Terma & Syarat “simpan Dan Menang: Kempen Akaun Simpanan-i Salam”

Dicipta:
Terma & Syarat “simpan Dan Menang: Kempen Akaun Simpanan-i Salam”

1. DEFINISI

  • Bagi tujuan Terma-terma dan Syarat-syarat ini, perkataan dan ungkapan berikut adalah bermaksud seperti makna yang diberikan kepadanya:-
  • "Co-opbank Pertama" bermaksud Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (Koperasi No.1146 / 7.6.50), koperasi yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Koperasi 1993 dan mempunyai alamat berdaftar di No. 27, Tingkat 2,Wisma JCBNEXT,Lorong Medan Tuanku 1, Off Jalan Sultan Ismail,50300 Kuala Lumpur.
  • "Kempen" bermaksud Simpan dan Menang: Kempen Akaun Simpanan-i Salam yang dianjurkan oleh Co-opbank Pertama dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di sini.
  • "Pelanggan Yang Layak" bermaksud pendeposit yang melakukan pembukaan akaun simpanan di dalam Akaun Simpanan-i Salam yang memenuhi terma & syarat kelayakan yang di tetapkan oleh Co-opbank Pertama. Sila rujuk di Klausa 3.1.

2. TEMPOH KEMPEN

2.1. Tempoh kempen adalah bermula pada tarikh 1 Mac 2021 hingga 31 Ogos 2021 dan boleh dilanjutkan (jika ada) sehingga *28 Februari 2022 (termasuk ketiga-tiga tarikh tersebut) yang bermaksud (“Tempoh Kempen”).

*Nota : Pelanjutan Tempoh Kempen akan diputuskan oleh Pihak Pengurusan Co-opBank Pertama dan maklumat terkini akan disalurkan melalui saluran-saluran komunikasi Co-opBank Pertama.

2.2 Pihak Co-opBank Pertama “CBP” mempunyai hak untuk mengubah atau meminda Tempoh Kempen tersebut mengikut budi bicara secara mutlak dengan memberi notis secara bertulis yang akan dipaparkan di semua Cawangan CBP dan melalui paparan di laman web CBP dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dan segala keputusan yang berkaitan tempoh tersebut adalah muktamad.

3. KELAYAKAN PERMOHONAN DAN KEMPEN

3.1. Kempen ini terbuka kepada pelanggan-pelanggan yang ingin membuka Akaun Simpanan-i Salam termasuk Akaun Individu dan Akaun Bukan Individu sepanjang Tempoh Kempen. Akaun Simpanan-i Salam yang boleh dibuka untuk kempen ini ialah Akaun Simpanan-i Salam (Produk Asas), Akaun Simpanan-i Salam Mystar, Akaun Simpanan-i Salam Ahliyyah, Akaun Simpanan-i Salam Baitullah, Akaun Simpanan-i Salam Murabbi, Akaun Simpanan-i Salam Masajid, Akaun Simpanan-i Salam Ijtimaie dan Akaun Simpanan-i Salam Tijari.

3.2. Jumlah minimum deposit bagi penyertaan cabutan bertuah ialah RM 500 bagi Akaun Individu dan RM 1000 bagi Akaun Bukan Individu.

3.3. Pendeposit dikehendaki mengekalkan baki minimum RM 500 untuk Akaun Individu dan RM1000 bagi Akaun Bukan Individu selama enam (6) bulan dari tarikh pembukaan akaun (sepanjang Tempoh Kempen) untuk melayakkan pendeposit memenangi hadiah utama bulanan yang ditawarkan.

3.4. Penambahan sebanyak RM 500 lagi dari deposit awal dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pembukaan akaun (sepanjang Tempoh Kempen) melayakkan pendeposit memenangi hadiah susulan yang ditawarkan oleh CBP. Penambahan deposit ini juga harus dikekalkan selama enam (6) bulan dari tarikh asal pembukaan akaun (sepanjang Tempoh Kempen).

3.5. Bagi Akaun Simpanan-i Salam untuk Kempen ini yang telah dibuat pengeluaran tanpa mengikut syarat-syarat pengekalan amaun minima dan tempoh yang dinyatakan pada Klausa 3.4 dan 3.5 di atas adalah tidak layak disenaraikan dan dikeluarkan di dalam pemilihan untuk sebarang hadiah yang ditawarkan.

