkan keraguan, perkara ini hanya terpakai semasa apa-apa perintah sekatan yang di laksanakan oleh pihak kerajaan dan/atau undang-undang di Malaysia.

5.6. Sejajar dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, CBP akan memastikan data peribadi pelanggan akan dilindungi. Dengan menyertai Kempen ini, pemenang telah dianggap memberikan kebenaran menggunakan nama, gambar pemenang atau apa-apa maklumat yang berkaitan dengan pemenang untuk disiar atau dipaparkan di mana-mana media mengikut budi bicara CBP. CBP juga berhak menyiarkan atau memaparkan nama dan gambar pemenang bagi tujuan promosi atau publisiti.

5.7. Hadiah akan diberi atau dikeluarkan atas nama para pemenang dan ia tidak boleh dipindah milik.

5.8. CBP tidak bertanggungjawab bagi sebarang tanggungjawab cukai yang mungkin timbul daripada hadiah atau penggunaannya. Sekiranya terdapat peruntukan cukai yang difailkan atau apa-apa bayaran cukai kepada jabatan berkuasa yang berkenaan, hadiah ini adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab pemenang. Pemenang berhak mendapatkan nasihat tentang tanggungjawab cukai yang mungkin timbul berikutan daripada kemenangan pemenang dan mendapatkan nasihat bebas mengenai cukai berhubung kedudukan kewangan pemenang atas tanggunggan perbelanjaan pemenang sendiri (sekiranya ada).

5.9. CBP dan sekutunya berserta pihak Pengurusan, Pegawai, Pekerja dan Agensi yang terlibat tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kesilapan dalam pentaksiran fakta, dan / atau sebarang kecederaan dan / atau kehilangan ke atas nyawa dan / atau kerugian harta benda berikutan hadiah yang dimenangi menerusi Kempen ini dan tidak bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun samada secara langsung atau tidak langsung, ke atas sebarang kerugian atau kerosakan atau apa-apa kecederaan peribadi dan / atau apa yang dialami oleh pelanggan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagian, berhubung dengan penyertaan pelanggan dalam Kempen atau penerimaan atau semasa menggunakan Hadiah atau apa-apa yang dialami semasa dalam perjalanan untuk menebus, mengambil hadiah akibat daripada sebarang tindakan atau pengabaian apa juga dari CBP, kecuali apa-apa liabiliti yang tidak dikecualikan oleh undang-undang.

5.10. Pihak CBP dengan jelasnya tidak mengambil kira dan tidak akan menerima sebarang perwakilan, jaminan atau penandatangan, secara jelas atau secara tidak langsung, bertulis atau secara lisan berkaitan dengan kualiti atau kesesuaian hadiah (hadiah-hadiah).

Pihak CBP juga tidak akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian dengan pengeluar atau pengedar hadiah dan para pemenang sendiri dikehendaki berurusan secara langsung dengan pengeluar atau pembekal berkenaan bagi mendapatkan semua maklumat berkaitan jaminan ke atas hadiah yang dimenangi.

5.11. Pihak CBP mempunyai hak untuk membatalkan atau untuk mengambil kembali hadiah-hadiah yang diberikan kepada pemenang jika pemenang berkenaan telah melakukan penipuan atau salah laku berkaitan dengan akaun pembiayaan mereka.

5.12. CBP berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dengan memberikan notis yang secukupnya dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja sebelum tarikh pembatalan, penamatan atau penggantungan dengan menghantar makluman bertulis, melalui media elektronik atau dipaparkan di cawangan-cawangan CBP mahupun di laman web CBP. Sekiranya timbul sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen atau berkaitan dengan Kempen ini, pelanggan yang menyertai kempen ini tidak boleh membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap CBP bagi sebarang kerugian atau kerosakan atau apa juga yang ditanggung samada secara langsung dan tidak langsung.

6. UMUM

6.1. Keputusan yang dibuat oleh pihak CBP terhadap semua perkara dan / atau sebarang pertikaian berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad. Sebarang pengikatan dan surat-menyurat selanjutnya tidak akan dilayan.

6.2. Pihak CBP mempunyai hak untuk mengguna, menyiar atau mempamerkan butir-butir pemenang terpilih dalam apa bentuk sekali pun yang dianggap sebagai perlu dan bersesuaian (termasuk tetapi tidak terbatas kepada) nama, gambar, dan bandar tempat tinggal pemenang yang terpilih itu untuk tujuan pengiklanan dan publisiti (jika ada). Dengan menyertai Kempen ini, pemenang terpilih itu dengan ini secara nyata telah membenarkan dan bersetuju dengan pihak CBP untuk melaksanakan hak-hak yang disebut lebih awal. Para Pelanggan Yang Layak akan mempunyai budi bicara mereka sendiri untuk mendapat dan mengemaskinikan butiran peribadi mereka dengan cara memberitahu pihak CBP secara bertulis sepanjang Tempoh Kempen.

6.3. Pihak CBP mempunyai hak dan pertimbangan yang muktamad untuk mengubah, meminda, memansuhkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat yang dinyatakan secara khususnya di dalam dokumen ini, secara keseluruhan atau mana-mana bahagian dari semasa ke semasa termasuk untuk mengubah jangka masa Kempen yang dianggap perlu dan wajar dengan memberi notis terdahulu melalui laman web rasmi CBP atau notis di cawangan-cawangan CBP.

6.4. Pihak CBP juga mempunyai hak untuk menukar, menghapus, mengganti, menambah atau membatalkan Hadiah-Hadiah Kempen sebelum akad Hibah dilaksanakan atau sebelum pemilihan Pemenang dibuat pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang alasan dengan notis sewajarnya melalui laman web rasmi CBP atau notis di cawangan-cawangan CBP.

6.5. Pihak CBP mempunyai hak dan pertimbangan mutlak untuk membatalkan mana-mana Pelanggan yang Layak yang didapati atau diputuskan sebagai mengganggu proses penyertaan dan / atau operasi Kempen, yang melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat yang termaktub di sini.

6.6. Terma dan Syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan lain dan / atau representasi yang terkandung di dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini.

6.7. Dengan menyertai Kempen ini, para Pelanggan Yang Layak dan / atau mana- mana pihak yang berkaitan di sini bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat-Syarat yang telah dinyatakan.

6.8. Pihak CBP tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan berkaitan dengan Kempen ini disebabkan oleh takdir, peperangan, rusuhan, pemogokan, halangan masuk oleh majikan, tindakan industri, kebakaran, banjir, musim kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau apa-apa kejadian di luar bidang kuasa kawalan yang sepatutnya oleh pihak CBP.

6.9. Kesemua Terma dan Syarat yang termaktub di sini adalah tertakluk dan akan diperjelaskan selaras dengan perundangan Malaysia dan segala pertikaian berkaitan Kempen ini akan di rujuk kepada Mahakamah di Malaysia.

6.10. Jika berlaku sebarang percanggahan atau konflik dalam interpretasi Terma dan Syarat-Syarat ini, sama ada dalam versi Bahasa Inggeris dan / atau versi Bahasa Malaysia tentang setiap satu Terma dan Syarat ini akan diperjelaskan sebagai sama atau setara dan setiap satu Terma dan Syarat yang ditentukan itu akan membawa makna yang sama.