3.6. Walaubagaimanapun, sebarang pengeluaran oleh pendeposit tidak akan dihalang, disekat atau dikenakan apa-apa penalti bagi pengeluaran berulang-ulang kali tertakluk kepada pengekalan baki minima sedia ada yang telah ditetapkan oleh CBP.

3.7. Kakitangan CBP (termasuk Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Jawatankuasa Syariah) yang bekerja secara tetap dan / atau kontrak serta anggota keluarga terdekat mereka (suami / isteri, anak-anak serta ibu bapa) adalah tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

3.8. Perincian maklumat Kempen adalah seperti berikut:

CIRI-CIRI

KEMPEN AKAUN SIMPANAN-i SALAM

KELAYAKAN PENDEPOSIT

Pembukaan Akaun Individu atau Bukan Individu dan salah satu daripada akaun simpanan berikut; Akaun Simpanan-i Salam (Produk Asas), Akaun Simpanan-i Salam Mystar, Akaun Simpanan-i Salam Ahliyyah, Akaun Simpanan-i Salam Baitullah, Akaun Simpanan-i Salam Murabbi, Akaun Simpanan-i Salam Masajid, Akaun Simpanan-i Salam Ijtimaie dan Akaun Simpanan-i Salam Tijari.

DEPOSIT MINIMA

Individu: RM 500

Bukan Individu: RM 1000

DEPOSIT TAMBAHAN (JIKA ADA)

RM 500 dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pembukaan akaun sepanjang Tempoh Kempen

KELAYAKAN HADIAH

Pendeposit harus mengekalkan minima RM 500 (Akaun Individu) dan RM 1000 (Akaun Bukan Individu) serta deposit tambahan RM 500 (jika ada) sepanjang enam (6) bulan dari tarikh pembukaan akaun sepanjang Tempoh Kempen berlangsung.

KADAR KEUNTUNGAN

Semua jenis Akaun Simpanan-i Salam mengikut kadar keuntungan semasa kecuali Akaun Simpanan-i Salam Mystar, Masajid dan Ijtimaie:

PRODUK

KADAR KEUNTUNGAN (SETAHUN)

Salam (Produk Asas)

<RM5,000 = 1.00%

>RM5,000 = 1.25%

>RM50,000 = 1.75%

Mystar

Kadar Keuntungan Promosi 1.75% (single tiering)

Ahliyyah

<RM10,000 = 1.25%

>RM10,000 = 1.50%

>RM25,000 = 1.75%

Baitullah

<RM5,000 = 1.00%

>RM5,000 = 1.25%

>RM50,000 = 1.75%

Murabbi

<RM5,000 = 1.00%

>RM5,000 = 1.25%

>RM50,000 = 1.75%

Masajid

Kadar Keuntungan Promosi 1.75% (single tiering)

Ijtimaie

Kadar Keuntungan Promosi 1.75% (single tiering)

Tijari

<RM5,000 = 1.00%

>RM5,000 = 1.25%

>RM50,000 = 1.75%

Nota:

i. Kadar Keuntungan Maksima untuk setiap akaun simpanan bergantung kepada pergerakan Kadar “Overnight Policy Rate (OPR)” dan akan berubah dari semasa ke semasa.

ii. Kadar Promosi hanya melibatkan tiga akaun simpanan iaitu Akaun Mystar, Masajid dan Ijtimaie.

iii. Bagi akaun yang terpilih untuk menikmati kadar keuntungan promosi, kadar tersebut sah sehingga tempoh kempen tamat. Kadar Keuntungan tersebut akan kembali ke kadar asal sekiranya kempen tidak dilanjutkan. Dengan menyertai kempen ini, Pelanggan bersetuju dengan terma dan syarat ditetapkan oleh CBP dari semasa ke semasa.

PROSES KELULUSAN

Kelulusan seperti biasa

TERMA & SYARAT LAIN

Seperti yang dinyatakan pada Terma Dan Syarat Akaun Simpanan-i Salam

4. KAEDAH KEMPEN

4.1. Penyertaan dan kelayakan bagi setiap pelanggan adalah seperti berikut:

 

JENIS AKAUN

DEPOSIT MINIMA SEMASA PEMBUKAAN AKAUN

TAMBAHAN DEPOSIT

Akaun Individu

RM 500

RM 500

Akaun Bukan Individu

RM 1000

HADIAH

UTAMA BULANAN

SUSULAN

4.2. Pihak CBP akan menggunakan kaedah “pemilihan secara rawak” yang ditentukan oleh sistem dalaman CBP untuk memilih para pemenang dari kalangan para Pelanggan Yang Layak dan pihak CBP mempunyai hak dan keputusan yang muktamad untuk mengubah / menyemak semula / meminda kriteria pemilihan / mekanisma / proses yang difikirkan sesuai dan perlu pada bila-bila masa.

4.3. Pemilihan pemenang Hadiah Utama Bulanan dan Hadiah Susulan akan dikendalikan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja daripada tarikh akhir Tempoh Kempen atau pada bila-bila masa yang dianggap sesuai oleh pihak CBP untuk menentukan pemenang.

4.4. Pelanggan yang memenangi hadiah Kempen ini akan dihubungi melalui telefon pada bila-bila masa pada waktu pejabat (9.00 pagi – 5.00 petang) dari hari Isnin hingga Jumaat. Panggilan telefon yang dibuat kepada pelanggan yang menang adalah berdasarkan kepada nombor telefon terkini yang dikemukakan kepada pihak CBP dan yang tercatat di dalam rekod CBP.

4.5. Pelanggan yang layak menyertai Kempen ini bertanggungjawab untuk memastikan alamat dan nombor telefon yang diberi kepada pihak CBP adalah yang terkini dan / dikemaskini pihak CBP

4.6. Jika percubaan pertama untuk menghubungi pemenang (pemenang-pemenang) gagal, maka percubaan kedua akan dibuat. Jika percubaan kedua itu juga gagal, tiada percubaan lagi akan dibuat oleh pihak CBP dan akan membuat keputusan yang muktamad untuk membatalkan pelanggan berkenaan sebagai pemenang.

4.7. Pihak CBP tidak akan bertanggungjawab dan tiada apa-apa gantirugi yang akan di pertanggungjawabkan kepada CBP oleh pelanggan, sekiranya pelanggan dalam senarai pemenang tidak dapat dihubungi atas apa alasan sekali pun.

5. PENEBUSAN HADIAH

5.1. Pihak CBP akan mengeluarkan surat pengesahan kepada pemenang dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh pengumuman nama pemenang atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai dan wajar oleh pihak CBP.

5.2. Hadiah yang ditawarkan kepada Pelanggan yang layak dan berjaya seperti berikut:

KATEGORI

BILANGAN PEMENANG

HADIAH

NILAI HADIAH (RM)

Hadiah Utama Bulanan

1 Pemenang setiap bulan = 6 pemenang

6 unit Wafer Emas CBP (10 gram)

*18,000.00

Hadiah Susulan

1 pemenang setiap 2 bulan = 3 Pemenang

3 unit Wafer Emas CBP (3 gram)

*2,700.00

Nota: *1gram Wafer Emas = RM300.00 (bergantung pada harga emas semasa)

5.3 Apa-apa kos pemindahan hak milik bagi hadiah utama adalah ditanggung oleh pemenang sendiri.

5.4. Kos perbelanjaan (jika ada) berkaitan dengan pengambilan hadiah yang ditawarkan kepada pemenang harus ditanggung oleh para pemenang sendiri.

5.5. Pemenang hadiah kempen dikehendaki untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam upacara penyampaian hadiah dan / atau mana-mana acara promosi kelolaan pihak CBP pada bila-bila tarikh dan masa yang akan ditentukan oleh pihak CBP. Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak CBP melalui panggilan telefon atau cara perhubungan lain yang dianggap sesuai oleh pihak CBP mengenai ketetapan upacara penyampaian hadiah itu dan / atau mana-mana acara promosi yang akan dibuat oleh pihak CBP. Tertakluk kepada terma berikutnya berkaitan perintah sekatan, jika pemenang itu gagal menghadiri upacara penyampaian hadiah dan / atau mana-mana acara promosi secara fizikal, maka pemenang dianggap tidak menerima hadiah (Hadiah-Hadiah) atau hadiah terbatal dengan menggunakan satu-satunya pertimbangan mutlak CBP tanpa memberi notis terdahulu kepada pemenang-pemenang. Sebarang perbelanjaan menghadiri majlis / acara promosi CBP adalah ditanggung sendiri oleh pemenang. Sekiranya Pemenang tidak dapat melakukan perjalanan disebabkan apa-apa perintah sekatan perjalanan yang dikenakan oleh pihak kerajaan, Pemenang hendaklah memaklumkan kepada CBP untuk pihak CBP memberi nasihat dan arahan lanjut berkaitan perkara di perenggan 5.5 ini. Untuk mengelakkan keraguan, perkara ini hanya terpakai semasa apa-apa perintah sekatan yang di laksanakan oleh pihak kerajaan dan/atau undang-undang di Malaysia.

5.6. Sejajar dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, CBP akan memastikan data peribadi pelanggan akan dilindungi. Dengan menyertai Kempen ini, pemenang telah dianggap memberikan kebenaran menggunakan nama, gambar pemenang atau apa-apa maklumat yang berkaitan dengan pemenang untuk disiar atau dipaparkan di mana-mana media mengikut budi bicara CBP. CBP juga berhak menyiarkan atau memaparkan nama dan gambar pemenang bagi tujuan promosi atau publisiti.

5.7. Hadiah akan diberi atau dikeluarkan atas nama para pemenang dan ia tidak boleh dipindah milik.

5.8. CBP tidak bertanggungjawab bagi sebarang tanggungjawab cukai yang mungkin timbul daripada hadiah atau penggunaannya. Sekiranya terdapat peruntukan cukai yang difailkan atau apa-apa bayaran cukai kepada jabatan berkuasa yang berkenaan, hadiah ini adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab pemenang. Pemenang berhak mendapatkan nasihat tentang tanggungjawab cukai yang mungkin timbul berikutan daripada kemenangan pemenang dan mendapatkan nasihat bebas mengenai cukai berhubung kedudukan kewangan pemenang atas tanggungan perbelanjaan pemenang sendiri (sekiranya ada).

5.9. CBP dan sekutunya berserta pihak Pengurusan, Pegawai, Pekerja dan Agensi yang terlibat tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kesilapan dalam pentaksiran fakta, dan / atau sebarang kecederaan dan / atau kehilangan ke atas nyawa dan / atau kerugian harta benda berikutan hadiah yang dimenangi menerusi Kempen ini dan tidak bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun samada secara langsung atau tidak langsung, ke atas sebarang kerugian atau kerosakan atau apa-apa kecederaan peribadi dan / atau apa yang dialami oleh pelanggan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagian, berhubung dengan penyertaan pelanggan dalam Kempen atau penerimaan atau semasa menggunakan Hadiah atau apa-apa yang dialami semasa dalam perjalanan untuk menebus, mengambil hadiah akibat daripada sebarang tindakan atau pengabaian apa juga dari CBP, kecuali apa-apa liabiliti yang tidak dikecualikan oleh undang-undang.

5.10. Pihak CBP dengan jelasnya tidak mengambil kira dan tidak akan menerima sebarang perwakilan, jaminan atau penandatangan, secara jelas atau secara tidak langsung, bertulis atau secara lisan berkaitan dengan kualiti atau kesesuaian hadiah (hadiah-hadiah).

Pihak CBP juga tidak akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian dengan pengeluar atau pengedar hadiah dan para pemenang sendiri dikehendaki berurusan secara langsung dengan pengeluar atau pembekal berkenaan bagi mendapatkan semua maklumat berkaitan jaminan ke atas hadiah yang dimenangi.

5.11. Pihak CBP mempunyai hak untuk membatalkan atau untuk mengambil kembali hadiah-hadiah yang diberikan kepada pemenang jika pemenang berkenaan telah melakukan penipuan atau salah laku berkaitan dengan akaun pembiayaan mereka.

5.12. CBP berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dengan memberikan notis yang secukupnya dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja sebelum tarikh pembatalan, penamatan atau penggantungan dengan menghantar makluman bertulis, melalui media elektronik atau dipaparkan di cawangan-cawangan CBP mahupun di laman web CBP. Sekiranya timbul sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen atau berkaitan dengan Kempen ini, pelanggan yang menyertai kempen ini tidak boleh membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap CBP bagi sebarang kerugian atau kerosakan atau apa juga yang ditanggung samada secara langsung dan tidak langsung.

6. UMUM

6.1. Keputusan yang dibuat oleh pihak CBP terhadap semua perkara dan / atau sebarang pertikaian berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad. Sebarang pengikatan dan surat-menyurat selanjutnya tidak akan dilayan.

6.2. Pihak CBP mempunyai hak untuk mengguna, menyiar atau mempamerkan butir-butir pemenang terpilih dalam apa bentuk sekali pun yang dianggap sebagai perlu dan bersesuaian (termasuk tetapi tidak terbatas kepada) nama, gambar, dan bandar tempat tinggal pemenang yang terpilih itu untuk tujuan pengiklanan dan publisiti (jika ada). Dengan menyertai Kempen ini, pemenang terpilih itu dengan ini secara nyata telah membenarkan dan bersetuju dengan pihak CBP untuk melaksanakan hak-hak yang disebut lebih awal. Para Pelanggan Yang Layak akan mempunyai budi bicara mereka sendiri untuk mendapat dan mengemaskinikan butiran peribadi mereka dengan cara memberitahu pihak CBP secara bertulis sepanjang Tempoh Kempen.

6.3. Pihak CBP mempunyai hak dan pertimbangan yang muktamad untuk mengubah, meminda, memansuhkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat yang dinyatakan secara khususnya di dalam dokumen ini, secara keseluruhan atau mana-mana bahagian dari semasa ke semasa termasuk untuk mengubah jangka masa Kempen yang dianggap perlu dan wajar dengan memberi notis terdahulu melalui laman web rasmi CBP atau notis di cawangan-cawangan CBP.

6.4. Pihak CBP juga mempunyai hak untuk menukar, menghapus, mengganti, menambah atau membatalkan Hadiah-Hadiah Kempen sebelum akad Hibah dilaksanakan atau sebelum pemilihan Pemenang dibuat pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang alasan dengan notis sewajarnya melalui laman web rasmi CBP atau notis di cawangan-cawangan CBP.

6.5. Pihak CBP mempunyai hak dan pertimbangan mutlak untuk membatalkan mana-mana Pelanggan yang Layak yang didapati atau diputuskan sebagai mengganggu proses penyertaan dan / atau operasi Kempen, yang melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat yang termaktub di sini.

6.6. Terma dan Syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan lain dan / atau representasi yang terkandung di dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini.

6.7. Dengan menyertai Kempen ini, para Pelanggan Yang Layak dan / atau mana- mana pihak yang berkaitan di sini bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat-Syarat yang telah dinyatakan.

6.8. Pihak CBP tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan berkaitan dengan Kempen ini disebabkan oleh takdir, peperangan, rusuhan, pemogokan, halangan masuk oleh majikan, tindakan industri, kebakaran, banjir, musim kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau apa-apa kejadian di luar bidang kuasa kawalan yang sepatutnya oleh pihak CBP.

6.9. Kesemua Terma dan Syarat yang termaktub di sini adalah tertakluk dan akan diperjelaskan selaras dengan perundangan Malaysia dan segala pertikaian berkaitan Kempen ini akan di rujuk kepada Mahkamah di Malaysia.

6.10. Jika berlaku sebarang percanggahan atau konflik dalam interpretasi Terma dan Syarat-Syarat ini, sama ada dalam versi Bahasa Inggeris dan / atau versi Bahasa Malaysia tentang setiap satu Terma dan Syarat ini akan diperjelaskan sebagai sama atau setara dan setiap satu Terma dan Syarat yang ditentukan itu akan membawa makna yang sama.